Saturday, December 25, 2010

JOM MEMPELBAGAIKAN STOK EMAS BERSAMA GCP JOHOR

ANDA DAN PENDITA EMAS PENYOKONG MEMBAWA KEJAYAAN BERSAMA

Salam,

Selamat datang Pendita ucapkan kepada rakan-rakan dari rangkaian GCP. Tanggal 25/12/2010 Jam 11.40 malam Pendita telah menjadi ejen rasmi GCP di Pejabat Genius GLobal Marketing Generation Trading bersama En Samsudin Bin Ayob. Terima kasih diucapkan kepada GCP kerana menerima kemasukan Pendita Emas dengan mudah.



Ini bukti pendaftaran Pendita emas secara rasmi dengan GCP bersaksikan 5 gelang emas 999 GCP dari 5 gram hingga 100 gram dihadapan En Samsudin Bin Ayob, Mahmud, Nizam Bin Rusli, Harun Amir NOR Rashid dan Rozaini Bin Rosdin



Matlamat penyertaan Pendita dalam GCP

1. Mengeratkan silaturrahim dan menyatukan saudagar emas dari pelbagai syarikat dalam satu wadah perjuang yang sama iaitu melabur emas dengan matlamat memperkukuhkan ekonomi diri, keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan membantu insan yang memerlukan.

2. Merebut peluang mengerjakan umrah dan haji melalui pendapatan pelaburan emas insyallah pada tahun ini.

3. Mendapatkan harga paling rendah sebagai dealer dan menepati hasrat Pendita untuk mendapatkan harga emas terendah untuk dijual dalam volume kilogram.

4. Mempelbagaikan pemilikan aset emas dalam pelbagai bentuk untuk memudahkan barangan dapat dicairkan dimana-mana pajakan.

5. Merebut peluang pemilikan emas fizikal melalui kemudahan pinjaman wang arrahnu dengan pemajakan emas fizikal yang diterima. Ini bermakna Pendita hanya berhutang dengan arrahnu dalam bentuk tunai.

6. Mencungkil harga used gold yang selama ini Pendita cari, alhamdulillah dengan penyertaan ini memberi impak yang besar dalam perniagaan emas Pendita.

7. Matlamat kesederhanaan dalam pelaburan emas GCP sama dengan Pendita Emas.

Kesimpulannya,

Bila kita sebut emas, nilainya adalah tinggi. Tidak kira siapa pengeluarnya usah kita perlekeh dan perkecilkan kerana masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Keterlibatan Pendita dalam pelaburan emas dalam mana-mana pengeluar ialah bergantung kepada sistem pelaburan yang disediakan, harga pembelian yang dealer terima, harga asas yang disediakan lebih rendah dari pasaran, stok yang stabil dan diperolehi dengan mudah untuk cash n carry(yang pendita sangat suka), kemudahan kredit dari syarikat, polisi syarikat, kesediaan syarikat membeli balik emas dilokasi ditetapkan, pajakan (paling utama), 360% Penerimaan produk dalam pasaran paling diutamakan dan bonus sampingan yang diterima boleh meluaskan perniagaan. Semua yang dicari selama ini ada pada GCP.

No comments: