Salam,
Alhamdulillah, harga emas telah melepasi USD1400.00 mulai pagi Selasa. Pada masa posting ini di taip harga emas memang menarik Emas 20 gram menjadi RM3206, 50 gram RM7978.00, 100g RM15881.00 dan 1 kilogram RM158808.00.
Sasaran harga emas Pendita tidak pernah pudar. Pendita menetapkan harga sepanjang bulan Disember 2010 tetap berlantaikan paras USD1400/0z.
Walaupun kita semua sedia maklum telah berlaku penurunan harga diakhir minggu sepanjang dua minggu lepas, dengan rasa keyakinan, insyallah harga emas pada minggu ini akan ditutup pada paras harga yang teguh iaitu berada pada paras USD1430 walaupun target harga emas yang pendita sasarkan pada USD1450.
Oleh itu Pendita menyaran supaya anda jangan lupa untuk menambah stok emas semasa anda sebelum harga emas pergi jauh lagi.
Menyaksikan kepada pergerakan harga emas di atas, sudah semestinya harga emas akan menaik tinggi dengan pantas. Era bermain pada harga naik dan turun akan berakhir pada malam ini. Jika kita menemui kepala ular senduk insyallah harga tinggi akan menjadi kenyataan.
Jika garisan graf berwarna hijau membuat duplikasi garisan warna merah pun sudah memadai kerana harga sasaran pendita pada USD1420 akan tercapai pada pagi Rabu 15/12/2010.
Tetapi jika sebaliknya iaitu berlaku harga menurun ia hanya seketika dan jika melepasi harga USD1400 semula, harga USD1400 ke atas akan mengikat harga emas sepanjang minggu ini.
Kenapa harga emas naik tinggi pada minggu ini ?
Kenaikan harga emas dari hari Isnin (13/12/2010) dan Selasa (14/12/2010)
Harga emas pada hari Isnin 13/12/2010
1. Minggu in merupakan minggu persediaan bagi masyarakat barat untuk membuat pembelian emas untuk dihadiahkan kepada sanak saudara menjelangnya Perayaan Hari Natal dan Sambutan Tahun Baru.
Selepas minggu ini, harga pasti meluncur laju dan bertahan pada USD1450 paling rendah dan akan mencapai sasaran USD1500
2. Berlaku simpanan emas jangkamasa lama untuk pengambilan untung (tahun depan) bagi menantikan transaksi pembelian emas yang telah diwar-war oleh bank pusat china pada tahun 2011.
3. Minggu ini merupakan minggu ketiga harga emas disasarkan melepasi USD1400/oz oleh Pendita Emas. Secara psikologinya harga sasaran pendita telah mencapai tiga kali berturut-turut iaitu dalam ketiga-tiga minggu.
Ini bermakna harga pada paras bawah USD1400 boleh kita ucapkan selamat tinggal. Kalau berlaku penurunan pada paras kurang daripada USD1400 ialah pada masa pembetulan harga yang perlu dilakukan. So kita perlu bersedia dengan harga emas untuk 20 gram pada permulaan harga RM3200.00 mulai malam ini
Bagaimana untuk mengetahui harga emas akan kekal pada paras USD1400/oz ?
1. Pastikan bahawa harga emas akan berada melehihi USD1410 untuk hari Selasa dan Rabu dan Khamis
2. Pergerakan harga malar emas pada sekitar USD1400 pada hari selasa, rabu, khamis dan jumaat.
3. Berlaku satu kenaikan harga puncak paling tinggi pada malam ini atau pada hari esok, bermakna harga pada paras USD1400 akan berkekalan.
No comments:
Post a Comment