Salam,
Klien dari Off Shore
Hari ini pada jam 8.30 malam saya telah menemui En Mohd Hisammudin Bin Juhari, salah seorang pelanggan yang ingin menyertai geng Pendita Emas yang telah menghantar mesej sejak dari pagi. Alhamdulillah permintaan beliau untuk menemui saya termakbul kerana saya tidak mahu keluar dari sangkar saya di Pasir Gudang.
Selamat datang kepada En Mohd Hisammudin Bin Juhari kami ucapkan. PELABURAN EMAS ANDA DITAMBAT PADA HARGA RM2970.00 PADA JAM 9.30 MALAM
Anda mempunyai prospek rangkaian pelaburan yang besar meliputi seluruh dunia atas tugasan anda sebagai OFF- SHORE.
Lagi menarik pekerja off-Shore telah mempunyai pengetahuan pasaran saham, kewangan dunia menggunakan Forex Trader. So apa tunggu lagi emas adalah pilihan yang terjamin seumur hidup. Naik Turun harga emas tidak menjatuhkan nilai gram, ketulinen dan kepercayaan masyarakat.
Prospek anda menepati prospek perniagaan Pendita Emas yang mahu mendapatkan pelaburan emas dari seluruh dunia. Biar orang ketawa dengan impian kita, rezeki Allah yang menentukan. Yang penting kita jangan jemu memohon kepadaNya. Aminnnn
Mohon maaf kerana tidak menemui klien lain.
Maafkan saya bagi teman-teman yang berada di Tiram, Pelangi Indah, Larkin, Kempas, Skudai dan Bandar Baru Uda kerana program pendita emas terlalu padat setiap hari.
Bagi yang berada di luar Johor seperti kedah, Kelantan, Selangor dan Perak yang menghubungi saya mengenai rempit buat catatan masing-masing mengenai asas rempit yang saya berikan.
Anda kena cuba dan cuba menyelesaikan masalah berkenaan. Pendita emas beri idea ini supaya wang yang kita laburkan dalam emas public gold 20k, 50k, 100k atau 150k tidak statik atau menjadi liabiliti dengan cara tradisional beli masa harga rendah tetapi perlu menjual emas pada harga tinggi selepas 2, 3, 4, 5 atau 10 tahun kemudian.
Rasional merempit emas seketul demi seketul pada pajakan mengikut term seminggu dan sebulan untuk memastikan emas kita benar-benar menjana wang pelaburan yang besar iaitu 40% belanjakan buat penambahan stok emas yang baru dan 60% disimpan untuk selesaikan penebusan emas sebelum ini.
Keuntungan anda akan berlipat ganda dengan merempit. Perbandingannya ialah :
BUDAYA TRADISIONAL BELI EMAS MASA HARGA RENDAH DAN JUAL PADA HARGA TINGGI.
Soalannya : Jika anda mempunyai RM29,700.00 sekarang berapa keuntungan yang dijana dengan kenaikan harga 3 tahun dari sekarang?
Jika tunggu kenaikan harga 3 tahun... katakan seketul emas pada hari ini 20g =RM2970/pc dan 3 tahun kemudian emas 20 gram naik RM4000.00 anda hanya mendapat untung dari simpanan emas anda sebanyak RM1030/pc. jika anda ada 10 ketul sekarang, 3 tahun kemudian emas anda menjana pendapatan RM10,300.00.
Ini bermakna untuk mendapatkan keuntungan yang diperlukan anda perlu menjual seluruh emas milik anda sebanyak 10 pc pada 3 tahun hadapan.
Apa yang anda dapat? Anda hanya mendapat keuntungan dari jualan emas RM40,000.00 sebanyak RM10,300.00 dan hilang pemilikan emas seluruhnya.
MEREMPIT EMAS DALAM PAJAKAN
Ini kes menarik yang telah saya lakukan. pada bulan Oktober 2010 emas telah naik harga. Harga pajakan juga naik. Ini bermakna harga emas pajakan memberi pulangan yang menarik setiap kali pajakan kita lakukan. Kita mengambil kira kos awal mengikut harga di atas iaitu RM29700.00 untuk 10 ketul 20 gram yang kita miliki. Berapakah 10 pc emas menjana pendapatan untuk setahun.
Lihat ilustrasi berikut
No comments:
Post a Comment