Tuesday, December 14, 2010

EMAS NUGGET DARI MADAGASCAR


Salah satu sample bentuk emas nugget yang dibawa oleh MR T dalam pertemuan kami

SALAM,

Alhamdulillah, pada hari ini Selasa, 14/12/2010, Jam 11:30 pagi, Pendita Emas telah mendapat panggilan dari MR T, pemilik emas nugget(emas belum proses) untuk di jual kepada Pendita Emas. Wow satu biz yang menarik. Perkembangan biz emas Pendita Emas mulai berkembang kini kepada pelbagai skop perniagaan emas.

Maklumat yang Pendita Emas terima, MR T mendapat semua info mengenai perniagaan emas yang pendita jalankan sumbernya ialah dari laman web Pendita Emas yang terpampang banyak di Google. Beliau merasa pelik juga mengapa nama Pendita Emas kedudukannya pada rangking kedua dalam search syarikat yang berjual beli dalam emas yang beliau cari. Jawapan Pendita Emas ada pada beliau.

Tepat jam 4.50 petang, kami telah bertemu empat mata bersama pembeli dan tester ketulenan emas. Ujian kuantiti dan kualiti telah kami adakan di hadapan kopitiam menggunakan teknik aruhan eletrik. Didapati emas Mr T mengandungi bahan cooper yang banyak. So kualiti tinggal 99.5% dan harga telah dimeterai pada RM133/g.

Ujian ketulenan emas seperti berikut:

Warna kuning - Emas 999.9
Warna Oren - Emas 999.5(banyak Cooper)
Warna Coklat - Emas bermutu rendah

So sample yang dibawa menunjukkan warna oren.

Alhamdulillah bertambah sedikit income Pendita Emas atas urusniaga emas nugget selepas ini. Bermula lusa, setiap hari kami akan berada di lab ujian emas di Johor untuk menghabiskan ujian stok emas nugget milik MR T sebanyak 5 kilogram.

Kejayaan ini akan diteruskan dengan peralihan emas nugget milik datuk beliau dari Madagascar melebihi 30 kilogram.

Selamat datang ke Networking Pendita Emas diucapkan kepada MR T (pemilik emas nugget Madagascar), En Azri (Tauke Emas) dan En Anis (Pegawai Tester) yang memudahkan urusniaga emas nugget pada hari ini. Kehadiran anda menambahkan lagi ilmu emas yang Pendita Emas perolehi pada hari ini.

Lagi menarik apabila Pendita mendapat offer dari En Azri untuk mendapatkan bekalan emas termurah dalam Malaysia untuk Pendita Emas dagangkan selepas ini. Disamping itu Pendita Emas juga mendapat offer perkhidmatan memperingkatkan emas 916, emas scrap dan barang kemas yang telah rosak menjadi emas 999.9 untuk mendapatkan satu nilai harga yang lebih tinggi.

Kepada pelawat blog http://penditaemas999.blogspot.com dan laman web pendita emas http://penditaemas.page4.me mahukan maklumat lanjut hubungi Yatiman Bin Kamsidin 0193791864, walau bagaimanapun nama Pendita Emas lebih terkenal dalam perniagaan emas ini

No comments: