Salam,
Hari bersantai dan berlibur buat pelabur emas di bawah pendita emas!!!!
Harga emas telah tertambat sehingga jam 6.00 Isnin 11 Oktober 2010 pada kedudukan USD1347/oz. Satu harga yang telah dispot oleh pendita emas sepanjang minggu ini dizahirkan melalui harga emas 20g keluaran Public Gold pada kedudukan RM3047.00 dan 1 Dinar melepasi lebih dari RM622 kepada RM630.00.
Semua itu hanya kebetulan sahaja, Allah yang menentukannya. So sesiapa mahu menjadi ejen baru Public Gold harga emas terkini seperti berikut Klik Sini.
Marilah kita rehatkan minda dan badan serta memulihkan tenaga yang sudah hilang mengundang keletihan tahap gaban setelah menemui klien di Seluruh Malaysia disamping melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang guru yang diwarnai pelbagai tanggungjawab dan tugasan serta sebagai Tutor Sambilan di Open university Malaysia cawangan PPW Johor Bahru di setiap hujung minggu.
Nampak serabut tugasan pendita emas bukan, tapi itu semua bukan penghalang untuk menikmati keseronokan bekerja. Cuma takut kehilangan gembira dalam kerja, maka dari sekarang satu pekerjaan yang boleh diteruskan ketika persaraan perlu disediakan.
Dengan kecelaruan persekitaran ekonomi kita yang kurang stabil, langkah yang proaktif dan berani perlu kita sediakan sebagai penampan dalam mengharungi perubahan-perubahan mendadak dengan plan-plan yang ampuh.
Persoalan sering berputar dalam fikiran kita setiap masa contohnya adakah pasti bangun esok hari minyak kenderaan pada harga yang sama pada hari ini? adakah subsidi minyak akan berterusan dinikmati rakyat yang miskin? Adakah kemakmuran ekonomi kita berterusan? Maka kita perlu bersedia dan bersedia dari segi kekuatan ekonomi peribadi.
Jika kita berani mengubah hidup, kita adalah orang paling berjaya dalam dunia. Allah sentiasa membantu hambanya yang mahu mengubah nasibnya. Banyakkan solat, berusaha, berdoa dan bertawakal kepadaNya insyallah kita akan sentiasa berjaya. Aminnnn
No comments:
Post a Comment