Friday, September 24, 2010

KEBOCORAN HARGA SILING SELEPAS JAM 5.00 HINGGA JAM 7.00 MALAM



harga emas telah memantul semula selepas posting jam 4.32 petang tadi dengan menggariskan harga lantai dan harga siling serta zon harga berehat. Apa yang terjadi harga masih aktif dan memecah syiling.

Bagi harga-harga emas yang menjadi pilihan saya selama ini, harga dinar yang menjadi sasaran saya selama ini berada pada harga RM607.00 telah melepasi sempadan RM603 dan cuba melepasi atau menyamai harga RM610.00 seperti yang terdapat pada harga sasaran yg saya catatkan pada 20 September 2010.

Emas 20 gram, saya sudah senang hati sangat apabila harga sasaran pada takat RM2915 telah melangkau jauh ke pada harga RM2936 pada jam 7.00 malam Jumaat. Luar biasa peningkatan harga seperti ini berlaku pada petang Jumaat kerana tidak pernah berlaku lenaikan seperti ini pada minggu dan bulan-bulan sebelum ini.

Kata orang harga pada hari Jumaat biasanya harga telah mencapai tahap matang dan pelabur cuba mengambil untung menjual sedikit stok yang ada.

Sekarang terbalik pulak, harga seolah-olah berada pada tahap pra matang. Kira pelabur masih lagi agresif sampai hujung minggu. So jika begini keadaannya selepas jam 8.00 malam akan berlaku kenaikan semula harga emas dan akan mencapai paras USD1300.00/oz seperti ditarget oleh pelabur emas dunia.

No comments: