Sunday, April 24, 2011

HARGA EMAS DISUSUN TINGGI AWAL MINGGU ATAS usd1512

Salam,

Hari ini PE suka berkongsi atas pendapatan yang diterima atas pelaburan emas PE yang telah banyak PE postingkan sebelum ini.

Ketika posting ini ditulis, kedudukan masa menunjukkan 7:30am tanggal 25/4/2011 di Johor, Malaysia. Jangkaan PE, harga merangsang naik pada awal minggu ini telah ditunjukkan oleh pergerakan harga pada pagi ini (25/4/2011) dengan lonjakan kenaikan harga setinggi USD7.70 dari USD1504.20 meningkat kepada USD1512.40 dengan harapan harga melepasi USD8.00 seketika nanti.
Lonjakan harga ini merupakan lonjakan yang ekstrim bagi satu urusniaga mana-mana saham di awal pagi. Kelebihan kenaikan harga ini ditujukan kepada rakan-rakan gabungan PE dan diucapkan tahniah kerana dividen atas pegagangan saham anda terutama yang baru menyertai pada bulan April 2011 memdapat pulangan dividen sebanyak 10% dalam bentuk unit auns emas fizikal.

Tak sangka pula saham emas PE sebanyak 10, 000 unit yang dibeli dengan harga USD1.05/auns pada bulan Januari 2011 telah memberi pulangan 10% menjana pemilikan emas sebanyak 1.000 auns.

Pagi tadi emas yang diterima sebanyak 1.000 auns telah diconvertkan kepada tunai dan memberi pulangan lebih 15%. atas harga pasaran emas semasa pada jam 7.00 pagi tanggal 25/4/2011 atas kadar harga USD1512.60.

Ini bermakna dalam tunai, unit emas yang PE terima telah menjana pendapatan bulanan sebanyak USD1512.60 dan bila tukar kepada RM dengan formula kadar tukaran ditetapkan sebanyak RM3.30/dolar menghasilkan pendapatan dalam RM sebanyak RM4991.58. Ini pendapatan pada hari ini kerana dollar masih tinggi.

Bagaimana pula dengan harga RM yang akan meninggi dan mengatasi dolar AS pada bulan-bulan mendatang, sudah pasti kita tidak akan mendapat pendapatan bulanan atas dividen diterima seperti hari ini. Apa-apapun keputusan di tangan anda. PE hanya berupaya mengwar-warkan sahaja.


Wow, jam 8:15am harga emas telah meningkat naik lagi ke paras USD1513.24 yang menyaksikan harga emas telah melepasi USD8.54 (1513.24 -1504.70).

Pautan posting berkaitan dengan sasaran harga minggu (25/4/2011 hingga 30/4/2011)




No comments: