Friday, June 15, 2012

AKHIRNYA PENDITA TERIMA PERKHABARAN TERBAIK DARI DRAGHI BILA BELIAU MENGUMUMKAN AKAN SEDIA MENYEDIAKAN DANA KECAIRAAN DI ZON EROPAH

PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA

Salam buat semua mantee Pendita Emas,

Dalam minggu ini, Pendita Emas ada membuat ulasan berkenaan kenaikan harga emas yang bakal berlaku pada minggu bertarikh 11 hingga 15 Jun 2012.

Tajuk posting berkenaan ialah "Jom Follow Harga Emas Langkah Kanan Pendita Emas Menyusuri Harga Lebih USD1600 Sepanjang Minggu 11 hingga 15 Jun 2012"  menyentuh tentang faktor-faktor kenaikan harga emas iaitu salah satunya ialah kenyataan point pertama dan keempat:



Kini saranan dan harapan Pendita nampaknya diikuti oleh Draghi hanya kerana kebimbangan Zon Euro setelah menerima isyarat tindakan Greek akan keluar dari Kesatuan Eropah jika penentang Pelan Belanjawan berhemah memenangi pilihanraya.

Mengikut catatan terkini Greek merupakan negara ke-32 besar dalam bidang ekonomi dengan populasi penduduk lebih 10 juta.

Antara kesan tempias yang berlaku di Eropah ialah pasaran di Asia. Bermakna minggu hadapan kita sedia wang di Eropah dan dapatkan wang kembali di Asia(baca boleh, follow jangan)




Sebelum itu, kita beri peluang saham bank mengukuh, barulah mereka mudah mahu membeli emas fizikal seterusnya memberi impak positif kepada harga emas dunia secara keseluruhannya.




Kejatuhan harga emas akan berlaku bermatlamat untuk menarik mereka yang mendapat profit atas kenaikan harga saham-saham bank dialihkan ke logam kuning.


Apa-apapun minggu ini harga emas masih berada pada tahap positif apa bila sedia mengekalkan harga USD16xx.xx/aun selama seminggu sebagai satu tanda bahawa harga emas dunia sebenar sudah sedia untuk membuat lonjakan sebenar. 




Jika sesiapa bertanya pada Pendita Emas bila tempoh lonjakan mula berlaku. Pendita Emas akan menjawab selepas hari Rabu minggu hadapan (20 Jun 2012 di Malaysia dan 19 Jun 2012 di negara Barat)...Ingat ini harga sasaran Pendita Emas. Anda boleh membaca dan dilarang follow jika di hati anda masih ada sikap suka memperkecilkan kebolehan orang lain dan bersikap PHD.

No comments: