Sunday, March 27, 2011

HARGA EMAS AWAL MINGGU (28/3/2011)

Salam,

Seperti dimaklumkan pada posting yang lalu, saranan PE bahawa awal minggu ini harga berada pada paras rendah dan merupakan hari untuk menambah stok saham emas kita.

Bagi yang telah membeli pada minggu lepas dan terlepas harga paling tinggi iaitu USD1445 untuk tujuan jualan unit, apa kata kita tunggu malam ini iaitu penghujung malam 28/3/2011 dan awal pagi 29/3/2011. Jika ada peluang menjual kita lakukan apa yang sepatutnya. Ini disebabkan ada kenaikan sedikit tetapi berlaku penjualan yang kerap menyebabkan harga tidak menjadi kompetitif untuk dipertahankan.

PE kata jual bukan bermakna mahu mendapatkan untung maksima tetapi sebaliknya untuk membolehkan kita bid harga yang lebih rendah lagi. Lihat carta graf dan harga saham emas yang PE beli. Mengalami penurunan harga mendadak iaitu harga penutupan USD1430 tetapi pada awal minggu ini harga bermula pada USD1425.


Nah, harga terus merudum pada petang hari mencecah USD1419





Turun lagi USD1415



Harga menjelang pertukaran hari, naik semula ke USD1419.35


Awal pagi harga memulih.




Kesimpulan harga emas pada hari ini adalah seperti berikut:


Line hijau dipangkah menunjukkan harga tidak mungkin ke arah tersebut, sebaliknya menurunke bawah.

Sudah tidak boleh membuat sale, sebaliknya hanya buat pembelian sahaja.

Tinggalkan sahaja keluk ini dan tidur dengan nyenyak. Mulakan urusniaga selepas jam 12.00 tengahari untuk mendapat harga yang lebih tinggi bergantung bagaimana pergerakan harga baru terbentuk. Jika berada di atas garisan hijau. Untung lebih.

Saturday, March 26, 2011

HARGA DIJANGKA BERADA DALAM LINGKUNGAN USD1425 HINGGA USD1435 MENJADI KENYATAN I AKHIR MINGGU (21/3/2011 - 26/3/2011)

Salam,

Berdasarkan kepada penelitian pergerakan harga pasaran emas semasa, sasaran harga emas diakhir urusniaga pada 26/2/2011 telah menunjukkan harga seperti carta di bawah ini di mana harga penutupan pada USD1430.


Ini menjadikan kedudukan harga emas yang PE gantung untuk jualan menjadi seperti berikut:


Harga penutupan berkenaan telah PE jangkakan berlaku diakhir urus niaga pada minggu ini.

Justeru PE menangguhkan jualan kembali emas milik PE.

a. Belian emas USD10.00 masih berada pada kedudukan balik modal sahaja apa bila harga emas naik dari USD1428 ke USD1430.



b. Harga emas PE masih kerugian apabila emas dibeli pada USD28.63 masih kekurangan 0.05.



c. Apatah lagi emas yang dibeli pada 24/3/2011 pada kedudukan RM1442 sudah pasti memberi impak negatif pada sumber pendapatan PE bila mengalami defisit harga USD9.18 dari USD1009 kepada USD1000

Apa yang akan PE lakukan pada ketiga-tiga harga emas PE, berdasarkan keluk harga minggu ini pada minggu depan dapat dinyatakan seperti berikut:


Pada hari Isnin (28/3/2011)

Keluk harga emas akan mendatar atau melakukan side away dan harga akan bermain sekitar USD1428 hingga 1436 pada sesi pagi sehingga jam 12.00 tengah hari. Keputusannya kita kena kekalkan pemilikan saham emas.

sebelah petang sehingga jam 8.00 malam, PE rasakan kita boleh membuat keuntungan beberapa kali atas penjualan emas yang dibeli pada harga USD1428 dan USD1430. Harga emas pada USD1422 biarkan sahaja sehingga ke pagi selasa (29/3/2011)

Pada hari Selasa (29/3/2011)

Sasaran harga PE berada pada paras USD1445, hasil jualan emas boleh kita gunakan untuk emas baru. Emas PE yang berharga USD1422 masih belum boleh jual kecuali jika harga emas berlaku lonjakan singkat dan kenalah follow harga berkenaan jangan sampai ketiduram.

Pada hari Rabu(30/3/2011)

Sasaran harga PE, harga emas mencapai sasaran harga USD1460 yang PE harapkan agar emas USD1422 memberi keuntungan sebanyak USD38 untuk emas 0.70 aun. Hasil modal USD1009 kita buat pecahan untuk buat pembelian emas setiap 0.10 aun mengikut harga yang pelbagai.

Apa yang PE tunjukkan hanya melibatkan akaun yang bermodalkan USD1050. Ini belum termasuk akaun PE yang bernilai 15 lot.

Pada hari Khamis (31/3/2011)

Harga ekstrim akan berlaku pada penghujung malam khamis menjelang awal Jumaat. Jual beli yang kerap sesuai pada waktu ini.

Pada hari Jumaat hinggalah hari Sabtu harga merudum jatuh ke bawah dengan julat yang besar.

Sasaran Pendita berdasarkan pada pergerakan harga emas sepanjang minggu lepas. Walau bagaimanapun kekurangan ini akan diperbaiki setiap masa pada minggu depan berdasarkan rumus-rumus yang pendita sediakan.

Bacaan sampingan :

JOM BERJUAL BELI EMAS DALAM INTERNET pada 25/3/2011


Friday, March 25, 2011

JOM BERJUAL BELI EMAS DALAM INTERNET pada 25/3/2011

Salam,


Pada malam ini PE membuat eksperimen membuat pembelian dan penjualan emas ketika harga jatuh dengan menggunakan wang permulaan USD1050. Berikut adalah carta pembelian saham emas yang PE lakukan iaitu dinyatakan dalam carta di bawah pada jam 20:59 25 mac 2011.



Ilustrasi di atas telah memberi kefahaman yang jelas buat PE bahawa wang pelaburan sejumlah USD1050, rupa-rupanya boleh dihabiskan sepenuhnya untuk kita bermain saham emas. Pengalaman ini telah mencetuskan satu penemuan yang baru.

Persoalannya kenapa PE berkata begitu? Ini disebabkan upline PE dalam pelaburan ini tidak pernah membuat kajian seperti yang PE lakukan. Mereka hanya mengatakan bahawa kalau PE melabur 1 Lot sebanyak USD1050, PE hanya boleh bermain saham setakat 0.70 auns. Sebaliknya apa yang berlaku setelah kajian dibuat oleh PE? Inilah jawapannya:




Walaupun mereka telah mendahului PE dalam pelaburan ini, ilmu mereka masih belum mantap. Berdasarkan pengetahuan ilmu pelaburan emas, nampaknya PE lebih matang dari mereka.

Selepas melihat kenaikan harga emas sebentar nanti, PE akan membuat penjualan semula emas-emas tersebut sebentar nanti. Matlamat mahu membuat pembelian 10 saham berbeza sama nilai 0.1o aun.

Jelas pemahaman ini telah memberi peluang kepada PE untuk menjana keuntungan pada setiap masa melalui transaksi jual beli emas. pengalaman membuat harga ramalan sebelum ini dapat PE pergunakan. Ia sangat membantu PE sekarang.


Senang kata, pi jalan dengan cerita-cerita analisis teknikal harga emas yang diciplak atau saduran dari pakar-pakar negara barat. Sama kes masa belajar dahulu, jika kita ditangkap menciplak isi buku orang tanpa dinyatakan dalam sumber rujukan kita dicas plagiat kita akan ditahan skroll. Yang aneh, bagaimana hukuman pada mereka yang memperdengarkan celoteh mereka, pendengar siap kena bayar plak?

Terus terang analisis teknikal yang mereka lakukan tu semuanya berdasarkan gelagat harga emas yang sudah berlaku. Bukan harga emas yang bakal berlaku seperti yang PE lakukan selalu.

Bukan nak perlekehkan mereka, cuma kepada pelabur-pelabur rangkaian PE mari kita bangunkan minda kita sendiri membuat kajian atas pelaburan yang kita buat sendiri. Buat rujukan harga emas setiap masa. Insyallah anda semua akan berjaya.

Berbalik kepada pembelian hari ini, salah satu lot belian telah menikmati kenaikan 0.1. lihat jadual di bawah. Perlukah kita jual? Tangguhkan dulu.








Berdasarkan pergarakan harga warna hijau, pada malam ini dan pada penutupan minggu ini PE tinggalkan sahaja ruangan saham kerana harga emas semasa tidak membawa pulangan yang menarik. Ini bermakna jualan balik emas-emas akan dilakukan pada hari Isnin depan.

Harga dijangkakan akan bergerak secara malar kerana tidak ditemui lagi kepala ular senduk kecuali ada perubahan yang mengejutkan malam / pagi ini.


Alamak tangan gatal plak, juallah emas dibeli sebanyak USD11.47 sebab naik USD 0.02. Nie dia rekod jualan sebentar tadi


Simpanan modal kembali semula selain keuntungan di atas.


Kesimpulan pelaburan pada minggu ini:

PE mencadangkan pembelian emas baru perlu dibuat pada jajaran harga USD1425 hingga USD1432 dan elakkan pembelian harga emas baru pada jajaran harga emas di atas USD1440 jika mahu membuat keuntungan harian.

Ujian telah dibuat ke atas harga USD1442 hanya naik tinggi ke paras USD1445 telah gagal PE tawan pada malam tadi kerana ketiduran awal. Maka harga USD1422 masih kekal pada masa posting ini ditaip.


Jika diperhatikan pada harga we buy nampaknya tidak berpihak pada Pendita. Apa lagi peram ajerlah.

Tentu anda semua tertanya-tanya adakah dividen dibayar 14% juga jika wang pelaburan Pendita tinggal USD40.50.

Jawapannya ; Dividen anda tetap dibayar mengikut lot yang anda beli, ini bermakna jika anda membeli 1 lot dengan harga USD1050 (RM3570.00) bermakna dividen bulanan anda dibayar 14% x USD1050=USD147 x RM3.20 =RM470.40.

Berapa pula had minima pengeluaran dan bagaimana mahu transfer?

Untuk makluman had minima pengeluaran ialah USD500.00 terus ke akaun peribadi. Jika tidak cukup USD500.00, jual ajerlah USD kepada upline yang ada wang tunai. Anda akan dapat mengosongkan serta merta akaun anda jika berbuat demikian.

Berbalik pada harga tumpuan untuk belian saham emas pada harga USD1425 hingga USD1435 inilah masanya. Harga emas sudah USD1429.


Anda tentu suka jika anda mempunyai keupayaan meramal harga masa depan. Nah lihat carta harga di bawah ini. Wowww harga tambah jatuh ke USD1426.00. Pendita sarankan beli harga emas pada USD1425 hingga USD1435 kan tadi, apa lagi belilah menggunakan platform pelaburan Emas Pendita. Rugi tak belikan.



A ahhh, jangan tunggu lama-lama harga emas dah jatuh pada USD1425 seperti yang PE nyatakan sebentar tadi. Nak bukti lihat carta di bawah ini. Senang kata PE siapkan cara, masa bila nak beli dan bila nak jual. Masa sekarang adalah masa membeli.


Nah dua harga baru yang Pendita beli sebentar tadi. Pertama pada harga USD1431 dan kedua pada harga USD1428.



Jika harga jatuh setelah membuat pembelian, kita tunggulah sehingga harga baru melepasi harga belian kita. Contoh lihat rajah di bawah:



Moral: Rasa tersangat seronok bermain saham emas ini kerana spreadnya USD1./oz. Macam makan kuih lompat tikam.

Thursday, March 24, 2011

JOM BERJUAL BELI EMAS DALAM INTERNET

Salam,

Marilah berjual beli emas secara profesional di hujung jari kita. Istilah ini tepat bagi pelaburan emas yang duduk diam dan goyang kaki hari-hari masuk puluh-puluh, minggu-minggu masuk ratus-ratus dan bulan-bulan masuk ribu-ribu. Bergantung kepada pelaburan kita.

Akaun pelaburan berikutnya diserahkan kepada anda seperti di bawah


Pelaburan yang Pendita display dalam posting ini hanya melibatkan saham 1 lot (1000) unit yang dijual pada harga USD105 bersamaan USD1050 (RM3570.00) satu lot.

Dengan pendaftaran sebentar tadi, kita terus diberi kemudahan menggunakan modal USD1050 kita sudah boleh menjadi pemegang share dan menjual serta membeli emas dalam pasaran dengan jumlah 0.70 auns. Ini bermakna jika sedia membeli banyak lot maka banyaklah keuntungan yang dibuat.

Sebagai contoh, melalui pembelian 1 lot, Pendita telah mendapat keuntungan 0.90 bagi satu lot yang Pendita jual sebentar tadi atas kenaikan 0.90, bagaimana kalau PE membeli 10 lot pada keuntungan yang sama ttu PE mendapat USD9.00.

Lihat apa yang PE lakukan pada posting sebelum ini, PE mendedahkan keuntungan yang PE terima melalui traksaksi jual beli. Ya, keuntungan jualan sebentar tadi berjaya menjana USD1.12




Di sini anda dapat melihat PE membuat pembelian emas semula pada harga USD1442. Lihat urutan pembelian yang PE lakukan?

Persoalan yang PE bolah jawab dari pertanyaan anda adalah seperti berikut:

Di mana kita boleh berjual beli seperti Pedita lakukan?

Ini wall akaun Pendita Emas, sebagai pemula jual beli emas.



Bagaimana harga emas semasa ditentukan?

Inilah graf harga emas yang digunakan sebagai panduan PE buat Bid harga emas terkini.



Ini pula paparan wang baki PE tidak termasuk wang hasil jualan 0.90 pada posting sebelum ini. Bermula dengan 1 lot kita sudah boleh berjual beli emas 0.70 auns.


PE berminat untuk membuat pembelian semula pada harga1442.10 dan lihat dengan emas seberat 0.70 auns PE mengeluarkan kos sebanyak USD1009.


Pembelian PE berjaya dan wang berbaki USD40.45 dengan spread harga jual dan harga belian hanya -0.90. Tanda negatif bermakna kita tidak boleh menjual emas yang baru kita beli



Harga spread -0.90 yang ditinggalkan seketika sebentar tadi telah mengalami defisit kepada -0.81, wow jangkaan Pendita harga emas akan meningkat naik sebentar lagi. menjadi kenyataan. Tunggu sekejap sambil goyang kaki nak jual semula emas bila naik semula. Sekurang-kurangnya naik USD145 kita jual.



Alamak harga jatuhlah bro. PE sudah terkena pukulan dari urusniaga pasaran yang berlaku. Lihat carta harga emas semasa di bawah ini jatuh ke paras terendah USD1441:


Wah julat spread daripada -0.90 membesar kepada USD-1.43. Kita tunggu sedikit masa lagi untuk jual juga dalam tempoh sejam mendatang.


woo hai, julat spread harga belian Pendita dengan harga emas terkini sudah merudum ke USD1440. Dalam hati berkata moga-moga meningkat naik semula ke usd1444 PE akan lego semula.



Woo hai makin jatuh plak harga emas nie sampai defisit USD3.82. Tak apa percaya kepada deria ke enam intuisi PE mengatakan harga akan naik semula seketika.



Ha ahhh harga sudah mula naik ..Defisit sudah mengurang.




Yaaa, harga melonjak naik semula.


Penafian : Maklumat ini sebagai info sahaja. Defisit spread semakin mengecil.






Waaa, harga sudah melepasi 1442. Tetapi belum boleh jual.



PE masih menanti harga emas naik semula melepasi 1442