Monday, September 13, 2010

Sasaran 1 Dinar Melepasi Harga RM600.00

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjSoGny0B3F2BKlVywFUX5_gEfPYlYQab-Iyi7hESX1Z-ry2TwFTGI5x0-cv5FI1oVz6LzUzqpP6qtBufolHMWeI96poSn9D4ZuR5boHk4hcWKW_Rw28jOfpB2qr5ijvJCAqq_ka4GZLbQ/s1600/GOLOK.png

Salam,

Moga pengunjung blog saya berada dalam pemikiran yang terbuka dan berwawasan serta dilimpahi kesihatan yang baik setiap masa. Ceria dan gembira.

Pada hari ini saya berminat untuk membuat posting mengenai harga perak dan emas 1 dinar yang menarik dan mengujakan saya membicarakan secara spesifik tentang harga komoditi ini.

banyak-banyak barangan komoditi, barangan emas dan perak merupakan barangan komoditi yang paling mudah untuk diteka dengan tepat dari segi kenaikan harganya.

Sebagai contoh harga perak dunia pada awal Ogos disasarkan akan naik pada harga USD19.50/oz daripada USD18.50/oz. Alhamdulillah, kini setelah berada tiga minggu dalam bulan Ogos pedagang perak telah menikmat harga paling tinggi dalam sejarah harga perak dunia.

Setakat ini harga perak berada pada paras USD19.90/oz hingga USD 20.20/oz. Ia telah melepasi tahap sasaran harga USD19.50 yang ditetapkan oleh semua pedagang perak.


harga perak dunia pada 10 hingga 13 Ogos 2010

Di Malaysia macam mana dengan perdagangan komoditi ini. Rasanya masih belum ada yang berminat secara serius untuk mengumpulkan komoditi ini. Puncanya tiada mekanisma pajakan yang menerima barangan ini. So pembelian komoditi ini hanya untuk suka-suka.

Bagaimana pula emas dinar 1?



keterangan carta
  • Garisan Merah Tebal-Purata paras harga emas dunia paling rendah harga emas sepanjang minggu lalu dan pada minggu ini
  • Anak Panah Merah- Sasaran kenaikan harga pada minggu ini 13/9/2010 ~17/8/2010
  • Garisan Biru- harga emas pada minggu lalu 10/8/2010
  • Garisan Merah - Harga emas dunia pada 12/8/2010
  • Garisan Hijau - Harga emas dunia pada 13/8/2010 yang masih aktif semasa posting ini ditulis jam 8.24 pagi 14/8/2010 waktu Malaysia.

Ramai berpendapat harga emas 1 dinar yang mempunyai kualiti emas 916% atau 22K akan melepasi harga RM600.00 dalam minggu ini. Ini disebabkan harga akan turun yang ditunggu-tunggu tidak berlaku. Sebaliknya harga emas 1 dinar mengekalkan harganya pada paras RM590.00 hingga RM597.00 sepanjang minggu lepas dan awal minggu ini.

Situasi ini merupakan situasi yang menarik untuk pelabur 1 dinar menambah stok pada hari Selasa, 14 Ogos 2010 dengan jajaran harga antara RM590.00 hingga RM593.00 sehingga jam 7.00 malam ini.

Kenapa saya berkata demikian?

Berasaskan analasis mingguan yang saya lakukan, harga emas akan mengalami kenaikan mendadak pada setiap 7.00 malam hari Selasa, rabu, Khamis dan mengendurkan harganya pada hari Jumaat dan sabtu. Pada setiap Sabtu selepas jam 12.00 tengahari waktu Malaysia sehingga 6.00 pagi Isnin berikutnya merupakan harga bertenang (tiada perubahan harga) disebabkan perniagaan emas aktif hanya untuk 5 hari seminggu.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjSoGny0B3F2BKlVywFUX5_gEfPYlYQab-Iyi7hESX1Z-ry2TwFTGI5x0-cv5FI1oVz6LzUzqpP6qtBufolHMWeI96poSn9D4ZuR5boHk4hcWKW_Rw28jOfpB2qr5ijvJCAqq_ka4GZLbQ/s1600/GOLOK.png

No comments: