Sunday, December 12, 2010

Benarkah Musim Perayaan Menaikkan Harga Emas Global?

Salam,

Benarkah harga emas global naik mendadak bila tibanya sesuatu perayaan besar disesebuah negara?

Jawapannya YA kerana kebiasaannya harga emas naik mendadak bila menghampiri musim perayaan sesuatu bangsa atau masyarakat sesebuah negara. Kenaikannya diukur oleh jumlah permintaan dan penawaran stok emas semasa.

Permintaan barang kemas sering meningkat tinggi pada suku keempat setiap tahun dan diikuti dengan suku pertama tahun berikutnya. Faktor ini didorong oleh perayaan seperti berikut:

Di negara barat : Perayaan Krismis.

Di Negara Islam : Pembelian dan pemberian emas berlaku ketika Perayaan Aidilfitri. Ia bersambungan 90 hari kemudiannya pada bila tiba musim haji dan perayaan Aidiladha. Permintaan tinggi kerana perayaan disambut secara besar-besaran terutamanya di Mekah dan Madinah.

India : Pembelian emas berlaku ketika di musim perkahwinan. Ia berlanjutan mengikut perayaan yang disambut oleh satu daerah ke satu daerah yang tanpa henti. Festival Diwali atau perayaan Deepavali yang selalu jatuh pada bulan Oktober dan November mengukuhkan kenaikan harga emas dunia.

China : Sambutan Tahun Baru China (akhir Januari dan Pertengahan Februari)

Turki : Suku ketiga setiap tahun kerana kemuncak kehadiran pelancong.

No comments: