PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA
JIKA TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN BICARA SOAL PELABURAN
Salam buat semua mantee,
Alhamdulillah, hari ini Pendita Emas dibukakan minda untuk berkongsi pandangan berkenaan apa perlu kita sediakan untuk diri kita menuju ke zon persaraan kita dari segi ekonomi.
Pandangan ini bukan mengajak teman-teman seolah-olah kita mahu menongkat dunia tetapi mengikut kata-kata hadis yang Dhai'if yang popular masa kini " bekerjalah kami seolah-olah kamu akan hidup 1000 tahun lagi dan beribadatlah kamu seolah-olah akan mati esok
Marilah sama-sama menyiapkan diri untuk persaraan kita bukan sahaja hanya berpuashati dengan simpanan KWSP, wang graduiti atau pencen bulanan tetapi kita perlu mempunyai medium penyimpan nilai wang yang lebih besar untuk kita pada masa depan iaitu emas dan perak.
Pendita Emas tahu pelabur baru yang memilih komoditi dalam pelaburan membabitkan emas dan perak seolah-olah rasa teraniaya. Anggaplah ia satu pengorbanan untuk masa depan kita yang lebih cerah.
Ini bermakna pengorbanan bukan untuk menghadapi cabaran hidup secara sosial, ia juga terjadi kepada ekonomi yang ingin kita bina.
Cuma kelebihan sanggup berkorban dalam meningkatkan ekomoni ia akan membawa kebahagiaan keseluruhan hidup kita. Dari segi agama sahaja kejayaan ekonomi kita dapat mengelakkan diri dari kekufuran.
Pilihan emas dan perak adalah satu pilihan yang bijak kerana nilai masa depan yang kalis inflasi dan melindung wang milik kita pada masa kini dan selamanya.
Hal ini adalah cadangan yang Pendita Emas dapat sampaikan kerana pada hari ini, harga emas mengalami kejatuhan yang sangat teruk melebihi 26%(emas) dan 35% (perak).
Menurut unjuran Bloomberg, pasaran barang komoditi dunia berdasarkan data selama 6 bulan pertama tahun 2013 mendapati gas dan minyak mengalami kenaikan 5-6% manakala emas den perak menjunam terlalu jauh kepada 25-36%.
Ramai pakar-pakar pelaburan menyarankan agar minyak dan gas menjadi portfolio pilihan pelaburan kepada kita kerana kelebihannya yang akan mengalami lonjakan permintaan sedunia sehingga tahun 2040.
Jika harga minyak naik dan memberi pulangan yang menarik untuk saham industri tenaga, percayalah dengan Pendita Emas, kita pilihlah logam emas dan perak sebagai salah satu portfolio pelaburan kita .
Alasan-alasan memilih emas dan perak ialah :
i. Harga minyak memang sudah naik diseluruh negara di dunia tetapi kenaikannya pada masa kini telah ditutup oleh subsidi kerajaan. Persoalannya sampai bila subsidi dapat dipertahankan terutamanya apabila tampuk pemerintah sesebuah negara berpindah tangan.
ii. Kaitan penutupan subsidi membawa maksud menampung sebahagian kos pengeluaran makanan asas supaya masih kekal rendah. Subsidi dapat mengawal kos-kos pengeluaran dapat ditambat dalam jangka pendek.
iii. Sampai satu peringkat masalah kos yang mengembung memecah, maka subsidi akan ditarik balik dan mulalah harga barangan penggunaan naik akibat kos berantai bermula dengan kenaikan harga minyak.
iv. Apabila harga barangan asas pengguna melonjak, inflasi akan meningkat dan harga barangan akan melonjak sehingga sukar untuk dibeli terutama mereka yang miskin.
v. Bila harga barangan melonjak, nilai RM akan menyusut jika pada hari ini harga gula-gula bernilai RM0.10 mendapat sebiji gula-gula, adalah munasabah selepas ini untuk mendapatkan sebiji gula-gula memerlukan RM0.30.
So, mengapa emas dan perak perlu menjadi pilihan sebagai pelaburan jangka panjang disebabkan:
i. Menjadi penyelamat pada bila-bila masa bila diperlukan terutama apabila negara mengalami zaman inflasi dan kemelesetan ekonomi.
ii. Menyimpan nilai masa kini untuk masa depan apabila dicairkan wang fiat masa kini bernilai RM150/g, insyallah 2 hingga 3 tahun lagi nilai segram meningkat RM400.00. Sejarah membuktikan dinar logam mulia pada tahun 2005 sekitar RM200 tetapi pada tahun 2010-2012(RM500 - RM800).
iii. Nilai emas itu sendiri akan tetap sama pada bila-bila masa maksudnya jika nilai 1 dinar (4.25g) mampu membeli seekor kambing bernilai RM600 (2013) pada tahun 2020 1 dinar yang sama juga dapat membeli seekor kambing (RM1200).
iv. Tiada kerajaan dalam dunia yang mampu mempertahankan kemakmuran ekonomi negara masing-masing bagi menjamin kesejahteraan hidup rakyatnya. Lihat sahaja negara-negara Eropah yang membentuk blok ekonomi sendiri dan menggunakan mata wang Euro sebagai mata wang tunggal semuanya hampir ranap apabila terlibat dengan isu hutang negara berdaulat.
Amerika sendiri tidak mampu menahan nilai denomasi mata wangnya dengan nilai kuasa belinya. Sebelum itu perkara yang sama berlaku kepada negara zimbabwe apabila mendapatkan sebiji telur memerlukan kos berjuta.
Kesimpulannya, marilah kita sama-sama menyediakan diri dengan pelaburan emas dan perak walaupun menyimpannya hanya 1 gram untuk sebulan.