Monday, December 6, 2010

PENDITA DAN SEMINAR PELABURAN EMAS DI MANJUNG PERAK 4/12/2010

salam semuanya,

Nampaknya pengorbanan Pendita Emas melepaskan peluang tidak bertemu dengan otai-otai Pelabur Emas seperti Mr Louis Ng, Pokli, En Shukor dalam seminar pelaburan emas anjuran Public Gold di Tabung Haji kelana Jaya tidak sia-sia kerana menumpukan dan menunaikan janji downline Pn Rosilawati Mamat untuk memberikan tip-tip pelaburan emas untuk anak buahnya.

Terima kasih kepada orang Manjung khasnya dan orang Perak amnya kerana sudi memberi peluang kepada Pendita Emas untuk bertemu dan beramah mesra serta berkongsi idea dalam pelaburan emas. Layanan anda sangat menggembirakan Pendita.

Terima kasih juga kepada teman-teman di Manjung terutama Saudara Hairi sekeluarga menjemput kami sekeluarga bertandang di rumahnya semata-mata mahu mendapatkan penjelasan yang mantap secara 4 mata. Itu satu cara yang sangat menguntungkan beliau bila bertemu dengan pendita. Terima kasih juga atas hidangan yang diberi.

Kepada Faridah Othman, pertemuan kita akan mengukuhkan lagi hubungan yang sudah terjalin lama. Jadilah agent PG yang mantop.

Menariknya pula, ada pula rintihan dari pegawai arrahnu Agrobank yang meminta dia dijemput hadir untuk memberi sedikit taklimat. Posting beliau tidak dapat Pendita baca pada hari sepatutnya kerana masalah line internet di tempat penginapan menyebabkan pendita terlepas peluang untuk menjemput beliau joint sekali. Beliau bertujuan baik iaitu untuk berkongsi info tentang pajakan arrahnu di Agrobank Sitiawan.


Maafkan Pendita kerana rintihan puan pendita dapat baca setelah pendita berada di Johor pada 6/12/2010

Lihat gambar di bawah, siapa tidak gembira bila pertama kali membuat seminar secara percuma kehadiran pelabur baru sangat memuaskan. Ditambah lagi dengan kehadiran tetamu tidak diundang bermaksud kehadiran agent berdaftar untuk mencuri infomasi dari Pendita, Pendita halalkan. Ilmu milik tuhan kita kongsikan bersama walaupun kita berlainan haluan.






Tahukah tuan/puan apakah justifikasi emas?




Untuk kita menjalankan apa-apa perniagaan kita perlukan punca kuasa. Apakah punca kuasa yang PG gunakan?



Dalam urusan pelaburan emas, naik turun harga itu adalah adat biasa, tetapi yang menariknya jatuh harga emas pada bulan ini masih tinggi dari bulan yang lepas. Macam mana tu? Hanya yang hadir mendapat input ini secara percuma.



Sungguh saya katakan, merempit emas tidak merugikan. Macam mana tu?


Merempit personal loan memang membolehkan kita menambah stok emas yang kita miliki dan menambah nilai tunai wang fiat yang kita kehendaki. Saya sendiri telah membuatnya pada 23 Jun dan buat overlap semula pada 7 Julai 2010. Macam mana tu?



Tahukah anda mengapa Bank Rakyat tidak menerima jongkong emas?

No comments: