The Commodity Prices Powered by Forexpros - The Leading Financial Portal.
Interest Rates Powered By Forexpros, the Forex, and Stock Markets Portal.
Live Economic Calendar Powered by Forexpros - The Leading Financial Portal
Sejarah Teknik 5R
Teknik 5R dibangunkan selepas kejayaan teknik rempit yang PE bangunkan secara dokumentasi pada Ogos 2010 melalui paparan di penditaemas999.blogspot.com yang digunakan untuk mempromosikan pelaburan emas Public Gold. Walau bagaimanapun mereka ini orang yang tidak mengenang budi.
Hasil pendedahan ilmu berkenaan secara percuma, ia banyak membantu memperkembangkan pelaburan emas masa kini bukan untuk pihak Pendita Emas tetapi dalam kalangan agen-agen pelaburan emas yang lain terutama agen-agen Public Gold. Bermakna ilmu diberi percuma dapat memberi income lebat buat orang lain.
Ramai mengucapkan terima kasih kepada Pendita Emas di atas ilmu yang diberikan sehingga penglibatan mereka dalam pembelian emas Public Gold dibuat atas kerelaan diri sendiri bukan melalui pujukan Pendita Emas. Senang kata mereka joint pun atas talian sahaja. Lagipun pendita emas memberi input terbaik buat mereka. Sambil berniaga ada pula input motivasi diberikan.
Namun sikap beberapa pengunjung yang menyalahgunakan ilmu yang diberi secara percuma, disalahgunakan untuk mengaut keuntungan. Rakan-rakan PE yang membuat pemantauan ceramah-ceramah berbayar menggesa supaya semua ilmu berkaitan pelaburan emas ditutup dari blog Pendita Emas.
Atas saranan dan berfikir selama 3 bulan akhirnya Pendita Emas pada awal Januari 2012 , semua kaedah atau teknik memiliki emas fizikal dengan nama rempit emas telah PE tutup dari blog Pendita Emas.
Hasil maklum balas terkini dari tindakan PE:
Akhir sekali, penerimaan dan sokongan anda semua kepada PE sangat-sangat dihargai. Semoga pelaburan emas di Malaysia selepas ini akan terus kekal dan tidak berkembang mengikut musim.
Temui PE selepas ini mengikut tarikh yang dipaparkan dalam web GCP, dalam penditaemas999.blogspot.com, Metro dan Harian Sinar.
Penggabungan Seminar 5R Bersama Goldcrest Pavilion (GCP)
Kenapa PE bergabung seminar dengan GCP?
Masih kuingat, penurunan taraf Master dealer dari Public Gold kepada dealer berdaftar hanya kerana PE membuat promosi berkenaan pelaburan emas GCP dengan tajuk “Emas Pilihan Pendita Emas Tahun 2011”
Selepas tragedi berkenaan ramai penyokong kuat Public Gold menghentam PE hanya kerana mempromosikan produk emas pihak lain di dalam blog milik peribadi Pendita Emas. Ada pula yang mengaku mereka merupakan rakan rapat Pendita Emas. Jika rakan rapat bermakna mereka adalah gunting dalam lipatan. Bahaya sebenarnya jika kita mempunyai rakan sebegini. Silap-silap bini PE pun dia nak disapu.
Kesannya PE telah mendapat surat amaran dimana klaus yang dihantar kepada PE telah digunakan pakai dalam terma dan syarat agen public gold masa kini iaitu semua agen termasuk keluarga mereka tidak dibenarkan memperdagangkan produk emas pihak lain.
Kini hasil mempelbagaikan mempromosikan produk emas mana-mana syarikat, Syarikat Pendita Emas sedia bekerjasama secara terbuka dalam urusan mempopularkan produk emas mereka. Lagipun title yang terkandung dalam pendaftaran Pendita Emas ialah:
Perunding pelaburan emas –> Mana tahu dengan seminar ini akan membantu meningkatkan sale GCP
· Eksport dan import emas/perak fizikal –> Mana-mana produk emas boleh PE uruskan
· Jualbeli emas fizikal/surat pajak – Mana-mana pelabur boleh berurus niaga dengan PE
· Ejen komisen – Boleh selit mana-mana tempat untuk mendapatkan komisen dari pelaburan emas baik emas fizikal atau saham emas
Semoga jalinan kerjasama ini akan menjadikan pelaburan emas PE dan GCP satu pelaburan yang diminati ramai selepas ini.
Kepada semua pelabur emas pelbagai aliran atau company, anda semua dijemput hadir sama.
Tarikh-Tarikh seminar :
Akan diletakkan kemudian,
Dapatkan kopun potongan 10% dalam iklan seminar di Metro atau Harian Sinar.