Tuesday, September 7, 2010
Cerita sedih buat diriku hari ini
Pelelong membacakan item yang akan disebut.
Broker saham yang bersaing buat bid pada harga emas yang dibacakan.
Salam,
Moga anda ceria dengan jongkong emas dan public dinar pada genggaman anda samada anda simpan atau anda manipulasikan dengan pajakan atau pindah milik melalui jualan harga semasa. Semuanya menguntungkan kita. Apa lagi tak reti nak tambah emas milikan anda. Ha ha ha sajer bergurau.
Sedih, memang sedih hari ini. Emas lelongan yang berjaya saya bid semalam rupanya menjadi liabiliti pada diri saya. Apa yang saya dapat nilai marhum tidak seperti yang tercatat pada hari semalam kerana emas yang dikatakan oleh pelelong 916 atau emas 22k bila dipajakkan di Koperasi Permodalan Melayu Johor harga menurun. Semuanya disebabkan kualiti emas yang saya bawa lebih rendah sebenarnya. Rata-rata emas yang saya bawa hanya mempunyai kualiti 21k dan 20k dan 18k sahaja. 4 dipajak yang mempunyai kualiti 21k cincin dan rantai leher. 20k loket dan 18k rantai leher.
Pelik bukan, benda sama iaitu barang kemas tetapi bila diuji oleh sesebuah kedai pajak, nilai emas kita berbeza-beza kualiti maka berbeza-beza nilai yang kita perolehi. Tidak mengapa ini merupakan pengalaman yang sangat berguna kepada saya tentang penilaian emas pada mata kasar kita. So rasanya bukan saya sahaja tertipu, tetapi dengan pelelong juga rasa tertipu.
moralnya : sebelum lelongan awam diadakan kita syaratkan bahawa alat ujian emas digunakan sebelum pelelong membacakan item emas yang dilelong.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment