Salam,
Hari ini paling meletihkan kerana terpaksa berbaris lama di dalam bank semata-mata untuk membuat bayaran ke Pihak Public Gold. dahlah lama, lembab plak kerani bank buat kerja. Makin nak raya mood kerja berkurang agaknya.
Dalam duduk-duduk menanti nombor giliran, rasa pelik pulak bila sang hero tersenyum-senyum memandang aku. Mulaa buat tak kisah. Tapi bila diamat-amati rupanya rakan lama di sekolah menengah nak buat perkara sama dibank. Cuma dia nak ambil gaji saya pulak nak masuk duit syarikat emas. Dalam perbualan panjang maka akupun masuklah jarum aku.
Aku berceritalah panjang apa yang aku lakukan selama di Pasir Gudang. Peh lagi senang aku nak bercerita apabila dia telahpun maklum dengan emas public gold.
Pengalaman dia ialah mengenai sepupu dia yang memang susah dan tidak berwang tetapi masa mengadakan kenduri kahwin anaknya, sepupu dia mengadakan majlis dengan mewah sekali.
So bila ditanya, apa rahsia kenduri besar-besaran pada sepupunya. Sepupunya mengatakan "i tak kisah dengan semua ini, semuanya kerana aku main emas. Ini anak laki akupunya cerita. Dia gadaikan tanah aku dikampung katanya nak buat modal beli emas. Mula tak percaya. Tapi inilah hasilnya. Kebun aku pun dah pulang semula dalam tempoh setahun.
Sambungnya lagi, anak aku yang kahwin nie pun gunakan wang dinar untuk hantaran dan belanja sampingan. So senang cerita sepupu pada teman saya merupakan orang yang bijak tahu mengenai manipulasi emas.
Apa yang aku explain tentang kegunaan emas dalam perbelanjaan harian kepada teman lama aku tadi terus masuk teun dan dapat tangkap bagaimana emas telah merubah gaya hidup sepupunya. Apa lagi dia mula rasa teruja untuk terlibat sama dalam program pelaburan emas ini.
Boring duduk di kerusi, aku beralih di tangga pula. Saja melepak dengan mengerutu "bengap betul maybank nie, dah hampir 1 jam tak tiba-tiba hanya nak transfer akaun ajer. Teman yang sedia ada ditangga menyampuk juga. So jadilah bahan cerita antara kami berdua. Masa nak bangun tiba-tiba emas yang ku kocek terjatuh. Maka si mamat tadi terlihatkan akan emas yang aku bawa. Dia ingin tahu mengenai emas tersebut.
Apa lagi aku berceritalah tentang pelaburan emas yang dikendalikan penditaemas999. Siap minta kad perniagaan, pamplet, flayer aku serah untuk kedua-dua teman aku tadi. Pasti mereka tak tidur malam. Orang malam raya sibuk merebus ketupat dan bertahlil di masjid, mungkin jadi lain bagi kedua-dua rakan aku pening memikirkan bila nak dapat emas yang aku tunjuk dalam tangan masing-masing
moralnya;
ke mana kita pergi bawalah pamplet, flyer, business card kerana ia merupakan strategi pemasaran 4 mata.
Selamat melabur kepada teman-teman lamaku.
No comments:
Post a Comment