Saturday, December 11, 2010

KUASA BELIKU TELAH MENURUN DENGAN KENAIKAN RM0.05 sen HARGA MINYAK

Salam,

Kegembiraan ku hanya seketika. Naik gaji tahunan dalam lingkungan RM100.00 masih belum boleh menjadikan kita yang bekerja dapat hidup selesa. Nasib baik Pendita telah memiliki emas yang dijana sepanjang tahun 2010 telah menghasilkan pengumpulan emas sebanyak 1000g bermula dengan RM2824 x 3pc x 20gram=RM8472.00 kini emas milikan Pendita bernilai RM156.49 X 1000g =RM156,490.00. Menariknya kuantiti emas ini, Pendita sendiri yang memanipulasi.

Berbalik kepada kenaikan harga minyak yang terkini. Apakah yang terjadi jika harga minyak naik hanya RM0.05 sen sahaja?

RON 95 naik RM0.05 sen telah menyebabkan nilai wang RM50.00 yang ku belanjakan pada minggu ini merosot (Defisit) sebanyak 3.5%. Ini bermakna pembelian minyak untuk tank penuh kereta rempitku sebelum ini hanya RM35.00 telah meningkat naik RM36.75.00.

Itu hanya kos minyak yang memang menjadi kos tetap bulanan. Jika sebelum ini setiap bulan kos yang kutanggung RM35.00 X 10 isian = RM350.00, kini meningkat naik kepada RM367.50.

Jika sebelum ini wang simpanan khas untuk minyak RM400.00 ada lebihan RM50.00 dangan kenaikan harga minyak RM0.05 telah menjejaskan simpanan bulan untuk minyak sebanyak RM17.50. Dengan kata lain tinggal RM32.50(turun 35%)

Bagaimana pula jika diikuti dengan kenaikan barangan lain? Adakah semua peniaga mengikut kata kerajaan jangan naikkan harga barangan. Apa bentuk bantuan kerajaan ke atas peniaga-peniaga sekarang untuk mengekalkan harga lama?

Sedangkan mereka sudah mengatakan bahawa subsidi tetap dikurang tetapi dalam masa sama cukai tak langsung masih bermaharaja lela.

So, saya menyarankan simpanlah emas sebanyak mungkin mulai sekarang kerana:

1. Anda akan merasa kebal bila memiliki emas terhadap perubahan iklim ekonomi semasa.
2. Kenaikan inflasi yang disebabkan oleh minyak walaupun menjatuhkan nilai wang, emas tetap membantu kita kerana nilai emas juga akan naik.

No comments: