Thursday, December 16, 2010

Slogan 'Masa Itu Emas' Pada Masa Kini

Salam,

Ketika Pendita berada di alam persekolahan, kata-kata 'Masa Itu Emas' terpampang di pojok-pojok kelas dan sudut-sudut penting untuk mengingatkan kita agar menggunakan masa sbaik mungkin. Jangan dibazirkan masa yang ada untuk mengulangkaji dan mentelaah buku bila ada kelapangan masa.

Pendita tidak pulak mengikut saranan orang kebanyakan. Selalu Pendita ada sahaja projek untuk menggelakkan diri dengan membazirkan masa. Namun tak semua manusia sentiasa berada dalam kealpaan.

Satu masa akan terbit rasa kekesalan dalam diri untuk menjadi berjaya seperti orang lain. Alhamdulillah, Pendita mendapat turning point yang tepat untuk sama-sama mengejar impian pendita. Semua itu menjadi sejarah lampau yang boleh kita bicarakan bersama anak-anak kita.

Kita lupakan hal Pendita, kita berpatah semula dengan kata-kata 'Masa Itu Emas' pada masa kini iaitu hal pelaburan emas. Jika kita menoleh kembali kepada ungkapan tadi memang ada kebenarannya.

Kenapa Pendita berkata begitu?

Lihat sahaja kepada pemilik emas pada lima dan 10 tahun yang lepas, mereka semua merasa gembira dan seronok pada masa kini termasuk Pendita walaupun melabur secara aktif dalam tempoh tidak sampai 5 bulan kerana simpanan yang mereka anggap suka-suka telah memberikan hasil yang berganda-ganda atas nama keuntungan akibat kenaikan harga emas bagi barangan yang disimpan dalam tempoh masa yang panjang.

Hasil kenaikan harga emas yang mendadak membolehkan:

1. Penghantaran anak-anak menyambung belajar keluar atau dalam negara dengan perasaan bangga. Tambahan pula bagi rakan-rakan guru yang menyambung pelajaran di Universiti Terbuka Malaysia dapat menampung kos pembelajaran yang tinggi.

http://farm3.static.flickr.com/2628/4110970023_2ecbd5c91f.jpg

2. Dapat menyediakan wang haji yang lebih dari mencukupi, memberi kegembiraan penduduk kampung dan Felda. Pendita dapat tumpang gembira bila salah seorang keluara Pendita dapat ke tanah suci pada tahun ini dengan hanya menggadaikan barang kemas sahaja.






3. Membolehkan peniaga kecil membesarkan perniagaan mereka melalui pajakan arrahnu yang semakin berkembang seperti tumbuhnya cendawan pada masa kini. Jika dulu hanya atas nama pemilikan sebuah bank, kini bank tersebut sudah mula membuka francais arrahnu. Ini merupakan satu perkembangan yang positif.

http://www.shef.ac.uk/content/1/c6/07/19/53/stall.jpghttp://www.etftrends.com/wp-content/uploads/2010/10/gold-bars.jpghttp://static.howstuffworks.com/gif/campaign-finance-4.jpghttp://www.antoniandalison.co.uk/images/shop.jpg
Dari stall beli emas, buat pajakan dan wang pajakan digunakan untuk membesarkan perniagaan sedia ada.

4. Berlaku kenaikan inflasi dalam negara sangat tidak dirasai oleh pemilik emas. Seterusnya akan menghilangkan sedikit demi sedikit status negara kita sebagai negara kebajikan.


5. Jika kaum Adam sebelum ini mempunyai sikap stereotaip emas hanya untuk kaum Hawa, kepesatan pelaburan emas dalam negara membuka minda dan mata kaum Adam bahawa emas juga boleh dimiliki oleh kaum Adam. Cetusan ini menyaksikan berduyun-duyun kaum Adam membawa emas jongkong untuk dipajak. Tapi membuat pajakan di dalam bank perlu berhati-hati jangan sampai jumlah gadaian tidak boleh ditebus menyusahkan kita untuk membuat pinjaman rumah dan kereta.

Ini menunjukkan dendangan kata-kata masa itu emas memang berkesan sangat dalam pelaburan emas dewasa ini . Selagi ada peluang menambah stok emas, teruskan matlamat kita. Jika berlaku masa bubble untuk pelaburan emas pada masa akan datang usah panik dengan matlamat untuk menambah stok emas sedia ada.

Kesimpulannya apa yang Pendita bicarakan hanya memberi kesan kepada pelabur yang bersedia untuk mencuba dan merubah nasib mereka. Ia tidak akan berjaya kepada individu yang masih mengatakan ketika harga emas RM10.00/g mereka kata emas mahal, RM60.00/g pun kata harga emas mahal, naik RM165.80/gran masih juga kata mahal.

No comments: