Monday, October 4, 2010

KEUNTUNGAN KAEDAH MEREMPIT EMAS 2 BULAN MENGATASI KAEDAH TRADISIONAL BELI HARGA RENDAH JUAL HARGA TINGGI 3 TAHUN MENDATANG

Salam,
Hari ini saya memberi idea kepada anda semua bagaimana untuk memaksimakan untuk pelaburan emas yang anda lakukan bagi kesenangan anda pada masa akan datang.

Lihat 2 kaedah manipulasi emas yang tradisi dan yang saya bangunkan dari semasa ke semasa.


BUDAYA TRADISIONAL BELI EMAS MASA HARGA RENDAH DAN JUAL PADA HARGA TINGGI.


Soalannya : Jika anda mempunyai RM29,700.00 sekarang berapa keuntungan yang dijana dengan kenaikan harga 3 tahun dari sekarang?

Jika tunggu kenaikan harga 3 tahun... katakan seketul emas pada hari ini 20g =RM2970/pc dan 3 tahun kemudian emas 20 gram naik RM4000.00 anda hanya mendapat untung dari simpanan emas anda sebanyak RM1030/pc. jika anda ada 10 ketul sekarang, 3 tahun kemudian emas anda menjana pendapatan RM10,300.00.

Ini bermakna untuk mendapatkan keuntungan yang diperlukan anda perlu menjual seluruh emas milik anda sebanyak 10 pc pada 3 tahun hadapan.

Apa yang anda dapat? Anda hanya mendapat keuntungan dari jualan emas RM40,000.00 sebanyak RM10,300.00 dan hilang pemilikan emas seluruhnya.

MEREMPIT EMAS DALAM PAJAKAN

Ini kes menarik yang telah saya lakukan. pada bulan Oktober 2010 emas telah naik harga. Harga pajakan juga naik. Ini bermakna harga emas pajakan memberi pulangan yang menarik setiap kali pajakan kita lakukan. Kita mengambil kira kos awal mengikut harga di atas iaitu RM29700.00 untuk 10 ketul 20 gram yang kita miliki. Berapakah 10 pc emas menjana pendapatan untuk tempoh dua bulan dan diulang selama tiga tahun yang sama.

Lihat ilustrasi berikut



No comments: