Monday, April 18, 2011

Betul ke PE harga emas awal pagi 19/4/2011 Mencecah USD1500

Salam,

Macam-macam gelaran yang PE sumbat. Tetiba ada pulak keluk lenturan kerugian membawa kekayaan. Apa dia tu? Begini PE ceritakan apa yang dimaksudkan keluk berkenaan. PE maksudkan sebagai satu keluk dalam tempoh 30 minit telah berlaku dua keadaan iaitu harga menurun kemudian disambut dengan tolakan harga yang tinggi.

Ketika itu, jika hal ini berlaku, ketika keluk harga menurun kita akan mengalami kerugian atas harga saham yang kita beli diparas yang tinggi. Walau bagaimanapun tindakan berani bergantung kepada kemahiran seseorang individu membaca harga emas semasa, membuat spekulasi sendiri dan membuat penilaian peribadi tentang harga emas semasa. Jika semua ciri dinyatakan ada pada anda, maka anda boleh bertanding dengan kecekapan PE membuat analisi harga semasa.

Contoh tindakan yang PE lakukan pada hari ini ialah PE dapati seolah-olah harga emas merudum dan akan memantul semula. Apa yang PE lakukan ialah jual sahaja unit saham yang menunjukkan kerugian lebih kurang USD2.71 lantas dalam masa sama membuat pembelian harga emas yang paling rendah.

Lihat kerugian dan keuntungan yang dibuat oleh PE dalam tempoh singkat. Rugi USD2.71 tetapi menjana keuntungan USD20.8. So siapa mahu bagi keuntungan begini. Bermakna sendiri buatlah bukan.



Alhamdulillah sangat menyakinkan keuntungan yang diterima di atas. Di bawah ini merupakan satu contoh keluk kerugian yang boleh membawa kekayaan kepada pelabur saham emas.

Nampak pelik bukan? tetapi keluk ini mempunyai nilai dan maksud yang tersirat yang sukar untuk diterjemahkan oleh sesiapa. Di sini tiada faktor gelombang dan berkias-kias. Semua maklumat digunakan untuk membuat analisa terdapat dalam keluk harga di bawah ini. PE cadangkan untuk membuat patern harga begini kena sertakan keluk harga emas semasa yang lain disediakan oleh banyak pihak di Internet. Senang kata dibaca bersama dan kena pantas untuk berpindah dari satu keluk ke satu keluk harga emas yang lain. Maka kelebihan yang PE dapat ialah :



Sebagai contoh PE membeli unit saham emas VGMC dalam masa sama PE terpaksa sesuaikan dengan keluk harga +500, kitco, goldprice, dan lain-lain author.


Berbalik kepada penceritaan utama tentang harga emas awal pagi 19/4/2011 sebagai berikut.

Harga awal pagi menuju puncak.


No comments: