Monday, December 6, 2010

BENARKAH AKAN BERLAKU PENYISIHAN EMAS PUBLIC GOLD DALAM PASARAN TEMPATAN?

Salam,

Pada hari ini saya telah dihubungi oleh En Rosli yang menetap di Bachok mengenai stok emas Public Gold yang telah dibelinya hampir mencecah 2 kilo.

Saya sangat berbangga kerana beliau tidak mengumpulkannya dengan cara melobi dan mencari networking. beliau hanya bertindak secara bersendiri. Ini bermakna beliau menambah stok beliau melalui belian emas, buat pajakan dan begitulah pengulangan yang dilakukan.

Apa yang dibimbingi oleh beliau, beliau telah terdengar satu bisikan negatif dari pihak yang dengki dan irihati tentang kejayaan beliau mengumpulkan aset emas beliau. Pelik bukan, seharusnya beliau tidak berfikiran begitu, beliau sepatutnya berbangga kerana jumlah stok emas yang ada menyelamatkan hidupnya untuk 10, 20, 30 tahun akan datang.

Lihat sahaja zaman perang dan kejatuhan kerajaan Iraq, sesiapa yang bangga dengan wang fiat, mereka jatuh muflis dan miskin serta papa kedana. Wang Dinar tidak laku. Tetapi yang menyimpan emas, mereka dapat melarikan diri dan membina hidup baru di luar negara walaupun dalam buangan.

Menjawab tentang kebimbangan beliau, ini cadangan yang saya sampaikan kepada beliau:

1. Saya cadangkan beliau membuat networking dengan rangkaian master dealer, dealer yang ada dan tauke-tauke emas setempat dengan tujuan:
  • Rakan-rakan MD dan dealer sedia membeli stok emas En Rosli pada harga buyback mengikut carta harga Public Gold
  • Tukang emas boleh membantu EnRosli melebur dan mempelbagaikan emas dalam bentuk barang kemas. Ini lebih menguntungkan, dengan 1 ketul jongkong emas 20 gram berharga RM3000.00 En Rosli boleh menjana RM8,000.00 lagi jika ditukar dalam bentuk barang kemas seperti cincin.
  • Jual terus pada Pendita kerana Pendita sentiasa kekurangan stok harian.
  • Buat konsortium sendiri sebagai pengawal stok, harga emas dalam pasaran Malaysia.
  • Dagangkan emas ke pasaran luar terutama Vietnam kerana emas import mendominasi harga emas yang tinggi di sana.
  • Lagi baik jual pada rakyat negara China kerana negara China menggalakkan rakyatnya menyimpan emas.
  • Biarkan bisikan negatif kerana penyampainya tiada ilmu mendalam tentang emas.
  • Sentiasa bersyukur memiliki emas kerana emas memiliki aura menarik rezeki sebenarnya.

No comments: