Monday, December 20, 2010

YAPEIM AKAN MEMBUKA ARRAHNU DISETIAP PERLIMEN MENJELANG 2015

Sumber : Berita Harian, Isnin, 20 Disember 2010.

Mengenai YAPEIM, Jamil Khir berkata, kerajaan menyasarkan satu cawangan Ar-Rahnu, iaitu sistem pajak gadai berlandaskan syariah yang dikendalikan yayasan itu, diwujudkan di setiap kawasan Parlimen menjelang 2015.

Beliau berkata, ketika ini, terdapat 100 cawangan Ar-Rahnu di seluruh negara yang turut menarik pengguna bukan Islam, terutama bagi mendapatkan modal pusingan perniagaan.
"Ada di antara mereka (peniaga bukan Islam) yang meletakkan barangan mereka di cawangan Ar-Rahnu ini pada waktu pagi untuk mendapatkan modal pusingan sebelum berniaga, kemudian akan ditebus balik pada waktu petang menggunakan duit hasil jualan pada hari itu," katanya. – BERNAMA Lanjutan
_________________________________________________________________
Ulasan Pendita

Beliau berkata, ketika ini, terdapat 100 cawangan Ar-Rahnu di seluruh negara yang turut menarik pengguna bukan Islam, terutama bagi mendapatkan modal pusingan perniagaan.

"Ada di antara mereka (peniaga bukan Islam) yang meletakkan barangan mereka di cawangan Ar-Rahnu ini pada waktu pagi untuk mendapatkan modal pusingan sebelum berniaga, kemudian akan ditebus balik pada waktu petang menggunakan duit hasil jualan pada hari itu,

Inilah isi petikan berita yang selalu Pendita Emas canangkan mengenai rempit emas samada atau jongkong emas 20gram. Rempit sangat sesuai kepada semua peniaga samada secara kecil-kecilan hatta yang besar. Malah Pendita pernah menemui tauke emas bangsa asing memajak emas mereka semata-mata untuk menjadi modal pusingan kepada perniagaan mereka.

Kesimpulan yang Pendita dapat sampaikan di sini ialah jika masih belum terikat dengan mana-mana hutang seperti pinjaman perumahan, kereta atau lain-lain harta liabiliti, pindahkan wang tersebut kepada emas fizikal. Jika mahu merempit, binalah perniagaan sampingan untuk tujuan wang keuntungan dapat digunakan sebagai wang tebusan emas.

Alhamdulillah, saranan pendita kepada teman-teman niaga memberi komen positif terutama yang terlibat dengan subkontrak. Hanya mereka yang pernah berkecimpung dalam bisnes ini boleh menceritakan perkara ini seperti yang Pendita alami sewaktu terlibat dengan subkontrak mengecat taman perumahan di Kulai.

STASTIK MASA DIPERLUKAN MEMAHAMI REMPIT DINAR DAN REMPIT JONGKONG EMAS PENDITA EMAS

Bekas Peniaga Emas ----------5minit
Peniaga runcit -----------------5 minit
Restoran/Kantin---------------5 minit
Guru sekolah-------------------1 bulan
Pemanupulasi emas------------5 minit
Pensyarah----------------------1 bulan
Pekerja kilang------------------1 bulan
Pegawai PBT-------------------2 minggu
Kerani Institusi Pengajian ----- 1 bulan
Peniaga Goreng Pisang --------5 minit
Agen MLM--------------------5 minit


* Semua ditemui secara empat mata.


No comments: