Malam Jumaat nie, memang menjadi hari menarik untuk Pendita emas bermeditasi dan bermusahabah diri mengenai perjalanan aktiviti bis emas sepanjang minggu. Rasanya minggu ini sangat menarik untuk diingati. Perjalanan bis emas bermula dengan seminar pelaburan emas di Perak.
Pergerakan pendita bermula pada jam 5.00 petang dari Pasir Gudang, kemudian menghadiri satu majlis dan mesyuarat syarikat yang Pendita Emas terlibat di Tangkak sehingga jam 12.00 mlm. Terus menuju Ipoh untuk menurunkan seseorang di sana dan lantas terus ke Manjung dan tiba di sana jam 5.00 pagi.
Kejutan buat Pendita, tak pernah pendita menyewa bilik hotel yang luas berharga serendah RM110.00 semalam. kalau ikut saiz berkenaan tentu di luar berharga RM280.00 hingga RM300.00. Tak mengapa tentu hotel tu tiada bintang lima atau empat.
Tepat jam 8.00 pendita mula berada dalam dewan seminar.
SEMINAR PELABURAN EMAS JELAJAH PERAK(4/12/2010)
TAJUK:SEMINAR PELABURAN EMAS JELAJAH PERAK
TARIKH:4/12/2010
HARI;SABTU
MASA:8.00 MALAM
TEMPAT:THE LEAD VIEW HOTEL
PENDAFTARAN :PERCUMA
KEHADIRAN:TERBUKA KEPADA YANG BERMINAT DAN DEALER YANG TIADA NAKHODA
Dalam urusan pelaburan emas, naik turun harga itu adalah adat biasa, tetapi yang menariknya jatuh harga emas pada bulan ini masih tinggi dari bulan yang lepas. Macam mana tu? Hanya yang hadir mendapat input ini secara percuma.
Sungguh saya katakan, merempit emas tidak merugikan. Macam mana tu?
Merempit personal loan memang membolehkan kita menambah stok emas yang kita miliki dan menambah nilai tunai wang fiat yang kita kehendaki. Saya sendiri telah membuatnya pada 23 Jun dan buat overlap semula pada 7 Julai 2010. Macam mana tu?
Alhamdulillah, roadshow Seminar Pelaburan Emas oleh Pendita Emas di luar kawasan negeri Johor membuahkan hasil yang berbaloi. Terima kasih kepada penduduk Manjung, Perak menjadi pemula pergerakan Pendita Emas keseluruh negara.
Sambutan yang meriah. Bukan sahaja dihadiri oleh pelabur baru, malah ia juga dihadiri juga oleh ejen berdaftar Public Gold yang tiada nakhoda. Pendita mengalu-alukan kehadiran mereka kerana dengan kehadiran mereka memberi impak bermakna kepada bis pendita dan rangkaian pendita.
JEMPUTAN KE RUMAH HAIRI MANJUNG 5/12/2010
Tidak puas dengan seminar disampaikan Pendita Emas, Pendita Emas dijemput oleh En Hairi untuk memberi lebih tip pelaburan emas secara empat mata. Alhamdulillah yang suami (pegawai tentera)nak masuk, si isteri(Jururawat Hospital Manjung)pun nak masuk menjadi ejen public gold. Pendita doakan supaya mereka berdua segera menjadi agent.
Buat Encik Hairi Manjung dan Isteri segera mendaftarkan diri menjadi ejen kerana hanya tinggal 23 hari sahaj lagi pakej RM20K akan berakhir.
PERJUMPAAN DENGAN EJEN DIIPOH PAGI 6/12/2010
Alhamdulillah, berjumpa juga akhirnya Pendita dengan agent pendita di Ipoh. Jika selama 2 tahun hanya berhubung dengan telefon dan sms. Kunjungan Pendita ke Manjung telah membawa pertemuan dengan rakan agent yang pendita maksudkan. Beberapa tip pendita bekalkan. Pendita doakan mereka akan sukses selepas pertemuan dengan Pendita.
PENDAFTARAN EJEN BARU DARI MUAR 6/12/2010
Dalam perjalanan pulang, Pendita teringatkan En Nazri Bin Husin mahu bertemu dengan Pendita. Tempahan beliau untuk bertemu dengan Pendita telah berlaku sejak 1/12/2010 Beliau merupakan salah seorang pelabur emas baru yang mendengar ceramah Pendita Emas di Segamat.
CABARAN YANG MENDATANG KETIKA MENGANJURKAN SEMINAR PELABURAN EMAS DI SEGAMAT (HOTEL NEO PEGASUS)
EN NAZRI DAN ISTERI (DUDUK DI HADAPAN) MENDENGAR DENGAN PENUH MINAT
Pertemuan dengan beliau telah membuahkan hasil. En Nazri (Pegawai di Majlis Perbandaran Muar)Beliau menjadi agent Public Gold bersama isteri (Staff Nurse Hospital Muar dan abang iparnya(Juruaudit bertauliah). Best juga selepas lock harga selesai kami dibawa untuk makan ikan bakar di kedai makan Wak Jos yang popular di Muar.
MEMBUAT PAJAKAN DAN MENGELUARKAN EMAS EPP BULAN SEPTEMBER, OKTOBER DAN NOVEMBER 2010
Membuat pajakan dan keluarkan emas EPP? Macam mana tu Pendita Emas?
Dua persoalan di atas, Pendita Jawab seperti berikut:
1. Setelah membuat penyelarasan lock harga yang pelbagai melalui EPP, Pendita telah dapat mengumpulkan 70ketul emas 20gram (1400gram) dan 65pc emas 1 dinar(4.25g).
2. Dalam tangan ada 20 pc emas 20gram, maka pendita pajakkan dalam agrobank.
3. Pendita keluarkan emas epp, dapat emas pendita pajak semula.
4. Akhirnya tinggal 6 pc emas 20gram dan 10 dinar bernilai RM23,000.00 untuk Pendita langsaikan pada 10/12/2010.
BARANG KEMAS 999.9?
Menarik memang menarik, setiap kali pendita membuat pajakan di Agrobank Kota Tinggi, pegawai Arrahnu menyampaikan berita sangat baik buat Pendita. Beliau mengatakan Pendita membawa rezeki kepada Agrobank.
Keluar aje Pendita dari Agrobank tak menang tangan pegawai tu melayan pelanggan yang membuat pajakan. Beliau mengatakan produk emas Public Gold mempunyai ketulenan yang tetap. Kira timbang dan uji tetap emas 24K.
Tahniah kepada semua pelabur Public Gold, emas anda diiktiraf ketulenannya di Kota Tinggi. Lima kali pajakan yang Pendita lakukan semuanya menghasilkan nilai yang kosisten.
Berita malang dan menggerunkan ialah adanya pelanggan marah-marah pegawai arrahnu bila mereka memajakkan barang kemas 999.9 mengikut surat pembelian.
Waduh, waduh, waduh mengapa kok dangkal sekali itu pelanggan. Pegawai tersebut meminta pendapat dari Pendita mengenai emas berkenaan. So Pendita mengatakan tiada satupun barang kemas dibuat menggunakan emas 999.9.
Mana ada barang kemas mempunyai nilai ketulenan emas 999.9. Biasa area bawah 95% . Sebab tu bila dinilai tiada bacaan yang tetap. Sekejap ketulenan berada pada 23K(95%), sekejap pada 22K(91.6%). Mereka ada link dengan arrahnu bank lain. Bila tefon bank rakyat, emas berkenaan yang diuji di sana juga tiada nilai emas 24K.
Lagi lawak pelanggan plak mengatakan emas yang dibeli di kedai tepi jalan/kaki lima.
Kesimpulannya tiada barang kemas emasnya bernilai 24K. Ia hanya menggunakan namanya sahaja. Sungguh mengelirukan bukan. Ambil sahaja wang pajak jika maukannya jika tidak simpan sahaja emas anda.Asasnya ialah:
1. Emas tulen lembut sifatnya. Jika dipakai akan terasa membahang terutama jika pemakainya berjemur di tengah panas.
2. Campuran emas dilebihkan tungstennya untuk menjadikan sifat barang kemas tahan lasak. Ini bermakna emas tulin sangat mudah calar dan rosak.
3. Kepadatan barang kemas biasanya longgar, ada ruang kosong.
HARGA BERLANTAIKAN USD 1400 SEPANJANG BULAN DISEMBER 2010
Berdasarkan graf di atas patern pergerakan harga pada 2/12/2010 adalah bersamaan dengan pergerakan emas pada 8 dan 9/12/2010. Seterusnya pada 3~4/12/2010 pada minggu lepas menyaksikan harga emas ditutup tinggi melepasi USD1400 hingga paras USD1415.00.
So, jika patern ini menjadi duplicate pada 10~11/12/2010 anda semua jangan terkejut jika semua sasaran harga emas yang Pendita Emas sasarkan pada minggu ini tercapai.
Bagaimana sasaran harga Pendita Emas?
ketetapan harga sasaran pendita pada minggu ini
Dengan kenaikan pagi ini, pendita mensasarkan harga tertinggi pada 7/12/2010 sehingga jam 12.00 malam pada kedudukan:
Harga pasaran dunia USD1456 dan ke atas.....pasti muncul malam ini insyallah
Harga emas 20 gram =RM3275 dan ke atas....masih jauh lagi insyallah lepas jam 8.00mlm
JACKPOT
Harga 1 Dinar =RM672 dan keatas .......sudah DICAPAI RM672 PADA jam 7.10 MALAM
---------------------------------------------------------------------
HARGA EMAS MULAI NAIK SELEPAS JAM 5:05
KEJATUHAN HARGA SELEPAS JAM 5:00 PTG
LONJAKAN HARGA PERTAMA SELEPAS JAM 4:00 PETANG USD1423/0Z
harga emas selepas jam 3:45 petang sekitar 1420-1421
harga emas jam 3:15 petang
harga emas selepas jam 11.25 pagi
graf dan harga emas selepas jam 11.15 pagi
harga emas semasa dan sasaran harga pendita emas pada awal pagi tadi.
3 paras harga berlaku sepanjang pagi ini dari USD1412 bertahan ke paras 1418 dan menyentuh harga psikologi USD1426.
harga emas didagangkan pada sesi pagi pada kedudukan 1420 ke atas
Salam,
Pagi ini Pendita Emas tetap mahu menjadi budak nakal dalam menentukan harga emas semasa dunia.
Untuk makluman rakan-rakan, harga emas dunia telah mengalami proses kenaikan dan penurunan yang sekata tetapi berada di atas USD1418.00/oz dan bergerak pada paras lebih tinggi iaitu USD1426.24 pada jam 4:50 pagi tadi . Graf berikut sebagai bukti pergerakan kenaikan harga emas semasa dunia pada jam 1:30 pagi hingga 4:50 pagi 7/12/2010.
. Berbanding pada hari semalam, harga emas bergerak pada sekitar USD1410 hingga USD1419.00
Dengan kenaikan pagi ini, pendita mensasarkan harga tertinggi pada 7/12/2010 sehingga jam 12.00 malam pada kedudukan:
Harga pasaran dunia USD1456 dan ke atas
Harga emas 20 gram =RM3275 dan ke atas
Harga 1 Dinar =RM672 dan keatas
No comments:
Post a Comment