Sunday, April 24, 2011

RUMUSAN HARGA EMAS SEPANJANG MINGGU (18/4/2011 HINGGA 22/4/2011)

Salam,

harga emas terus menerus meningkat naik sehingga ke penghujung minggu yang menjejaki paras harga USd1512.50 sebelum menutup pada harga USD1507.70.

Berdasarkan kepada harga sasaran PE pada minggu ini dapat disimpulkan sebagai :

Harga tertinggi pada 21/4/2011 = USd1512.50
Harga Penutupan pada 21/4/2011 =USD1507.70

Harga terkini : USD1486.48 dilepasi pada USD1512.50
Harga sasaran PE minima : USD1500 dilepasi USD1512.50
Harga sasaran PE meduim : USD1516 tidak dilepasi hanya capai USD1512.50
Harga sasaran tertinggi : USD1526 tidak dicapai setakat USD1512.50
Harga sasaran bonus : USD1530 tidak tercapai
Volume kenaikan :USD30 hanya mencapai USD26.02
Sasaran rekod harga minggu ini : USD1508 dilepasi USD1512.50 tetapi ditutup rendah sedikit USD1507.70
Harapan harga penutupan mingguan : USD1515 tidak tercapai hanya USD1507.70

Rekod sehingga 20/4/2011



Faktor-faktor penggalak kenaikan harga emas antarabangsa ialah:

1. Keadaan geopolitik di Timur Tengah yang berlarutan ke Afrika Utara masih belum reda daripada krisis menumbangkan pemerintahan diktator di Libya.

2. Bencana alam seperti puting beliung, banjir kilat, tsumani di Jepun dan cuaca sejuk berterusan mengundang keperluan dana makanan mendapat perhatian menyumbang kepada peningkatan kadar inflasi dunia.

3. Kebimbangan inflasi berlaku di sana sini mengundang pelabur mengalih dana pelaburan kepada emas sebagai alat lindung harta.

4. Kejatuhan dolar AS yang berterusan mengundang ketidakseimbangan mata wang asing yang bersandar dengannya terutama bila ada negara yang menggunakan mata wang dolar untuk negara pengimport tetapi menggunakan mata wang sendiri ketika membeli barang negara lain.

5. Krisis hutang berdaulat di Eropah bagi negara Portugal dan Greece masih menghantui perkembagan ekonomi yang sihat dirantau tersebut.

6. Permintaan komoditi logam yang terus membahang di China yang terus meningkat diikuti dengan projek pembangunan Jepun yang baru mengalami bancana Tsunami akan mengubah permintaan komoditi logam.

7. Kenaikan harga minyak juga menyebabkan kebimbangan semua negara yang memilih pelaburan emas sebagai lindung nilai harta mereka.

8. Perubahan dasar moniteri bank-bank pusat yang mahu mengalihkan rezab simpanan kepada emas menguatkan lagi kenaikan harga emas.

No comments: