Rasanya ramai yang tersirap kepala, terkejut dan tersentak dengan penyiaran berita harian mengenai iklan promosi Public Gold diikuti dengan kenaikan harga ujian emas 20 gram pada RM2971 dan 1 Dinar kepada RM615 awal malam tadi.
Maka ketika berada di dewan kuliah komputer UTM, tak henti-henti telefon ku berdering untuk membuat lock harga secara runcit dibuat oleh pelanggan secara tergesa-gesa untuk mengelakkan harga emas 20gram berada pada paras RM3000.00 dan dinar berada pada paras RM620/pc.
Semuanya saya layan dengan baik, walaupun ada dikalangan mereka adalah rakan yang memandang sepi atas aktiviti pelaburan emas yang aku jalankan sebelum ini. Rakan tetap rakan, pelaburan tetap pelaburan. Jangan tanya berapa emas saya ada, tetapi saya mau tau berapa puluh ribu dalam poket anda ada.
Lumrah dunia, bila sesuatu yang baik meledak atau boom ia mula akan menyedar dan menyetap hati manusia dengan penyesalan untuk menerima. Namun semuanya sudah terlambat. Kita telah ditinggalkan peluang yang datang sekali dan laluan harga emas yang berliku-liku tetapi memberi sinar harapan akhirnya iaitu harga yang mantap.
Semuanya kerana persepsi dan penerimaan berbeza setiap orang terhadap sesuatu perkara.Penerimaan manusia adalah berbeza secara lumrahnya.
No comments:
Post a Comment