Tuesday, December 14, 2010

Harga ada peningkatan sedikit pada awal petang Rabu sehingga jam 7.00 malam



Senario harga emas sehingga jam 3.00 ptg (waktu antarabangsa) 4.00 petang
Waktu Malaysia

Setelah mengikuti perkembangan pergerakan harga emas, didapati pengaruh jualan semula emas lebih mendominasi harga emas antarabangsa untuk berkembang pada harga rendah purata pada paras USD1385/oz.

Jika ini berkekalan, patern pada minggu lepas akan muncul kembali dan paras harga sehingga USD1375 akan kembali disentuh.





harga emas selepas jam 3:05 petang


harga emas selepas jam 3:00 petang


Senario harga semasa jam 2:00 petang



Selepas jam 2:35 patern kenaikan harga mula mengambil alih peranan.


Adakah berkekalan patern kenaikan harga emas selepas jam 2:30 petang?




Alamak harga mula naik doh jam 2:30 petang.


Jam 2:14 harga emas semasa dunia terus merudum ke paras USD1389.12



Seawal jam 2:00 petang, harga emas masih berterusan menurun. Tetapi disekat dengan aktiviti pembelian yang lebih rendah. Ini membantukan darjah penurunan harga emas yang pantas.

SENARIO HARGA EMAS SEPANJANG JAM 1.00 PETANG RABU 15/12/2010

Kesimpulannya, harga pada jam 1.00 petang didapati harga secara pantas ditarik turun kerana pelabur berterusan mengambil keuntungan singkat. Walaupun ada usaha pembelian cuba menukar rentak penjualan, tetapi penjualan berterusan lebih mendominasi urusniaga jual beli emas di pasaran antarabangsa.

Secara positifnya, ia membolehkan kita untuk menambah stok emas dalam milikan kita bagi yang berminat untuk menyimpan emas.




Jam 1:51 petang patern harga masih terus menurun. Positif untuk bertindak membeli stok emas lagi. Beransur turun ke paras 5 lilin dari lilin bersumbu panjang pada bahagian bawah berturut-turut. Tandanya kejatuhan harga yang laju mencerun curam.




Jika sumbu lilin berkeadaan di bawah masih memanjang, ada harapan tarikan harga menurun akan mencapai dasar yang lemih jauh ke bawah.


Kesinambungan patern awal pagi diikuti semula pada awal petang.



Harga permulaan petang jam 1:10 minit harga emas menurun sedikit pada paras USD1395. Sesiapa berhajat untuk membeli stok baru, boleh berbuat demikian sehingga jam 4.00 petang.


pemantauan harga setiap 5 minit , report jam 1:03 minit petang



Graf harga seawal 1.00 petang Rabu 15/12/2010 diambil sebagai guide untuk pemantauan harga semasa emas dunia petang ini. Pendita mensasarkan harga mulai melonjak semula petang ini.

No comments: