Saturday, October 2, 2010

Hari Malangku Memberi Rezeki Kepada Pelbagai Pihak

Salam,

9.00 pagi aku telah ke rumah pasangan keluarga En Hashim dan Pn Norlinda untuk menghantar 3 ketul public dinar bernilai RM1830.00(RM610 x 3 pc) yang ditempah dan dibayar tunai selepas seminar pelaburan malam tadi.

Rancangan saya adalah untuk menemui empat kontraktor yang perlu saya temui segera pagi nie sebelum jam 12.00 tengahari yang diplankan oleh salah seorang ejen saya itupun setelah mendapat call dari ejen saya.

Selesai aktiviti pemberian resit, dalam perjalanan ke tempat sarapan pagi, tayar kereta bahagian depan bunyi lain macam. Saya memberhentikan kenderaan dan memeriksa terdapat sebatang skru tertanam dalam tayar.

Peh terasa boring plak bila melihat situasi begini. Seolah-olah macam merencatkan perjalanan aktiviti untuk ke Mersing. Kedai tayar masih belum buka. Masa sarapan saya panjangkan sehingga jam 10.00 pagi.

So nak tunggu masa jam 10.00 pagi, dari hanya minum segelas air, kami bertiga menambah lagi masing-masing secawan air dan sekeping roti telur lagi. So pekedai roti dapat sale 6 pc roti telur dan 6 gelas air teh susu.

Sampai di kedai tayar, terdapat sebuah kereta yang masuk lebih awal dari saya. So dalam menunggu giliran terdetak plak nak promote program pendita emas. Lebih mudah plak mereka menegur saya dengan panggilan guru. Saya tidak kenal mereka tetapi dia telah mengenali saya.

Alhamdulillah dua flayer yang terdapat dalam kereta saya berikan kepada mereka dan resit pendita emas dan public gold yang menunjukkan perubahan harga menjadi bahan bukti perubahan emas berlaku setiap masa dalam sehari.

Info disampaikan tidak sampai 5 minit, kedua-dua teman tadi telah menunjukkan minat yang sangat mendalam. Saya tidak memaksa untuk joint, saya biarkan mereka dengan flyer dan no telefon kerana perlu bergegas ke Mersing.

Alhamdulillah, perkara yang berlaku secara spontan iaitu cerita sebatang paku terbenam dalam tayar kereta saya, memberi peluang untuk membuat promosi secara tidak sengaja kepada dua teman yang baru saya kenali.

Kepada mekanik saya mengeluarkan RM5.00 untuk tampalan pada tayar, insyallah dalam masa terdekat saya mungkin akan dapat sale RM200,000.00 dari mereka berdua jika mereka setuju membeli RM100,000.00 setiap orang untuk plan pembelian emas yang saya cadangkan.

So mudahkan plan pelaburan emas, modal RM5.00 dengan menjual idea pelaburan emas kita boleh menjana RM200,000.00 dalam masa seminggu. Pendita Emas hanya menjual idea, Public Gold yang menjual emas.

Moralnya saya dapat memberi keuntungan kepada pekedai roti canai(RM18.00) dan mekanik (RM5.00) dan masuk wang RM200,000.00 dalam minggu terdekat nie.

Dalam kitaran hidup, kejadian spontan inilah yang bakal merubah perjalanan hidup masa depan kita.

Sebagai contoh, saya ada seorang teman yang memang kuat ikut tabliq. Mentua ingat teman saya banyak wang dan kerja baik-baik. Realitinya dia tiada kerja langsung.

Nak dijadikan cerita, teman saya tu hanya memiliki RM100.00. Dalam masa sama ada berlaku kebakaran rumah. Tidak semena-mena dia melaburkan wangnya tadi sebanyak RM50.00 sebagai bantuan kepada mangsa kebakaran. Balik rumah isteri membebel kerana wang RM100 berbaki RM50.00

Satu hari, teman saya mendapat satu projek RM26,000.00. Dia tiada modal. Tak semena-mena dalam kekusutan mencari modal, beliau telah didatangi seorang tua dan memberikan modal awal RM26,000.00

Bermula dengan RM26,000.00 pemuda berumur 26 tahun sekarang menjadi kontraktor yang berjaya. Beliau memiliki kontrak kebersihan di seluruh USM pada masa sekarang.

Beliau tetap mahu menjadi ejen Public Gold walaupun telah ada 20 pc emas pump swiss sebelum ini. Yang seronoknya, atas kejayaan beliau, saya dapat tumpang sama bila beliau membawa saya bersama teman lain turun KL untuk mengambil stok menggunakan kereta MG Rover ZT Sport bernilai RM300,000.00 miliknya. Pantang parking di hentian atau mana-mana lokasi semua mata bertumpu pada kereta yang kami naiki. JB ke KL memakan masa 2 jam sahaja.


No comments: