Friday, October 29, 2010

KSEIMPULAN HARGA EMAS SEPANJANG MINGGU INI




Salam semuanya,

SASARAN PENUTUPAN HARGA EMAS DUNIA PADA 30/10/10 PADA PARAS TINGGI

Harga penutupan bagi emas jam 5.00 pagi sabtu berada pada kedudukan USD1359.80/oz. Ini menunjukkan harga emas setempat bagi 20 gram ialah RM3070(RM153/g). Harga ini berada pada kedudukan lebih rendah daripada harga yang Pendita Emas sasarkan pada 30/10/10 iaitu sekitar USD1365.

Walau bagaimanapun harga 1359 masih memuaskan hati Pendita Emas kerana ia beroperasi sekitar 4 jam sahaja. Jika ada kesinambungan 6 jam lagi urusniaga emas pada pagi Sabtu jam 6am -12pm sudah pasti harga sasaran pendita emas tercecah.

HARGA SEPANJANG MINGGU

Sepanjang minggu ini dan minggu lepas, Pendita Emas mengharapkan harga pasaran dunia emas mengalami kejatuhan harga yang dikehendaki sehingga USD1250/oz, iaitu mahu mendapatkan emas 20gram sekitar harga RM2800.00 atau paling kurang pun pada tahap USD1300/oz dengan harga tempatan RM2920.00. Tetapi tidak kesampaian, harga hanya jatuh pada tahap paling rendah USD1315.00.

Bermaksud emas tempatan Public Gold berada pada tahap tinggi sepanjang dua minggu sasaran harga rendah. Harga paling rendah hanya dinikmati seketika iaitu sekitar RM148/gram (USD1315/28.35g=USD46.38 X RM3.20. Ini bermakna pelabur emas tidak sempat untuk membuat lock harga spot RM2960 untuk seketul emas 20gram.

Alhamdulillah rasanya sesiapa yang mengikuti sasaran Pendita Emas yang diposting dalam blog ini dan diposting dalam Facebook Public Gold mendapat manfaat menikmati pembelian pada harga rendah. Itu sebenarnya harga yang diidamkan oleh pendita Emas.

DUGAAN HARGA EMAS JATUH SEPANJANG 2 MINGGU TERAKHIR DALAM BULAN OKTOBER klik sini

Kekadang merasa pelik juga pada Pendita Emas, tengah syok harga mencanak naik tetiba Pendita Emas membuat posting mengenai harga emas semasa dunia akan turun.

Posting dibuat pada 15hb Oktober 2010, menyarankan rakan-rakan menyimpan wang melalui pajakan pinjam dengan sanak saudara atau buat pinjaman dengan institusi kewangan dengan buat overlap atau buat pinjaman baru semata-mata untuk mendapatkan emas pada harga yang minima. Sedangkan harga emas didagangkan mulai 18 Oktober 2010.

Alhamdulillah, ramai rakan mendapat manfaat dari kejatuhan harga ini. Dipihak lain ada pulak yang mempertikaikan dan tidak mahu menerima saranan pendita emas. Maka mereka merasa panik kerana ramai rakan yang mahu menjadi ejen menangguhkan dahulu penyertaan dalam Public Gold. Itu semua pilihan mereka.

Pendita Emas mensasarkan harga berkenaan adalah untuk tujuan Pendita tambah gram dan stok. Mereka ikut, itu persepsi mereka ke atas blog pendita emas.

Apa-apapun sasaran harga jatuh dan rendah serta runtuh menjadi kenyataan. Itu bukan kuasa Pendita Emas, semua tuhan punya kuasa. Kita kena kembali kepada kekuasaannya. Manusia merancang Tuhan menentukan.

Aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn aku sangat bersyukur kepada Mu ya Allah kerana memperkenankan doaku setiap kali lepas solat mengenai harga emas ini.

HARAPAN PENDITA EMAS PADA HARGA EMAS DI BULAN NOVEMBER

Kini, selepas 30 Oktober 2010, marilah kita menuai hasil kenaikan harga emas yang mendadak. Jika anda membuat pajakan usahlah mengubah surat perjanjian pada minggu pertama bulan November, elok kita panjangkan sahaja tempoh surat pajakan sedia ada. Berlaku kenaikan yang maksima baru kita ubah surat perjanjian pajakan untuk mendapatkan extra money melalui kenaikan harga semaksima mungkin.

No comments: