Thursday, January 12, 2012

ADAKAH HARGA EMAS MENUJU SEMULA PARAS USD1660?

3:23PM(MALAYSIA TIME)
JUMAAT, 13 JANUARI 2012

Posting pada hari ini, PE mahu menyentuh berkenaan senario harga emas semasa menjelang menuju penutupan perdagangan emas dunia pada minggu ini.

Mengimbau kembali sasaran harga emas USD1660 yang PE lakarkan, harga USD1660 merupakan harga psikologi sahaja dan tidak perlu dikejar-kejar. Kenapa dikatakan harga psikologi? (geng PE sahaja yang boleh terima jawapan dengan jelas)


Rajah: Lakaran harga rintangan PE pada 13 Januari 2012

Keterangan rajah:

Lakaran harga harapan PE pada 13 Januari 2012 disasarkan pada USD1640 telah dilepasi, USD1645 sudah dilepasi dan kini menanti kenaikan harga melepasi halangan USD1652 merupakan harga yang ideal pada malam ini.



Sebagai permulaan harga emas kekal bertahan di atas paras USD1640 walaupun berlaku kejatuhan sehingga paras USD1637 mencetuskan panik kepada rakan-rakan PE disebabkan harga Indeks Asia menunjukkan tanda positif selepas yakin dengan keluarnya laporan lelongan bond di Sepanyol yang terjual sebanyak 2 kali ganda dan juga di Itali serta keputusan Bank Pusat Eropah yang sedia membantu kebimbangan yang berlaku di Eropah.


Persoalan yang bakal dicari ialah :
  • Adakah puncak harga emas melepasi paras harga halangan peringkat 3 yang PE lakarkan ketika pasaran global semasa posting ini ditulis bertumpu di Zon Eropah?
Jawapannya kemungkinan kenaikan harga ialah 90:10. Tanda indeks di Eropah memberi input positif sebagai berikut:




  • Apakah rumus ekonomi semasa di Eropah yang memungkin kenaikan harga emas pada petang ini?
  • Berapakah harga emas masa kini yang bakal tercetak seketika nanti?
  • Mengapa harga emas USD1660 yang tercetak selepas jam 11:04 malam terus merudum dan apa sebab dan masalah yang terjadi?

Jawapan akan diberikan selepas jam 7:00pm waktu Malaysia berdasarkan unjuran harga emas terbaru pada jam 4:00pm dan 7:00pm waktu Malaysia

harga selepas jam 4.00pm usd 1644


1 comment:

pendekarsniper.blogspot.com said...

Terbaekk pendita....tq for the info..