Saturday, December 31, 2011

LAPORAN AKTIVITI SEMINAR PROSPEK PELABURAN EMAS GCP

SABTU 31 DISEMBER 2011
8.00 mlm hingga 2.00 pagi
TS HOTEL TAMAN SCIENTEX PASIR GUDANG

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN PELABUR GCP LAMA DAN BARU SERTA BOS DAN PEGAWAI PEMASARAN SERTA KAUM KELUARGA YANG MEMERIAHKAN SEMINAR PADA MALAM INI DI PASIR GUDANG.


KEHADIRAN

1. MARIATI BT HUSSIN---> ULU TIRAM/TERENGGANU---> TEL 012 900 XXXX
2. UNTONG BIN TUKIMON--->ULU TIRAM/TERENGGANU--->TEL 017 969 XXXX
3. T. ZAINAL B T. MANSOR--->PT RAJA BATU PAHAT ---> TEL 019 732 XXXX
4. KALIMAH BT HJ A MAJID--->PT RAJA BATU PAHAT--->TEL 019 706 XXXX
5. AHMAD MAHMOOD --->PASIR GUDANG--->TEL 013 771 XXXX
6. ZALEHA SULAIMAN --->ULU TIRAM --->TEL 013 726 XXXX
7. ABDUL RAZAK ---> PASIR GUDANG --->TEL 017 367 XXXX
8. JAMILAH BT ISHAK --->PASIR GUDANG --->TEL 019 750 XXXX
9. YAZID B KASBOLAH--->KULAI---> TEL 012 726 XXXX
10. MOHAMAD AZIE MD TAHAR---> KULAI --->012 726 XXXX
11. MAZLAN B MOHD ZAIN --->K TINGGI --->017 966 XXXX
12. ROSNITA SHAHARI---> K TINGGI ---> 017 754 XXXX
13. MOHAMMAD TAUFIK --->JB ---> 017 766 XXXX
14. MUHAMAD ERWEN ---> JB---> 013 267 XXXX
15. NORA BT MISRI ---> JB--->013 703 XXXX
16. SALIMNI AHMAD ---> KLUANG--->013 701 XXXX
17. NOOR AZAH --->JB---> 019 712 XXXX
18. AZHAR JB --->JB --->017 765 XXXX
19. BUDIN ---> 012 650 XXXX
20. MOHD ARMAN BIN HUSSIN LEE --->JB --->017 715 XXXX
21. SURAYA HANI BT AB RAHMAN --->KOTA TINGGI --->019 704 XXXX
22. MOHD ZAINUDDIN B BAWEH ---> KOTA TINGGI ---> 019 797 XXXX
23. MUHD FARIZ B ZAINAL ABIDIN ---> JB --->013 628 XXXX
24. NORZIEHAFIZ B MOHD ITHNIN --->JB ---> 019 764 XXXX
25. ZAMANI BIN CIK HUI ---> KOTA TINGGI --->013 928 XXXX
26. ZAWANI BT MOHAMAD ---> KOTA TINGGI --->013 928 XXXX

POINT DISAMPAIKAN

1. PROSPEK PELABURAN EMAS GCP OLEH EN SHAMSUL


Topik Umum:

  • Sejarah emas dunia
  • Beza wang fiat dan emas
  • Kelebihan emas dalam ekonomi
  • Kelemahan wang fiat
Prospek Pelaburan Emas GCP

Hubungan GCP dan Pengurusan tertinggi Agrobank

  • Pembelian produk GCP oleh pihak pengurusan tertinggi no Agrobank
  • Perbincangan lantikan panel Agrobank
  • Hubungan peoduk GCP bersama Agrobank mulai tahun 2012
Penstrukturan semula dealer GCP tahun 2012

  • Modal menjadi dealer GCP RM10,000.00 + RM1000. Terkini pilihan produk mengikut pilihan dealer. Jika resit tuntutan lebihan antara RM100 hingga RM150 lagi adalah disebabkan lebihan gram yang terkandung pada emas yang dipilih.
  • Kekal kompetatif berbanding harga emas lain walaupun ada dealer membuat pancungan harga
  • Penutupan lantikan dealer GCP pada bila-bila masa (kepada sesiapa terlewat membuat pendaftaran segera mendaftar di bawah Pendita Emas Pengenal : Yatiman Bin kamsidin :AD1243.
  • Pelaksanaan Program Keusahawanan dan motivasi GC Pkali kedua.
Harga produk untuk pelanggan dan dealer

Harga spread antara 5% hingga 7%
Jualan balik boleh dibuat pada mana-mana gold bar tidak cukup sifat mengikut buy back web
Resit diperlukan untuk buy back

Lain-lain

  • Isu pancungan harga yang merugikan diri pengedar GCP
  • Isu pemberhentian produk gold bar tidak diterima Agrobank
  • Isu persaingan harga GCP dan produk emas lain dalam market domestik
  • Isu perubahan polisi Arrahnu yang menyusahkan pelabur di sana sini
  • Program simpanan emas 1 bulan 1 gram menggantikan trade mark 1 bulan 1 dinar yang dibuat pada awal tahun
  • Pemurnina emas gold bar 1 gram mengikut sambutan perayaan seperti untuk hari jadi, ulang tahun perkahwinan, hari ibu, hari bapa dan hari guru.
  • Program sepanjang tahun koloberasi seminar pelaburan emas GCP dan Pendita Emas
  • Seminar analisis teknik dan fundamental harga emas Pendita Emas seluruh negara tahun 2012
2. Kajian kes dan lampiran bukti pajakan emas selama 1 tahun lebih menggunakan overlap mengikut kenaikan harga emas semasa ( 5 kali Overlap dibuat tanpa menunggu penebusan genap 6 bulan ) tinggal RM1xxx.00 sahaja lagi mengutip harga emas yang mula-mula dipajak.



Talk dari Pendita Emas

3. Carta aliran tempoh pajakan hingga xx bulan maksima samada harga naik atau kekal.


4. Teknik analisis dan Fundamental harga emas semasa (contoh menggunakan posting lalu dan kaitan dengan istilah teknikal pelaburan saham, mata wang dan ekuiti dikaitkan dengan saham emas)

Kegunaan Time zon (sampel dari Meta stok)


Kegunaan Time zon harian Pendita Emas


Kegunaan Pivot (Sample FXTrek Intellichart)



Isu-Isu Semasa sebagai indikator menentukan harga emas dalam seminggu




Friday, December 30, 2011

Gold Bar 1g Kuwait Finance House Milik Pendita RM220.00


Salam jualan dibuka semula untuk stok 1 gram kuwait finance house

Harga Jualan Januari :RM220/g

Tujuan :
Simpanan bulanan
Hadiah ulang tahun kelahiran, perkahwinan
Hadiah penanggah
Cenderamata
Barang hantaran perkahwinan
Pembayaran gaji pekerja

JOM HADIRI SEMINAR BERAMAI-RAMAI PROSPEK PELABURAN EMAS GCP


TARIKH : 31 DISEMBER 2011
HARI : SABTU
MASA:8:30 MALAM HINGGA 11.00 MALAM
TEMPAT : DEWAN JADE TS HOTEL TAMAN SCIENTEX PASIR GUDANG

TOPIK PENTING:
SYARAT PENDAFTARAN GCP MULAI 1/1/2012
PRODUK GCP TAHUN 2012
PROSPEK PEMASARAN EMAS GCP

KEMASUKAN:PERCUMA

MAHU MENDAFTAR MUL AI 1 JANUARI 2011: HUBUNGI PENDITA EMAS 0193791864/SYARIKAT GCP

Thursday, December 29, 2011

JUMBO SALE STOK PE GROUP SERENDAH RM158.20

PELABURAN EMAS JANGKA PANJANG LEBIH MENGUNTUNGKAN

JUMBO SALE STOK PE GROUP
6.00PM 29.12.2011 HINGGA 12.00PM 30.12.2011

EMAS 999 (169.50/gram)

RANTAI TANGAN PASIR PADU 10g, 20g, 30g, 50g dan 100g
RANTAI TANGAN GAJAH PADU 10g, 20g, 30g, 50g dan 100g

EMAS 916 (158.20/gram)

RANTAI TANGAN PASIR PADU 10g, 20g, 30g, 50g dan 100g
RANTAI TANGAN GAJAH PADU 10g, 20g, 30g, 50g dan 100g

Hubungi : 019 - 379 1864 @ 016 - 709 4962

Wednesday, December 28, 2011

Mengapa Pendita Emas Menutup Posting Rempit Emas

Salam,

Kepada pelayar blog pendita emas yang terkejut dengan penutupan teknik rempit emas dari blog pendita emas. Ada yang bertanyakan dan sms melalui telefon dan bual bicara melalui facebook.

Untuk menjawab pertanyaan rakan-rakan yang terkejut dengan penutupan sementara posting berkanaan ada kaitan dengan posting-posting berikut:

So bagi mengelakkan posting rempit menjadi rujukan mereka semula dalam kalangan mereka untuk memperbetulkan kembali keadaan yang berlaku, PE membantu mereka untuk menamatkan masalah mereka dengan 1001 persoalan di kepala mereka. Sebab mereka semuakan pandai dan bijak-bijak dari PE.

Jika berminat untuk kembali melakukan teknik rempit emas, temui kami dalam jelajah Rempit Emas Pendita mulai tahun 2012

Sudah Terang Lagi Bersuluh Tanda Harga Emas Melonjak Tahun 2012


Posting hari ini berkenaan harga emas menurun menuju bottom line masih belum menemui titik untuk berhenti. Setelah bergerak untuk 2 hari dagangan dibuka selepas cuti perayaan krismas, patern harga menjunam diteruskan bermula pada 27 Disember 2011.

Berdasarkan carta harga emas kaitan dengan nilai mata wang negara adalah bersifat selari. Rajah dimulakan harga emas dalam Pound Sterling hingga ke mata wang negara lain berbanding US dolar semua harga menuju ke kaki gunung.

Tuesday, December 27, 2011

Kah Kah Kah Dengar Cerita Ada Otai Emas P. Gold Kecundang Dengan Arrahnu

Berita menarik nie. Ada otai emas yang tersohor telah fedup dengan teknik arrahnu. Betul ke? Segala maklumat diperolehi dari seorang group Pendita Emas yang baru selesai bersidang dalam meja bulat depan TS Hotel tempat group kami selalu berkumpul.

Dipendekkan cerita rupa-rupanya mamat nie jadi speaker yang dikatakan mampu menarik kemasukan ahli company dia dengan amount lebih RM100,000.00 sekali shoot telah menghadapi masalah untuk menebus kembali.

Sedangkan group Pendita Emas tiada masalahpun kerana dalam group kami memiliki pakar-pakar pajakan dari zaman senang dan zaman kemelesetan emas yang berlaku pada tahun 2008.

Malah apa yang PE postingkan selama ini mendapat perakuan dari otai-otai emas PE group. Maka setelah mendapat info dari sidang PE group dan menjaga perniagaan kami semua segala posting mengenai rempit emas yang dipaparkan secara percuma dalam blog PE ini terpaksa kami tarik balik.

Jika mahu maklumat teknik rempit berkenaan jom hadiri seminar yang akan PE anjurkan mulai Januari 2012 hanya dalam kalangan dealer-dealer Pendita Emas Group sahaja.

Admin Pendita Emas Group

JUALAN JUMBO PENGHABISAN STOK 28 DISEMBER 2011

SALAM,

JUALAN PENGHABISAN STOK MILIK PENDITA EMAS GROUP

Tarikh Posting harga : 12:00 am 28 Disember 2011
Tarikh Tutup Harga : 11.59 pm 28 Disember 2011
Harga : RM176.80/gram
Produk : Rantai tangan pasir padu dan gajah padu 999
Berat : 50 gram sahaja
Jumlah: 4000 gram (4 kilogram)
Bayaran harga penuh : RM8840.00 (RM176.80 x 50 gram)
Berminat call:
013 7068447 @ 019 379 1864 @ 016 709 4962
Cara bayaran : Cash
Kos Pos Semenanjung : RM10 bagi setiap penghantaran.
Kos Pos Sabah/Sarawak : RM15 bagi setiap penghantaran

Monday, December 26, 2011

1001 Satu Cerita Emas Tahun 2011 Dari Admin Pendita Emas: Satu kenangan


Berniagalah emas dengan sebaik-baiknya
Jangan mengutuk kebolehan, ilmu otai atau sifu emas lama sebab perkataan kutukan dikeluarkan akan menjadi senjata kemusnahan anda
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
Lu holmat olang, olang holmat lu
Lu sangka baik kat olang, olang sangka baik kat lu


Salam,

Posting pada hari ini, cuba membangkitkan kembali 1001 nostalgia sepanjang tahun 2011 yang terhangat dalam blog dan facebook penditaemas999.blogspot.com dan Pendita Emas samada yang baik atau buruk dengannya. (kalau nak baca data sepenuhnya carilah data berkenaan dalam kedua-dua tempat berkenaan)

1. Input melalui emel yang mahu dilupuskan.

Saya mulakan dengan pembersihan emel yang telah penuh dalam inbox sehingga melebihi 70,000 emel memaksan PE membersihkannya sehingga 5 hari.

Yang menarik ialah kutipan mengenai posting-posting berikut yang ada kaitan dengan blok PE:

Tersebutlah kisah penceramah emas yang begitu dikenali keluar dari persembunyian setelah bertapa selama 15 tahun mengenai ilmu emas.

(PE tak lama pun, cuma bermula tahun 2007 bergerak secara aktif sebab menumpukan tugasan hakiki sebagai guru dan pensyarah part time OUM PPW Johor selepas kecundang dengan world money swisscash dan winlifund)

Dipendekkan cerita maka keluarlah 1001 skil pelaburan emas yang tiada kepada semua otai, penceramah dan pelabur emas edisi lama. Maka otai emas dan penceramah emas lain yang membuka blog masing-masing telah dilabelkan hanya mencari keuntungan.

Tetapi maaf cakaplah ya, bila kami lihat sepintas lalu skil berkenaan semuanya adalah cedukan skil yang ada telah lama kami praktikkan dalam kalangan pelabur-pelabur Public Gold yang kami manipulasikan bersama anak murid Sarjana Muda di Open Universiti Malaysia PPW Johor sebagai satu tugasan mendapatkan pinjaman tanpa menggunakan sandaran tanah atau bangunan kedai, rumah dan sebagainya yang lazim menjadi cagaran pinjaman perniagaan.

(sila buktikan secara dokumentasi skil anda yang lari dari skil rempit PE, PE akan hantar orang yang telah PE ajar untuk menilainya Rempit 1, Rempit 2 dan Rempit 3 bagi merungkai akan membuka permasalahan ini jika masih mempertikaikannya)

Perbincangan kami telah kami dokumentasikan melalui bolg Pendita Emas mulai Ogos 2010 dengan matlamat mendidik orang ramai menggunakan emas dalam mengembangkan perniagaan mereka.

Yang kesian dahlah ilmu diberi free, dapat plak sanggahan dari orang lain ilmu yang PE beri percuma : ilmu rempit, pajakan, overlap, beli guna kad kredit dan sisten 30-70 sebagai ilmu menyesat dan menyusahkan. Tetapi teknik berkenaan telah memberi sinar. Kini penentang teknik yang PE canangkan menelan kata-kata mereka sendiri.

Sekarang ambik kata kau, segalanya dibenar mengikut keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam parameter pelaburan emas sebagai berikut Klik Sini. So macam mana sekarang bila ilmu disampaikan free bila sampai di tangan orang lain, lain pula ilmu ini digunakan, timbul pula 1001 skil dicanangkan secara berbayar. (kalau ikut rekod orang ini sentiasa mengikut blog PE, siap boleh copy n paste dalam facebook dia)

Posting PE berkenaan penyampaian ilmu secara berbayar yang menjadi sengketa seketika lalu:


Wajarkah Ilmu Emas Sekarat Disebarkan Dengan Berbayar.

by Pendita Emas on Thursday, June 2, 2011 at 12:43pm
Salam semuanya,
Percaya atau tidak ketika ini ramai otai-otai emas cuba memanipulasi ilmu emas melalui seminar-seminar yang berbayar, walhal ilmu yang disampaikan tidak seberapa. Mereka berlumba-lumba keliling Malaya menyebarkan ilmu mereka yang dikatakan sebagai sangat ampuh. Tidak kiralah bagaimana bunyinya, caranya tetap sama antara satu pihak dengan pihak lain samada secara percuma atau berbayar. Yang penting ilmu dipelajari dapat dilaksanakan dengan aman dan selamat.
Sedang berseronok bersama family di The Regency Tanjung Tuan sempena cuti sekolah, isteri PE telah mendapat sms berikut :
Salam saya xxx xxxxx dari kedai emas Dinar, berbesar hati menjemput tuan/puan ke seminar skil manipulasi emas 12/6/2011 jam 2.00pm - 2.30pm, bayaran RM150, 1+! =RM240 di Taman Setia Tropika Kempas JB. Deposit bayaran RM50. Speakerxxxxx Jutawan Emas.
Bila ditanya kenapa dikenakan bayaran. Jawapannya jika Free pendapatan tidak seberapa. Apa maksudnya tu ya? Maka jelaslah apa yang PE perkatakan sebelum ini, sangat tepat kalau penceramah nak lekat kena lah bagi bayaran yang lebat. Adakah statement PE ini mengarut (sendiri fikirlah)
Pendita Ingat lagi pada masa lalu, pernah juga mengikuti talk otai yang dikatakan jutawan dalam perniagaan emas. Tapi hasilnya hampas. Bila berlaku masalah pada downline jawapannya mudah sahaja, tunggu harga emas naik juallah. Itu senario masa lalu.
Kini, otai-otai sudah berani demand. Entah ilmu dari profesor dan doktor mana diterima. Tetiba mahu menyampaikan ilmu sekarat untuk hadir dengar ilmu kena bayaran RM150 jika datang seorang dan jika datang berpasangan dapat diskaun RM240.
Seronok mendengar perkataan buat seminar tak mendatangkan untung pun bila kita balas balik sms mereka. Kalau tak untung buat apa buat seminar. PE pun buat seminar ke seluruh negara, bezanya suka buat free.
Kenapa PE mampu buat secara free. Bukan mahal manapun, setakat sewa dewan seminar (RM200++ siap LCD) makan minum bawa family (RM100++) transport minyak dan tool (RM200++). Mahal ke 2. Kalau dah kata jutawan emas takkan nak jual air liur dan ilmu ciput minta demand RM150++)
Fikir-fikirkanlah, ilmu mereka tidak seberapa pun disampaikan. Yang peliknya aduan dari downline dalam masa sama merendahkan ilmu orang lain, konon-konon ilmu yang dia sampaikan paling terbaik sangat mendukacitakan PE. semua diperolehi ketika PE berada di Melaka dan Kuala Lumpur. Patutlah dengarnya seminar yang dibuat mendapat provokasi audian.
Tolonglah, kesian kepada upline-upline yang mengadu pada saya hingga mereka bergaduh dan bermasam muka pula dengan downline mereka selepas berguru kepada guru yang mentarbiahkan ilmu secara tidak iklas dan ada agenda sendiri.
PE memegang prinsip dan kod etika perguruan iaitu jangan menganiaya rakan sekutu di khalayak ramai. Jika ilmu guru itu sedikit jangan hina guru mereka depan downline. Jangan sampai keluar perkataan, jumpa guru kamu, guru kamu praktikkan tu salah. Bila dengar menda nie, sebagai otai emas lam,a PE panas hati juga lebih-lebih lagi PE baru dapat berjumpa dengan downline PE selepas enam bulan kami kenali melalui online sahaja. Dan terus berada menjadi downline atas kepercayaan yang tinggi dalam diri mereka pada PE.
Bagi PE, PE akan tetap menyampaikan ilmu pelaburan emas secara percuma pada bila-bila masa dengan matlamat dapat membantu mereka dengan masalah kewangan mereka dari defisit kepada positif itu sudah memadai. Jika kita mendengar ilmu berbayar nie, pendengar perlu diberikan ijazah sebagai tanda pengiktifaran mereka kerana telah menimba ilmu dari kita. Baru betul jika mahu memperdagangkan ilmu emas kepada orang ramia secara berbayar.
Bila pemegang ijazah ilmu pelaburan emas ramai, barulah kita tubuhkan persatuan yang mengawal pelastarian ilmu emas berkenaan. Barulah kita semua dapat berniaga ilmu emas dengan lebih terkawal dan ampuh.
Barulah kita tetapkan bayaran penceramah:
Pemegang diploma ilmu manipulasi emas kita bayar RM2000 sekali talk
Pemegang Ijazah RM5000 sekali talk
Pemegang Master RM10,000.00
Pemegang PHD RM20,000.00
Jika semua prasarana tersebut dapat disediakan sudah tentu perkara ini boleh berlaku, sedangkan mahu menjemput pakar motivasipun kita kena sediakan lebih dari jumlah itu, siap tiket kapal terbang pergi balik, penginapan kelas pertama.
Maka fikir-fikirkanlah. Bertindak bijak dari sekarang.
Persoalannya mengapa free, PE sebenarnya mendapat motivasi dan income dari komisen pembelian emas mereka walaupun komisen belum masuk akaun PE sehingga sekarang (2/6/2011). PE lampirkan statement pendapatan yang PE terima sepanjang bulan April 2011. Matlamatnya jelas, otai-otai sudahpun kita bayar dan tugas mereka sekarang memberi servis percuma kepada downline kembali tidak 100%, dapat 10%pun memadai. Tunaikan janji seperti yang disampaikan sebelum mereka sertai kami. Bak kata Perdana Menteri pemimpin kena turun padang menjenguk ahli-ahlinya makan, minum, keperluan asas mereka cukup atau tidak.
Maka fikir-fikirkanlah, bertindak bijak dari sekarang.
Dengarnya yang dok canang menda nie tak betul, sekarangpun dah buat talk free. Nak hentam orang gunakan nama orang lain.


Alhamdulillah, yang berbayar dah pupus, yang free kekal bertahan sehingga sekarang. Yang penting sampaikan ilmu ikhlas, walaupun kami otai lama dianggap meninggalkan downline dan menipu. Tuhan maha adil tunjuk 1 jari pada sifu, 4 jari tunjuk diri sendiri. Itulah barokahnya menjadi sifu. Tuhan bayar cash ajer.



Yang haru boleh buat cerita mengarut plak, siapa yang menggunakan arrahnu kepala haru biru. Kata dalam pelaburan emas sudah sampai tahap gaban lebih 15 tahun takkanlah isu harga emas statik mulai awal tahun 2011 tidak boleh diselesaikan masalah ini.

Kalau betul ilmu overlap tak boleh guna bermakna pelabur emas sedang berlari ke arah  mulut rimau masuk sungai ditelan mulut buaya, takut lari dari mulut buaya, turum gaung gunung masuk mulut naga pulak. Siankan. Jangan risau arrahnu telah dibuka oleh kebanyakkan bank selepas ini. Anda akan suksess tentang pelaburan emas. Lupakan posting di bawah ini, semua nie mengarut sahaja dengan kepelbagaian skill manipulasi.


Masih ingat peringatan PE tentang pelaburan jongkong emas tahun 2011. Ia dibuat atas pengalaman dan terjadi secara realiti. Segalanya bermula atas tindakan Bank Rakyat diwaktu itu dan tidak mahu terjadi pada tahun 2011 tetapi seperti diwar-warkan oleh PE, kini Agrobank tidak menerima jongkong emas mulai Ogos 2011.

Kini usah risau sejarah berrahnu menggunakan emas jongkong mencetuskan pembukaan arrahnu kebanyakan bank masa kini. Kita tukar pelaburan kepada barang kemas pula. Apa nak heran yang penting belilah secara berhemah, usah mengikut posting dalam facebook di atas.

Kembali kepada sejarah pelupusan pajakan jongkong emas segalanya bermula dengan Bank Rakyat menutup pajakan jongkong emas tahun 2010. Walau bagaimana syiling Kijang Emas dan syiling diperakui dan tersenarai dalam listing pengurusan bank masih diterima.

Ia berlaku disebabkan pelaburan emas Syarikat Etika Emas difreez oleh Bank Negara Malaysia. Memang PE setuju dengan perkataan berkenaan kerana mereka memajak emas membuta tuli. Tiada pendidikan diberi untuk berrahnu. Mereka tertarik dengan pembayaran Hibah setiap bulan (kejar RM) bukan ilmu.

Oleh kerana tekanan yang diberi kepada syarikat atas laporan ke Bank Negara Malaysia dalam kalangan pelabur yang gelojoh maka kena freezlah akaun Etika Emas. Baguslah dengan tindakan mereka kerana pijat seekor satu kelambu dibakar. Siapa untung, Etika Emaslah untung(apa dia sendiri fikir).

Akhirnya semua pelabur melopong dan sangap, hilang hibah hilang emas fizikal. Tetapi sesiapa yang ada ilmu emas dan kekuatan RM ketika itu, inilah masanya menangguk emas pajakan dengan harga yang murah samada diperolehi melalui jualan surat pajak atau buyback.

Maka itulah Rempit Emas diwujudkan secara dokumentasi oleh Pendita Emas. PE tahu ia mengalami penambahbaikan dalam kalangan orang yang berilmu. Anda praktikkan anda dapat. Bukan dikutuk tanpa menggunakan akal.


Ada juga kata bis nie tidak menguntungkan. Sampai mengundang rakan-rakan marah. Tapi kita biarkan kata-kata mereka dan keluarga mereka. Rasanya keluarga mereka sedang menghadapi masalah nak meniaga sekarang sebab stok sangkut-sangkut.



Kata dah lama menimba ilmu emas tetapi mengapa baru March 2011 baru keluar statement kejayaan skill dicanangkan. Tak haru ke? Cakap tanpa dokumentasi namanya kelentong jer tuan. Kalau ada macam tu mailah tunjuk untuk kita pakat kelentong sama perkara yang tuan dokumentasikan.

Walaupun sifu lama macam PE mencerita sambil mencatatkan harga emas dalam blog PE yang dikatakan macam ahli nujum, ada juga sumbang bakti diberi percuma kepada pelabur emas yang setia pada Pendita Emas.


Yang penting ilmu, ilmu datang wang mari brooo. PE hanya menunjukkan jalan, anda yang mencarinya. Umpama guru menjadi "Pelita Hidup" ada anda jumpa guru menjadi kaya raya walaupun jasanya mengangkat sultan sesebuah negeri, Perdana Menteri sesebuah negara dan CEO sebuah konglomerat. Pilihan di tangan anda.

Kisah-kisah bantuan PE berikan melalui harga emas Nujum Pendita Emas (terima kasih atas gelaran) memberi impak maksima kepada pelabur, tak aderlah kepala pusing dan membuat kerja rumah yang tiada mendatangkan hasil. Apa yang penting bantuan ilmu PE, dapat mengelak, memeninimakan kerugian dan memaksimakan keuntungan.

Tak payahlah mau meraung-raung tuan, ini hasil homework PE. Cuba tanya yang hadir seminar tuan atau anak buah tuan, apa hasil mereka dapat. Boleh dia tunjukkan macam PE buat. Sekali PE tengok macam-macam cara PE boleh buat sebabnya asas yang tuan buat dari Rempit PE.

Cuba buktikan cara tuan pula untuk PE lihat. Nak berapa nilai tuan, RM10,000, RM20,000, RM100000 atau RM1000000 small metter boss, PE boleh tolong buatkan jadual. Apa barang setakat modul RM1000 atau RM500.00 pacak kat papan putih lepas tu sampaikan cara verbal sahaja.


Kalau bukan basic dari PE, PE akan teraba-raba macam mereka. Inilah yang dikatakan keluar mulut rimau, masuk mulut buaya, keluar mulut buaya masuk mulut naga. Orang kata,  jauhari sahaja yang mengenal manikam.


Untuk PE, waa masih kekal jadi nujum harga emas semasa dan trend pengisian blog dan facebook seperti PE sudah diikuti. Tapi lu jadi apa sekarang? Buat malu ajer belek-belek blog Pendita Emas mahu mendapatkan input baru. Kemudian buat kecoh sana sini.

Nielah hasil kejayaan Pendita Emas.

3. Beberapa penceramah mula menggunakan stail graf pendita untuk menyampaikan input pelaburan emas terkini (dengan gunakan graf, kalau harga naik bid pada A, kita tunggulah harga emas naik pada B setelah melepasi paras A)
3. Blogger-blogger dan penulis facebook sudah mula membuat posting pengisian ala-ala blog Pendita Emas. Dari tak ada ramalan sasaran harga minggu dah ada gambar berkenaan dalam blog mereka. Itulah yang dikatakan pembaharuan dalam facebook dan blog namanya.

Mereka kata orang PE lari ke group mereka. Posting dalam facebook bagi gegak gempita masuk bakul angkat sendiri. Cerita betapa hebat diri sendiri. Orang sanggah kena carut. Gembira dan seronok cerita pada PE orang PE berduyun-duyun menyertai mereka. Biarlah itu cara dan keazaman mereka nak kaya cepat. Sama downline PE dalam Public Gold, semua profit PE Public Gold sapu. Silap-silap tempat PE orang pejabat Public Gold take over profit PE.

PE lagi suka sebab dapat mengeluarkan pelabur bawah PE yang bersifat begini secara terhormat. Lepas tanggungjawab untuk PE guide. Lagipun mereka bukan pelabur emas tulenpun. Yang bertuah ialah pelabur yang masih kekal bersama PE. Banyak-banyak yang tersenarai hanya 10 orang yang betul-betul berfikiran bisnes.

Yang kelakar dah lama tidak menghubungi PE, time nielah mengaku saya pelabur emas bawah Pendita Emas apabila PE keluarkan statement teknik 5T Pendita Emas dan teknik 5R Pendita Emas yang dihiddenkan.

Kepada otai atau sifu yang berbangga mengambil downline PE ambillah mereka lagi kesemuanya, PE boleh bagi nama dan no telefon sekali jika mahu. Lagipun tak susah, listing name dalam blog ini boleh digunakan seperti mana hebahan dibuat kepada mereka semasa mahu membuat seminar anda.

PE pun tidak berminat untuk menolong orang macam nie, dah bantu selesaikan masalah kewangan dengan pelaburan emas, PE pula kena pancung walaupun ada downline kawan satu tempat kerja. Apa aku kisah dengan peristiwa ini.

Baguslah, so siapa yang terima pelabur macam inilah yang akan merosakkan biz emas kumpulan mereka. Mereka akan menjadi anak burung baru untuk disuapkan dengan entah apa-apa ilmu pelaburan.

Ironinya benarkah pihak tuan memberi mereka ilmu yang mantop? Ini disebabkan  PE merasa heran apabila anak burung dia tetap dalam kekelaman, akhirnya jumpa ahli nujum PE minta pencerahan apa yang disampaikan oleh anak juak mereka. Pelik bukan dengan ilmu mereka satu mendapun mereka tidak memahaminya. 

Apa-apapun PE tetap macam nie sampai bila-bila yang kekal sebagai penulis aktif menyampaikan idea-idea pelaburan emas. Lagipun gaji hakiki dah lama tidak tengok sebab ditutupi dengan pendapatan jualan emas setiap hari. Kalau jual harga emas murah sedikit daripada harga belian sebenarpun tidak mengapa, bukan PE jual seketul emas tetapi lepas 1000 gram sehari pun dah ok.


Lihat aje income masa aktif dengan salah satu akaun syarikat emas. Kalau bulan-bulan macam ini, memang betullah PE kata tak payah lihat gaji yang tinggal RM2500 setelah potong itu dan ini.

Dah bagi signal nak rehat niaga emas. Tapi dengarnya sertai company lain dan terkini buat bis emas sendiri. Ok ler tu....moga berjaya dan terus berjaya. Dunia ini tidak kejam tetapi diri kita yang kejam dengan diri sendiri. Kira ada konflik antara roh dah jasad lah nie. Oleh itu PE sarankan banyak-banyakkan beristifar dan  berdoa mohon keampunan pada Ilahi. 

PE ada juga beritau orang macam nie "aku akan lihat perkembangan kau dalam tempoh 6 bulan" atas sikap suka memprovokasi ilmu yang ada pada orang lain. Tapi minta maaf sebab tiada posting berkenaan sebab dah delete.

Senang kata tuhan itu maha adil, Pendita Emas tetap bertahan dengan blog Pendita Emas, GCP dan jawatan peraih buyback emas Public Gold walaupun PE sudah tiada dalam listing Master Dealernya (ikut treadmark PE :Emas tetap emas, company pergi jalan).

Manakala orang yang kutuk-kutuk kami dengan ilmu ampuhnya tidak sampai 6 bulan dah kena keluar dari company disertainya mulai Julai 2011hingga November 2011 (sebab keluar tak ambil tahu).

Dah bukak company kenapa stok sangkut-sangkut. Kenapa, ilmu berkenaan tak menjadi ke tuan ...hi hi hi saja pinjam kata-kata murni yang dah dihamburkan (1 kilo emas 999 dicanai jadi 3 kilo untung 150%, BMW/Mercedes baru tu. Kalah keta tauke GCP atau Hj Din.

2. Penurunan status Master Dealer Public Gold kepada status Dealer Biasa.

Alhamdulillah, satu yang menarik dalam diri PE. Tidak memberi kesan pada diri PE sehingga kini dengan tindakan syarikat berkenaan. Lagipun kesalahan PE hanya menjadi dealer company lain iaitu GCP.

Ini bermakna master-master dealer public gold yang dungu ketika itu (menabur fitnah ke atas Pendita Emas sehingga membawa situasi disingkirkan dengan tuduhan menganjurkan skim pelaburan emas pelbagai bentuk seperti skim menahan wang pelabur untuk menggandakan emas milikan sendiri tanpa modaldalam melipat ganda emas menggunakan wang orang dari seketul menjadi 2 atau 2ketul menjadi 4 atau 10 ketul menjadi 20 ketul atau skim emas 30% dan 70%)

Walau bagaimanapun formasi skim dinamakan 4 whell drive Pendita Emas tetap PE gunakan sehingga kini. Yang penting tak menjadi masalah antara pelabur dengan PE sebab dia bayar dan terima barang dalam satu masa yang sama(cukup syarat-syarat jual beli). So secara offline, barang terjual semua.



Ramalan harga emas naik USD3600/oz disebabkan ekonomi Eropah goyah

Posting pada hari ini berkenaan penetapan harga sasaran Pendita Emas pada tahun 2012

Sasaran harga emas 2012 :USD3600.00/oz

Punca :

1. Kesatuan Eropah sedang menuju zaman kemelesetan dan kehancuran apabila masalah hutang negara-negara eropah tidak dapat diselesaikan.
2. Sistem mata wang tunggal menghadapi tekanan kejatuhan nilai sebanyak $1.30 merosot 2.5% berbanding US dolar
3. Bursa-bursa saham Eropah menjunam teruk antara 6.5% dan 25% sejak awal tahun 2011.
4. Kebimbangan pelabur terhadap ketidaktentuan ekonomi global dan kemerosotan nilai ekuiti Eropah dan USA.
5, Nilai mata wang US dolar, Nilai Yen dan Nilai Emas akan meningkat apabila pelabur kembali memegang emas.

" Siapa yang dapat menyangka bahawa menjelang November 2011, kita bercakap bukan sahaja keruntuhan mata wang Euro tetapi tentang kemungkinan pembubaran EU'" kata pakar strategi kanan firma BGC Partners, Howard Wheeldon.

"Tidak terduga dalam tempoh singkat sahaj EUberhenti dari berkembang manakala pertumbuhan kembali ekenomi rantau berkenaan dilihat terlalu sukar,"tambahnya lagi.

"Krisis mata wang Euro dijangka semakin meruncing. Tahun 2012 diramal akan mengalami kemelesetan atau pengurangan dalam pertumbuhan," kata pengalasi Commerzbank, Ulrich Leuchtmann.

Ketika posting ini ditulis kita sedang menunggu cetakan wang Euro denomasi 50 di Jerman untuk berada dalam pasaran.

Saturday, December 24, 2011

KENAIKAN HARGA EMAS 2011 HANYA 15.70%


Jadual harga emas tahun 2011:Sumber Kitco.com

Harga Paling Tinggi : USD1606.50 (22 Disember 2011)
Harga paling rendah :USD1388.50(4 Januari 2011)
% Kenaikan :15.70%





POSTING-POSTING PILIHAN PEMBACA BLOG PENDITA EMAS SEPANJANG TAHUN 2011

PELABURAN EMAS JANGKA PANJANG LEBIH MENGUNTUNGKAN

BACAAN POSTING SETIAP HARI


BACAAN BULANAN


BACAAN HARI INI


Friday, December 23, 2011

Jualan penghabisan stok 24 dan 25 Disember 2011

Berat emas yang sudah terjual sehingga jam 12:00am 25/12/2011

Terima kasih kepada pembeli emas online kerana mendapat harga lebih rendah dari harga dipaparkan. Selamat bercuti dan membeli emas dari PE.

Ini merupakan salah satu test kaedah yang masih lagi PE rahsiakan dalam pelaburan emas.


Iklan 23 Disember 2011


call : 019 3791864
Stok : Ada di tangan
Bayaran: Cash
Penghantaran: 26 Disember 2011 free postage

Catatan:

Harga beli: RM1xx.xx
Harga Jual: RM187.90
Harga terdiskaun : RMxxx.xx
Keuntungan : Harga jual terdiskaun - harga beli=untung

Thursday, December 22, 2011

teknik 5R Pendita Emas Menjana 10 Kilogram emas sebulan


Salam

Dalam tempoh setahun 6 bulan iaitu mulai Julai 2010 hingga Disember 2011, masyarakat kita telah celik dalam pelaburan emas.

Ditempat kerja, di kedai-kedai kopi, di majlis-majlis rasmi masing-masing sudah mengalunkan nada yang sama iaitu melabur emas lebih baik daari simpanan mana-mana institusi kewangan yang sedia ada.

Yang menarik instituti kewangan yang lain sudah mula membuka arrahnu mereka masing-masing (maklumat ini hanya ekslusif untuk rakan pendita emas) bagi menyaingi arrahnu institusi kewangan yang sedia ada kerana laporan audit sesebuah akaun institusi kewangan melonjak naik keuntungan syarikat dibantu oleh produk arrahnu mereka. Ini diperingkat institusi kewangan yang mempunyai nilai tunai beratus juta atau berbillion.

Terkini terdengar pula sebuah institusi kewangan yang menawarkan pajakan cuba menyusahkan pelabur membuat pajakan (Isu dirahsia). Walau bagaimanapun isu ini PE boleh tangani dengan menambahkan lagi income PE sebagai perunding pelaburan. Masalah simple dan kecil sahaja.

Menyambung cerita Teknik 5R yang Pendita canangkan , mengapa kita masih terus mahu makan gaji dengan sesebuah company jika setiap sale anda hanya mendapat hanya 1% dengan pelaburan awal kemasukan dengan RM hingga RM20K dan 2.5% jika berada dalam posisi tertinggi.

PE cadangkan marilah kita tukar minda dan visi pelaburan kita sebagai sebuah kedai bergerak tetapi mampu menjana income jualan sekurang-kurangnya 10 kilogram emas fizikal melalui Teknik 5R Pendita Emas. Teknik ini telah diuji dan memberi hasil yang positif. Ada yang bermula dengan jual beli stok 100g, naik 300g dan sekarang tak mati 3 kilo sehari.







Teknik 5U membina pelaburan emas berskala besar

Terasa penat setelah empat tahun penuh terlibat dengan pelabur emas secara kecil-kecilan. Rasa hati mahu juga membuka perniagaan emas sendiri yang mempunyai rangkaian kedai emas sendiri di seluruh negara dalam skala besar.

Untuk mencapai tahap pelaburan emas berskala besar, terlintas juga idea bagaimana mahu merealisasikannya iaitu menggunakan teknik 5U Pendita Emas.

Idea ini timbul setelah seronok berbual tentang jualan bulanan masing-masing walaupun bergerak secara senyap dan tidak sibuk mencari pelanggan mendapat sale peribadi 1 kilo sehingga 10 kilo atau lebih bergantung kepada keaktifan rakan berkenaan.

Justeru itu mengapa Pendita Emas tidak menggunakan idea teknik 5U Pendita Emas dalam pelaburan emas berskala besar. Mahu juga mendapat pulangan bulanan sekurang-kurang masa harga emas merudum sebanyak 45kilogram sebulan dan aktif mencapai pulangan melebihi 100 kilogram sebulan.

Apa dia teknik 5U tu yaa. Klik sini

MAAF UNTUK PAPARAN EKSLUSIF RAKAN PENDITA EMAS



Mahu maklumat berkenaan KLIK SINI posting 19 Disember 2011

BELI STOK EMAS GUNA WANG BAYAR HUTANG KERETA, BIL UTILITI,, RUMAH , KAD KREDIT DAN PINJAMAN PERIBADI

Beli stok emas menggunakan wang bayar sewa rumah, sewa kereta, sewa rumah kedai, kad kredit, dan pinjaman peribadi. Sesuatu yang menarik tu tetapi bagaimana ya?

Mahu petunjuk sila klik sini.










TEKNIK 5T PENDITA EMAS MEMBEBASKAN HUTANG PAJAKAN

PELABURAN EMAS JANGKA PANJANG LEBIH MENGUNTUNGKAN

Masih ingat dengan item pajakan disenaraikan dalam resit pajakan pendita. Ya inilah salah satu contoh resit pajakan yang mengandungi dinar public gold sebanyak 20pcs dengan masing-masing surat menanggung pinjaman RM5,000.00 dan upah simpan 6 bulan sebanyak RM355.91.


Resit pajakan yang terlampir mempunyai tarikh selepas gold bar dan dinar public gold tidak diterima oleh Agrobank.


Apa yang kami gunakan atau amalkan ialah teknik 5T Pendita Emas bila mana dinar public gold sehingga kini masih ada dalam pajakan yang PE pajakkan mulai Oktober 2010 diperpanjangkan sehingga 23 Mac 2012 setelah membuat satu pusingan tempoh maksima pajakan. Ini menjadikan sehingga bulan Mac 2012 dinar public gold milik PE masih sihat dalam arrahnu selama 1 tahun 5 bulan apabila genap edah pajakan 6 bulan tiba nanti.



JOM KENALI TEKNIK 5T PENDITA EMAS

PELABURAN EMAS JANGKA PANJANG LEBIH MENGUNTUNGKAN



Masih ingat dengan teknik rempit yang Pendita Emas canangkan secara dokumentasi dalam blog pendita?

1. Gunakan 1 dinar untuk menyelamatkan gaji bulanan pada posting bertarikh 7 Ogos 2010 yang dilakarkan sebagai satu usaha menyelamatkan gaji untuk membayar bil-bil utiliti setiap bulan.

2. Kemudian keluar teknik revolusi emas menjana pendapatan, simpan gaji bulanan posting pada 5 Julai 2010. baca selanjutnya

3. Berikutnya PE nyatakan bagaimana nak perbanyakkan emas melalui overlap loan. baca selanjutnya

Semua teknik di atas mengajar kita bagaimana mahu menyimpan emas sebanyak mungkin dan kita tidak menjelaskan secara terperinci bagaimana mahu membebaskan emas milik kita keseluruhan dalam Arrahnu.

Kini PE perkenalkan teknik. bagaimana mahu melepas emas milik kita dari penjara Arrahnu tanpa membuang seketul emas kita. Teknik ini PE panggil Teknik 5T Pendita Emas.


Sila klik untuk mempelajari kaedah teknik 5T Pendita Emas. date posting 22 Disember 2011. Kalau klik tidak keluar bermaksud kaedah ini PE tidak lepaskan secara percuma serta untuk mengelakkan maklumat diciplak oleh pihak lain.

Eropah menyelamatkan kejatuhan harga emas sesi petang dari paras USD1603


PELABURAN EMAS JANGKA PANJANG LEBIH MENGUNTUNGKAN
5:39 am
Khamis 22 Disember 2011


Posting petang ini menyaksikan zon Eropah kembali menyelamatkan harga emas yang berputus asa menjunam sehingga paras terbawan USD1603 menghampiri paras harga rintangan pertama lakaran Pendita.


Berdasarkan carta yang dilampirkan, harga emas banyak diselamatkan oleh zon Eropah bermula pada tarikh 19 hingga 22 Disember 2011. Segalanya disebabkan kebanyakan stok Eropah mengalami kenaikan pada awal perdagangan mereka yang menolak sentimen yang diwujudkan oleh US dan Asia.

Apa yang penting Eropah mempertahankan tindakan Bank Pusat Eropah (ECB) yang membantu memberi pinjaman USD489 billion untuk menyelamatkan sektor perbankan meraka.

The ECB loaned 489 billion euros ($639 billion) to 523 banks for three years. Some analysts said the ECB’s new lending program wouldn’t increase lending between banks and does nothing to reduce the huge debt burdens of European governments. Lanjutannya

Sudah pasti meriah apabila stok perbankan mereka mendahului kenaikan di awal perdangangan.




Selain itu, terdapat laporan penting suku tahun GDP England yang kembali naik kepada 0.6% menjadi momentum kenaikan harga indeks Eropah.

Wednesday, December 21, 2011

Harga emas dipengaruhi kegusaran pelabur terhadap ekonomi Eropah 22/12/2011

10:56am
Khamis 22 Disember 2011

Posting pagi Khamis ini mendapati harga emas masih bertahan pada paras terendah selepas harga semalam menuruni bukit secara melandai. Alasannya berkenaan ekonomi eropah yang terganggu dengan pemberian hutang ECB kepada bank-bank eropah.

"The European Central Bank (ECB) loaned 489 billion euros ($639 billion) to 523 banks for three years. Some analysts said the ECB’s new lending program wouldn’t increase lending between banks and does nothing to reduce the huge debt burdens of European governments." baca artikel selanjutnya







Walau bagaimanapun disebalik berita duka, ada juga saatu berita gembira iaitu pengumuman pemotongan tarif import di China pada tahun 2012 untuk merancakkan sektor ekonomi domestik pada hari ini.