Friday, April 22, 2011

RUMUSAN SASARAN HARGA EMAS DUNIA DARI SUDUT PANDANGAN PENDITA EMAS

Salam satu dunia,

USD1500/oz merupakan satu harga yang dinanti-nantikan kebanyakan pelabur emas di seluruh dunia kerana ukuran harga emas dipengaruhi oleh dolar AS.

Terlalu lama harga keramat ini dinanti mulai bukan November 2010, bicara tentang kenaikan harga emas telah menjadi satu ramalan. Ada yang meramal harga emas akan melepasi USD1400/oz, 1500/oz, 1600/oz hingga ada yang menyasarkan harga emas akan berada dipuncak USD5000/oz. Manakala Pendita Emas juga turut meramalkan juga harga emas semasa dengan sasraan USD2000 pada akhir tahun 2011 dan USD1500 dilepasi pada Januari 2011.

Malang sekali harga harapan kami semua tidak kesampaian, bila diawal tahun suku pertama pelabur telah disogokkan kenaikan harga saham domestik dan antarabangsa. Pelbagai dana pelaburan saham menunjukkan prestasi menguntungkan di sana sini. Kita tahu keperluan keuntungan tunai wajar dikejar.

Tapi langit tidak selalu cerah, tetiba hujan di tengahari. Bermula dengan rusuhan menurunkan diktator di Timur Tengah dan Afrika seperti di Mesir dan Libya menjadikan suasana keamanan dunia memudar bersama kejadian bencana alam berterusan seperti serangan ribut berterusan di Amerika, musim sejuk berpanjangan di China dan gempa bumi di Jepun menambah kesengsaraan kehidupan dalam dunia ini.

Terkini, terdapat satu ledakan yang merisaukan bagi kebanyakan penduduk dunia dengan kenaikan inflasi sehingga dua kali ganda dari kenaikan inflasi pada bulan Mac, kenaikan harga minyak antarabangsa, keperluan dana untuk mendapatkan bekalan makanan yang cukup, tanggungan hutang yang banyak di Amerika, Greece, Portugal diikuti dengan penyediaan pekerjaan yang mengecut, pulangan dana pelaburan yang mengecil menjadikan fenomena ini satu ancaman kepada kesejahretaan kehidupan sejagat.

Ya, emas dan perak mendapat tumpuan semua pihak. Kenaikan harga emas selama 4 minggu berterusan membuka mata semua pelabur termasuk pelabur terkemuka sudah memihak kepada pelaburan emas dan penganalisis komoditi logam.

Rata-rata penganalisis pelaburan emas bersetuju atas pendapat pelabur bahawa mereka membeli emas sekarang secara banyak bagi melindungi harta mereka. Emas dianggap sebagai penyimpan nilai bukan tunai.

Berbalik kepada rumusan harga sasaran Pendita Emas sehingga ke peringkat USD1500 dapat dinyatakan berdasarkan siri-siri posting yang berkaitan:

1.

No comments: