Friday, October 15, 2010

MASA ITU EMAS

Salam,

Peribahasa Masa Itu Emas, memang sangat tepat kepada pelabur-pelabur Emas. Jika kita leka, tidak tahu mengenai kenaikan emas, bertangguh memang emas akan meninggalkan kita tanpa apa-apa kelebihan walaupun kita memiliki bertan-tan emas. Dengan kata mudah ia akan hidup dengan jumlah emas yang statik.

Berbanding dengan pelabur yang hanya mempunyai seketul atau dua emas beratnya 20 gram tetapi mempunyai akal yang celik dengan manipulasi emas, orang jenis ini adalah orang yang paling berjaya dalam hidupnya. Setiap masa akan dapat meningkatkan kuantiti emasnya. Dalam masa singkat mengatasi jumlah emas yang dimiliki oleh orang yang memiliki emas bertan-tan.

Moralnya,

Hendak bermain dengan emas, disulami dengan pengalaman mengharungi cabaran, kelak mudah membina kejayaan dengan labih sukses dalam masa singkat.

No comments: