Thursday, September 23, 2010

HARGA PETANG JUMAAT 24 SEPTEMBER 2010

Salam buat semua agent dan sahabat serta pengunjung blog pendita emas,

Sale saya pada hari ini sebagai agent iaitu mulai jam 7.30 pagi sehingga jam 12.00 tengahari.

Petang ini jam 2:00 saya baru berkesempatan membuka blog saya penditaemas999.blogspot.com dan web public gold.com.my kerana sibuk dengan urusan memenuhi jadual waktu mengajar dan melayan panggilan serta tempahan emas yang tak putus-putus diterima oleh saya.

Alhamdulillah jualan separuh hari Jumaat sahaja dengan hanya duduk dalam kawasan sekolah saya berjaya membuat sale RM103,110.00 atas kemasukan 5 agent baru masing-masing menyumbang RM20,622.00 diperolehi dari dua orang rakan guru dan 3 rakan dari sektor lain. Manakala terimaan cash di tangan atas pemindahan stok emas sendiri kepada pelanggan lain sebanyak RM13,006.00 dengan penjualan 7 dinar x RM604.00 =RM4228.00dan 3 ketul 20 gram X 2926 = RM8778.00

Pelaburan yang luar biasa.

Memang luar biasa kepada semua agen dan pembeli emas yang membeli bawah pendita emas. Mereka sudah merasa seronok kerana:

  • Tiada masalah dengan emas yang dibeli untuk dipajak samada di Agrobank atau mana-mana ar-rahnu yang saya sebutkan. Cuma yang menjadi masalah bila pembeli engkar dengan info yang saya beri maka tah mana-mana pajak gadai mereka pergi maka taklah diterima.
  • Sentiasa mendapat keuntungan atas angin setiap saat, minit, jam, hari dan minggu. Yang lebih hebat lock harga dengan pendita emas, emas diberi dahulu jika ada stok, belum bayar lagi emas dah memberi keuntungan. Mana-mana agent dan pembeli emas bawah pendita emas sila sangkal kenyataan saya ini. Saya rasa tiada pembeli saya yang akan menafikan dakwaan saya.
  • Analisa dari pendita emas sentiasa menepati pergerakan harga emas dunia. Semuanya atas izin Allah. Alhamdulillah sasaran 1 dinar terletak pada paras RM603.00 kini telah berlegar pada harga RM604 dan RM605.00. Manakala emas 20 gram telah melepasi RM2915.00 yang saya tetapkan pada Isnin 20hb September 2010. Mengapa? Komoditi ini paling mudah dianalisa berbanding Forex. Malah agent-agent penditaemas menjadikan info dari bilik ini sebagai panduan pembelian stok emas baru.
  • Pemilikan Emas fizikal tidak dipengaruhi oleh kejatuhan emas. Jika kita memiliki emas fizikal kita tetap boleh menjana pendapatan yang kita perlukan iaitu melalui pajakan di mana-mana ar-rahnu. Jika pajakan dibuat pada harga rendah, paling seronok jika naik harga, di sini kita boleh membuat pertukaran surat pajakan yang baru, lebihan wang kiraan baru kita akan terima sebagai extra wang.
Mengapa Orang Melayu memandang serong kepada orang yang selalu ke pajak gadai?

Minda Melayu telah sebati dengan tanggapan bahawa sesiapa yang membuat gadaian atau pajakan adalah seorang yang miskin, tenat dan susah dari segi kewangan.

Sebaliknya, orang inilah yang terbuka mindanya untuk mempelbagaikan pendapatannya ke atas aset yang ada.

Yang menjadi barang pajakan tergadai kerana kita tiada disiplin mengawal perbelanjaan wang pajakan yang diterima.

Harga emas masa kini.

Mengikut rekod harga emas semasa 20 gram telah mencapai tahap RM2929.00 untuk sedikit ujian. Jika pembida-pembida emas terangsang untuk menambah pembelian maka harga ujian ini akan kekal.

Berdasarkan carta pergerakan harga emas, saya telah menaikkan garisan zon terendah harga emas sekarang dari USD1285 kepada USD1288.00. Kira harga sekarang masih belum jatuh dan diangkat darjat harga emas pada 3 takut USD lagi.

Bagaimana dengan line atas? Line atas yang menjadi asas harga syiling yang saya buat pada posting sebelum ini telah ditebusi sebanyak 3 kali puncak harga yang berbeza. Jika ia berterusan malar harga emas semasa berada pada harga tertinggi minggu ini berbanding pada bulan-bulan lain sebelum ini. Kira minggu ketiga bulan September 2010mencetak rekod harga paling konsistan pada jajaran harga tinggi.


Jika selepas jam 4.00 petang berlaku lagi lonjakan harga emas saya berani katakan bahawa harga melepasi USD1300/oz dan penutupan harga pada minggu ini berakhir jam 12.00 tgh Sabtu memberi keuntungan kepada pelabur sebelum dan semasa saya menulis posting ini.

Apa-apapun sesiapa yang membeli emas dari pendita emas pada harga tinggi atau rendah tetap menjana keuntungan setiap masa. Cuma bergantung kepada kesanggupan diri masing-masing dan keaktifan minda masing-masing

Akhir sekali, selamat maju jaya buat semua.

No comments: