Tuesday, October 26, 2010

KESIMPULAN HARGA EMAS DUNIA PADA 26/10/2010


Salam,

Alhamdulillah, harga emas yang Pendita lakarkan pada sesi tengahari nampaknya menjadi pada hari ini iaitu ke arah menurun mengikut lakaran anak panah kuning. Ia mencapai harga paling rendah jam 10 malam pada kedudukan harga 1228.00.

Lihat posting pada jam 12.45 tengahari di bawah. Apa yang penting harga tidak melepasi tambatan harga tengahari pada kedudukan USD1345.00.

HARGA JAM 12:45 TENGAHARI


Kembali kepada pemetaan harga semasa. Apa yang anda lihat?



1. Harga mengikut garisan kuning yang Pendita emas lakarkan pada tengahari tadi.
2. Harga masih tidak melepasi garisan tebal garisan tambatan harga maksima.
3. Membentuk patern simetri iaitu istilah harga emas yang Pendita Emas gunakan dalam blog dan seminar pelaburan emas boleh dikatakan sebagai bila harga naik ia akan membentuk harga pantulan seakan-akan sama pada harga yang rendah dan sebaliknya. Jika harga didahului dengan harga rendah pada hari sebelumnya ia akan membentuk harga pantulan pada kedudukan tinggi.

Ada kebenaran atau tidak analisa harga yang Pendita emas nyatakan?
Sama-sama kita nilai berdasarkan kajian graf harga yang pendita sertakan.

-----------------------------------------------------------------

HARGA JAM 12:45 TENGAHARI


Kesimpulan pergerakan Harga sehingga jam 1.00 tengahari

Harga masih rendah USD1339.80 awal pagi turun semula kepada 1339.40.
Masih belum menembusi garisan 1345 yang dilakarkan.
Ada potensi harga jatuh lagi mulai petang ini.

No comments: