Sunday, September 26, 2010

PERJUMPAAN PERTAMA BERSAMA STUDENT OUM SEMESTER SEPTEMBER 2010

Salam, ari nie telah bermula semester September bagi pelajar-pelajar diploma, Ijazah Sarjana Muda, Master dan PHD di PPW Johor Bahru.

Suasana seperti sesi persekolahan gantian pada hari Sabtu sempena menggantikan cuti raya yang telah diambil. Maka ada kelas yang tiada pelajar, hadir sorang dan dua orang.

Kelas Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Pengurusan Sukan) pada jam 8.00am hingga 10.00am kendali saya menerima nasib yang sama, tiada seorang pelajar pun yang hadir.

Maka masa yang ada saya gunakan untuk menghubungi teman-teman seperkolahan saya. Beberapa teman persekolahan lama terkejut bila menerima mesej dari saya. Yang paling terkejut Pn Melati Yaacob Pensyarah IPBP, terkejut beruk bila sms yang dia balas saya yang menghantarnya. Dari pertanyaan khabar semasa terus ke pelaburan emas semua akan di muaktamadkan bila saya turun ke Batu Pahat nanti.

Dan yang lebih menarik dalam pelaburan saya pada pagi nie di OUM, transaksi wang RM4848 telah berlaku di hadapan teman-teman pensyarah dan pelajar-pelajar OUM. heboh satu kantin penangan dari Hj Ramli bekas pensyarah IPTI dan tutor OUM.

Balik dari OUM, saya singgah ke rumah En Azri Kempas dan Pn Jamilah untuk menghantar sedikit flyer milik saya untuk diedarkan. Langkah kanan dapat makan nasi berlaukkan asam pedas ikan duri dan sayur jawa. Sodapppppp.

Saya mempelajari satu ilmu dari petani moden ini mengenai pengalaman beliau sebagai petani dan melayan pemborong sayur-sayurannya. So dia menjual sayur-sayuran berdasarkan pajakan yang telah dibuat oleh pemborong sebelum ini.

Harga sayur-sayuran rupanya seperti komoditi emas. Ada jatuh dan naik harga dalam seharian contohnya harga cili merah, pada pagi hari RM14.00/kg petang hari boleh jatuh RM7.00/kg. Wo yoooo, besarnya julat kerugian yang ditampung oleh pemborong. Manakala Pn Jamilah sudah senyum kerana beliau mengikut harga peraih hadir pada pagi hari.

Berbanding dengan harga emas, kenaikan harga emas adalah tinggi setiap masa tetapi kejatuhannya adalah berperingkat dan tidak terus jatuh merudum. Dengan kata lain harga emas memberi signal juga jika mahu jatuh berterusan itupun memakan masa seminggu atau lebih.

No comments: