Monday, February 28, 2011

kemasukan Pajakan Emas Pamp Suisse Pink Cert. Menakutkan Pegawai Bank Arrahnu

Salam,

Pada hari ini PE berkesempatan bertemu dengan rakan karib dari sebuah bank yang menyediakan perkhidmatan arrahnu. Berikut petikan dialog kami yang sempat Pendita rakamkan:

Pegawai bank : Wow, ingatkan siapa tadi yang menunggu. Rupa-rupanya tauke besar. Apa khabar lama sesangat tak berjumpa. Saya nak jumpa sesangat kerana saya ada beberapa pelanggan nak joint bawah pendita.

Pendita : Ya ka, lama tak jumpa. Busy teramat sangat setiap minggu sekolah ada meeting dan aktiviti melibatkan pelajar, lagipun nak ke sini jauh, setakat jam 2.30pm dari Pasir Gudang alamat sampai bank awak nie dah tutup punya. Hari nie nasib baik dapat meloloskan diri lebih awal jam 1.45pm. Jangan risau Pendita habis sekolah jam 1.30 petang.

Pegawai bank : Banyak wang kat kocek nak tebus ya. Berapa bos.

Pendita : Hari nie nak tebus 100g sahaja. Saya dah sediakan RM12,000.00 nie. Tolong kira nilai pajakan yang sya kena bayar.

Pegawai bank : Jap (dalam masa lima minit setelah semua maklumat diperolehi) RM11,947.00 sahaja cikgu.

Pendita : Ok.

Pegawai bank : (Sambil buat kerja) Bos, saya ada muskillah sekarang, perkara nie saya hanya berani bertanyakan pada bos sahaja. Apa skim emas yang mereka buat sekarang? Rasa takut pulak saya melihatnya. Masing-masing dealer bawa sampai empat dan lima orang, kemudian dealer masuk bawa seorang demi seorang untuk memajakkan emas yang dealer berkenaan keluarkan. Yang pelik semua wang pajakan diserahkan kepada dealer tu. Tak menyeksakan pelanggan ke tu boss. Dalam kes ini saya dah jumpa tiga pasangan guru suami isteri terlibat dengan pajakan nie. Masing-masing melabur sebanyak 500g. Cuba bayangkan kalau seorang terlibat tak apa, ini dua-dua sekali. Mereka tak takut ke terkucil.

Pendita : Ya ke. Kalau lagu tu, itulah namanya belian emas melalui pajakan menggunakan sistem 30%(wang personal) + 70% (wang pajakan). So yang kesian harga emas berkenaan kurang RM13,800 untuk 100 gram tetapi ditolak dengan pelanggan Rm16,580.00. Memang untung bagi dealer tu tetapi dari segi riba mereka yang tanggung kerana meningkatkan harga satu barang bertingkat2.

Pegawai bank : Ooo macam tu, patutlah sampai tak menang tangan saya jadinya bila masing-masing buat cara nie.

Pendita : Dah lama ke benda nie berlaku?

Pegawai bank : Rasanya dah sebulan sejak bos tak berkunjung ke premis kami.

Pendita : Emas apa digunakan.

Pegawai bank : Emas Pamp Suisse pink.

Pendita: Saya faham.

Pegawai bank : Lagi satu saya nak tahu jugalah mengapa mereka semua mengatakan buat pajakan cara yang mereka buat dikata menguntungkan selepas enam bulan. Saya tanya juga teman kita di Bank Rakyat. Mereka kata tak pernah keluarkan kenyataan tersebut. Ditegur mereka marah kita. Berbeza dengan cara Pendita buat pajakan taklah mengambil pinjaman semaksima seperti mereka.

Pendita: Bab menguntungkan bergantung kepada pergerakan emas semasa dan nilai kenaikan pajakan yang pihak tuan tetapkan.

Keuntungan melalui nilai pajakan Sebagai contoh emas yang pihak tuan ambil sebelum raya puasa lepas RM148.50/g kemudian dalam tempoh dua bulan pihak tuan menaikkan lagi nilai pajakan emas kepada RM165.80. Ini bermakna dalam tempoh dua bulan mereka boleh mendapat keuntungan melalui overlap pajakan mereka. Jika emas terpajak banyak, sudah pasti extra wang diterima boleh membebaskan beberapa pc emas terpajak.

Keuntungan melalui kenaikan harga pasaran semasa, biasanya pelabur dijanjikan bahawa emas mereka akan dibeli oleh sykt yang terlibat. Atas perjanjian lisan ini yang menarik penyertaan pelanggan. Ini bermakna jika mereka keluarkan modal RM3000.00 untuk beli emas 100g bernilai RM10,000.00 maka jika harga emas naik RM20/g dalam tempoh 6 bulan harga emas mereka bernilai 12,000.00. Nah keuntungan emas semasa mereka RM2000.00. Jika dealer buat belian semula mereka dah dapat pendapatan RM5,000.00(RM3000(modal) + RM2,000(untung atas kenaikan harga emas)

Pegawai bank: Patutlah mereka kata untung jika apa yang bos katakan menjadi. Cuma yang merisaukan saya ialah tak gerun kew mereka buat macam nie jika setiap ketul emas yang mereka gunakan 100g kalau tak bertebus. Saya suka cara bos buat pajakan hanya dinar dan emas 20g. Mudah nak tebus da nak jual.

Pendita: Wah, nampaknya dah celik emas juga dah nie. Bagi saya kalau kata gerun memang menggerunkan juga, yalah produk semua bernilai 100g dan nak keluarkan melepasi RM10,000.00 setiap jongkong emas. Nak jual pulak harga emas melepasi rm16000.00. Terjual ke nanti. Silap hari bulan saya cadangkan awak call saya, saya tolong beli. Hi hi hi

Pegawai bank: Saya tahu tu.......insyallah

Thursday, February 24, 2011

ULASAN HARGA EMAS BERMULA JAM 2.00PM(24/2/11) HINGGA JAM 2:25 AM(25/2/2011



Dah mengantuk sangat nie. Nie aje ulasan ringkas yang Pendita dapat lakukan.

Sasaran harga : 1419
Kenaikan : Selepas jam 8.00 malam
Kenaikan harga : 1418.08
Masa : 9:22 malam
Kesimpulan : Mohon buat henjutan sedikit pada waktu awal pagi tercapailah harga tersebut

Mampukah Pendita Merealisasi Projek Dinar Dan Syiling Emas

Salam,

Pada pagi tadi setelah membuat pajakan secara kontra masuk gelang emas 999 keluaran GCP dan wang digunakan untuk mengeluarkan dinar Public Gold yang telah dibeli oleh pelanggan Pendita dari Kedah sebanyak 9 pc, tiba-tiba seorang yang berpengaruh di negeri Pendita mahu bertemu dengan Pendita.

Diringkaskan cerita orang yang menemui pendita berminat untuk mengikut jejak Pendita mengeluarkan Dinar dan syiling emas sendiri. Setelah penerangan diberi secara terperinci, orang besar tersebut menerima bulat-bulat saranan Pendita dari segi penyediaan modal, bekalan, cetakan dan pemasaran. Alhamdulillah kepala orang besar yang hampir botak telah Pendita bantu untuk ceriakan.

Yang menarik orang besar ini telah diarahkan oleh bos atasannya untuk menjana income melalui pelaburan emas dalam apa cara bentuk. Bertepatan dengan harapan Pendita macam sudah mengantuk disorongkan bantal. Kertas kerja yang dah sedia untuk mencari pelabur telah membuahkan hasil.

Alhamdulillah, rezeki nak mula masuk nampaknya. Dari laba yang ciput, mahu masuk laba yang bergantang-gantang nampaknya.

Sambil memotong daging akikah sebagai juadah sambutan Maulidul rasul pada 25 Feb 2011, kepala Pendita kena ligat cuba mendapat beberapa rangkaian baru untuk mereliasasikan matlamat Pendita dan orang besar tadi. Antara tugas sebelum pembentangan kertas kerja di depan boss kepada orang besar Pendita perlu mendapatkan :

1. Pembekal emas mentah
2. Kilang pencetakan
3. Anggaran kos
4. Sistem Pemasaran
5. Keuntungan pelaburan


1. Alhamdulillah, cara mendapatkan bekalan emas mentah yang dicadangkan Pendita telah mendapat persetujuan dari pihak orang besar.

2. Semasa pertemuan dengan rakan yang diberi tugas untuk mendapatkan sebut harga mould dan percetakan, tercetus satu idea baru apabila bekalan stok emas seluas kontena 20'x 10' diketahui. Idea ini sangat sulit.

3. Jika berjaya projek ini, sukses hidup Pendita.

Apakah emas yang paling bernilai di dalam dunia sekarang

Salam,

Perbincangan dan perdebatan mengenai emas paling bernilai pada malam ini bersama rakan-rakan memberi satu impak yang sangat baik untuk Pendita postingkan dalam pelaburan emas pada masa kini.

Antara emas yang paling bermutu ialah:

a. emas purba

Ancient Persian gold cup
Cawan Emas purba dari Somerset, Timur Tengah


Usia Emas : 2,300 tahun
Rekod Jualan : Dalam dua minit terdapat 3 bidaan yang berakhir dengan harga £ 50.000.
Kelebihan : Menjadi koleksi penyimpan barang emas purba. Biasa dimiliki oleh individu terkaya dan hanya ada 1 dalam sejuta.

b. Emas diperakui dan diterima seluruh dunia

http://jutawanemas.com/v1/wp-content/uploads/2008/06/gold_close_up.jpg

Emas Pamp Suisse Pink Certificate


Usia emas : Mengikut nombor siri tercatat pada fizikal dan sijil ketulinan
Rekod Penerimaan : laku diseluruh dunia sebagai emas 24K
Kedudukan harga : lebih tinggi mengikut negara-negara yang menerima
Kelebihan :
1. Purity emas tersendiri,
2. Mengandungi emas paling bernilai dalam dunia
3. Diterima diseluruh dunia
4. Pengolahan emas ini menjadi jongkong emas baru masih mengekalkan mutu emas 24K tetapi bermutu rendah sedikit terutama jika dilakukan di negara dunia ketiga terutama dalam bentuk emas jongkong termampat.

MENANTI HARGA EMAS MELEPASI USD1419/OZ



Alhamdulillah, harga emas semasa pada tanggal 24/2/2011 sangat menguntungkan kepada kita semua, baik kepada pembekal, pengeluar, penjual dan pembeli. Perubahan harga emas sentiasa berlaku selama 24 jam. Sangat menguntungkan jika emas fizikal dalam milikan kita.

Tiga puncak harga dalam tempoh 14 jam sehari membuktikan nilai emas segram berubah mengikut pasaran emas semasa. Semuanya disebabkan proses jual beli dalam pasaran semasa yang ekstrim. Apa-apapun pasaran emas domestik juga berubah.

Tengahari tadi berkesempatan juga Pendita menukar surat pajak emas di Koperasi Permodalan Melayu Johor . Harganya seperti berikut emas 999(RM160.00/g), 950(RM152.00/g), 916(RM147.00/g). Dengan ini, kedai pajakan mendapat amount pinjaman yang baru dan nilai simpanan yang baru.

Sebagai pelombong emas mereka akan merasai kenaikan harga emas sebagai satu harga yang membantu mereka menutup kos yang dikeluarkan sebelum ini. Kerja mereka dianggap berbaloi selama ini. Pemegang saham tidak lari, teknologi boleh diperbaharui.

Sebagai pengeluar rasanya sudah menarik nafas lega apabila produk mereka sudah boleh dijual dan menikmati kenaikan harga seringgit dua sebagai tanda kesabaran mereka selama ini. Jika ada hutang yang tertunggak sekurang-kurangnya menjual sekilo dapat menampung hutang tertunggak sebelum ini.

Kepada peraih dan penjual yang merasa suram di atas kelembapan jualan selama 6 minggu di awal tahun, kini dengan peralihan pelanggan lama menghimpit mereka kembali, mereka sudah boleh senyum memanjang. Aktiviti perniagaan emas kembali rancak. Perang harga mula terpampang di premis masing-masing. Keuntungan mereka tetap. Tak naik harga emas, naik harga upah, tak naik upah naik harga emas. Pusing-pusing tetap mendapat harga jualan yang sama.

Kepada pelanggan baru pula, mereka menikmati kenaikan harga ini sebagai tanda positif. Mereka termotivasi dengan gelagat ini. Ketika ini kita mula kedengaran suara keluhan menyalahkan diri sendiri. Mengapa aku tidak beli sebanyak mungkin emas minggu lepas atau kalau aku beli masa harga emas merudum pada minggu lepas bukan kah menguntungkan, tapi apakan daya menyesal aku tak beli banyak-banyak kerana masa itu walaupun wang saku aku sangat lebat ketika itu.

Persoalan Pendita bilakah puncak USD1419 di capai?

Siapa boleh menjawab bagi pihak Pendita kerana malam ini Pendita ada rewang di sekolah sebagai persiapan sambutan Maulidul Rasul esok pagi.

Jika ada yang bertanya Pendita, Pendita beri jawapan selepas jam 8.00 malam atau lebih awal. Kenapa? Dah tunjuk 3 puncak harga takkan harga tak mahu naik lagikan beb.

Tuesday, February 22, 2011

SEHINGGA JAM 6.30 PAGI HARGA EMAS MEMBUAT PERGERAKAN SIDE AWAY/MALAR


Masa Catatan Posting: 11.00 pagi
Tarikh : 23/2/2011
Perkara : Harga emas membuat pergerakan malar seperti yang pendita postingkan dalam blog ini.
Rujukan Posting lalu: Klik sini

HARGA SASARAN PENDITA SEHINGGA JAM 6.30 PAGI SIDE AWAY



Salam,

Sasaran harga emas Pendita awal pagi 23/2/2011 berada dalam keadaaan malar sahaja kerana ia merupakan harga take off baru yang perlu dipertahankan bagi membuat lonjakan semula pada harga emas yang lebih tinggi. Ini kerana penawaran dan permintaan seiring perkembangannya. Sokongan kenaikan harga dibantu juga oleh situasi politik dunia masa kini.


KITARAN HARGA EMAS SEHINGGA JAM 12:12 MALAM



Salam,

Carta di atas menggambarkan harga selepas jam 2.00 petang hingga 12.00 malam mendapati ada usaha menarik harga turun melalui pengambilan untung singkat. Tetapi tidak mematahkan arah aliran harga untuk naik semula melepasi USD1400 iaitu harga sasaran pendita dan melepasi harga USD1405 sebagai harga ujian Pendita. So saksikan harga merudum pada waktu siang tetapi memantul naik di waktu uruniaga waktu pagi di Malaysia ketika kita sedang lena dibuai mimpi tidur.

Pada posting sebelum ini Pendita ada menyatakan jika harga ujian USD1405 dipecahkan maka harga maksima USD1409 tercapai dan Pendita upkan harga sasaran baru yang lebih tinggi lagi iaitu USD1420. Adakah tercapai kita tunggu pagi ini.

ISTILAH EKONOMI HARGA UJIAN CIPTAAN PENDITA

CERITA MLM TUMBUH LAGI

Salam,

Alhamdulillah, sejak terlibat dengan pelaburan emas, ramai telah mengenali Pendita terutama tauke-tauke MLM. Pujukan demi pujukan Pendita terima saban hari. So untuk makluman tuan/puan Pendita tidak berminat untuk menyertai tuan/puan dalam perniagaan ini.

Sudah pasti mereka akan menghubungi rangkaian networking Pendita yang tersenarai. kerana dah ada rangkaian Pendita meminta nasihat Pendita mengenai hal ini.

Sebagai panduan rakan-rakan, jika ada yang menelefon anda yang menyatakan joint itu company Unifire bermodalkan RM3000 + RM5000, RM7000 + 5000 anda akan dapat membeli emas berpuluh-puluh kilo abaikanlah kerana Pendita tidak menyertainya.

Jika mau mendapatkan emas fizikal berkilo-kilo jenama pamp suisse sijil pink colour, ia terjual lebih murah di luar bermula pada harga RM13,000 hingga 14,500.00.


Jika ada yang menjual lebih tinggi dari harga yang Pendita nyatakan kita kena terima juga kerana mereka juga sudah mengeluarkan harga kos belian dan membuat simpanan yang lama semasa harga tinggi dan mengikut harga pasaran semasa.

Walau bagaimanapun Pendita cadangkan pencarian emas fizikal pada harga kompetatif adalah lebih baik. Dalam hal ini perbanyakkan networking agar kita menemui emas yang genuine.


Jika menyambar nama-nama rakan networking Pendita untuk mereka tarik masuk ke dalam kumpulan mereka dan mereka bersetuju menyertainya itu pilihan mereka.

Jangan menggunakan nama Pendita dengan kata-kata "Pendita, boss tuan/puan dahpun joint sekali takkan tuan tak nak ikut".




CERITA EMAS DALAM BERITA HARIAN ONLINE 22/2/2011

Emas kini lebih RM4,284 satu auns
2011/02/22

Ahmet Davutoglu
Ahmet Davutoglu
Ketegangan Afrika Utara, Asia Barat pengaruhi harga

HARGA emas meningkat melebihi AS$1,400 (RM4,284) satu auns semalam, pertama kali dalam tempoh hampir tujuh minggu, berikutan ketegangan yang terus memuncak di Afrika Utara dan Asia Barat.
Ketegangan kini merebak dari Mesir dan Tunisia ke negara Asia Barat dan Afrika Utara lain apabila penunjuk perasaan berkumpul membantah pemerintahan pemimpin yang sudah memegang kuasa begitu lama.
Harga emas sesi dagangan semalam naik sehingga AS$1,400.40 (RM5,041.44) satu auns daripada paras AS$1,388.58 (RM4,249.05) satu auns ketika didagangkan di New York Jumaat lalu.

Harga kontrak hadapan emas bagi April naik AS$11.70 (RM35.8) satu auns kepada AS$1,400.30 (RM4,284.91).

“Tidak dapat disangsikan lagi bahawa kenaikan logam berharga itu yang berlaku sejak kebelakangan ini berikutan ketegangan di Asia Barat,” kata Daniel Major, Penganalisis di RBS Global Banking & Markets.

“Jika (pembelian) tidak dibuat menerusi dana dagangan bursa atau di Comex, ia kemungkinan besar dibuat menerusi pasaran dagangan fizikal iaitu pembelian syiling atau jongkong emas kecil, dan saya tidak menolak kemungkinan adanya pembelian lebih besar oleh individu kaya jika dilihat daripada keadaan ketegangan yang belum berkesudahan,” katanya.
Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu, semalam berkata revolusi di Tunisia akan menjadi model kepada lain-lain negara yang ingin melakukan pembaharuan politik.

Tentangan terus diberikan kepada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang terus merebak di ibu negara, Tripoli kelmarin dan anak lelaki berikrar untuk terus bertahan ketika semakin ramai penunjuk perasaan terbunuh di timur negara itu.

Harga minyak pula terus naik hampir sebanyak AS$3 setong kepada paras tertinggi dalam tempoh dua setengah tahun ketika peniaga melihat berlakunya ketegangan yang tidak berkesudahan di negara pengeluar minyak utama, Libya.

Harga saham di Eropah turut jatuh berikutan krisis itu.

Dalam dagangan semalam, harga perak naik setinggi AS$33.46 (RM102.38) satu auns, platinum pada AS$1,844.25 (RM5,643.4) satu auns manakala palladium pada AS$859 (RM2,628.54) satu auns. – REUTERS

Monday, February 21, 2011

Semakan harga dari jam 7.00 am - 1.00pm 22/2/2011



Masa Posting: 1:28 PM
Masa Pergerakan Harga: 8.45 am
Harga Tertinggi Tercapai : US1410.39
Sasaran Harga Tertinggi Pendita : USD1409.00
Harga Ujian Terkini : USD1410.39
Sasaran Harga Terkini: Purata USD1405

JAM 7:04 22/2/2011 HARGA MENGHAMPIRI USD1409

PROMOSI KERETA UNTUK DIJUAL

BANTU RAKAN NAK LEGO KERETA AREA JB

http://img716.imageshack.us/img716/6647/toyotaestimaaerasg.jpg
Model : Estima Latest
Harga : 110K
Lokasi: Johor
Bayaran : Tunai
Tahun : Tiada info
Call: 019-379 1864


Model :SLK 207
Harga : 89K
Bayaran: Cash
Lokasi : Johor
Tahun : Tiada info
Call : 019-379 1864

ANALISA HARGA MALAM 21/2/2011



Salam,

Ini merupakan analisa harga emas gaya Pendita, menyaksikan bahawa pada 21/2/2011 harga emas memihak kepada harga sasaran Pendita. USD1400 merupakan harga antarabangsa sudah dilepasi, membocori harga psikologi Pendita pada paras USD1405. Bicara seterusnya klik sini.

LINE HARGA USD1405 DITEMBUSI SUDAH

Salam,

Harga USD1405 telah dilepasi pada jam 11.53 malam 21/2/2011. Apa yang Pendita perkata hal ini dalam posting terdahulu klik sini.


HARGA UJIAN USD1400 DITEMUI JAM 6:48 PETANG 21/2/2011


salam,

Harga emas antarabangsa sudah melepasi harga ujian Pendita pada harga USD1400 kepada USD1400.18 jam 6:49 petang.



Wow, ini baru harga ujian. Bermakna jika harga ujian membocori paras USD1405 harga pada minggu ini bukan sahaja melepasi harga maksima USD1409.00, Pendita up up up kan lagi kepada USD1420.00.

Adakah cadangan harga USD1430/oz diterima oleh anda? Kita saksikan pergerakan harga emas seterusnya. Kita follow harga ujian USD1400.00 ke mana mereka akan bawa harga emas selepas ini. Kita harapkan harga break away dan bukannya harga side away.

Nah lihat pergerakan ekstrim harga selepas jam 6:56 petang. Melantun pada kedudukan USD1402/oz. Ini bermakna harga ujian di zon USD1400 telah berlaku buat kali kedua dalam tempoh 10 minit. Hebat dan teruja Pendita dengan harga ini.



Bagaimana pula dengan harga emas semasa selepas jam 7.00 malam?

Lihat keluk harga emas selepas jam 7:03 malam, harga emas terus berada di posisi USD 1402/oz.



Ini merupakan satu pergerakan harga yang sangat menarik kerana momentum begini menunjukkan bahawa harga emas akan terus naik dan naik lagi. Senang kata pelabur sedang merasa selesa dengan pergerakan harga break away walaupun tertahan sedikit-sedikit kerana pergerakan side away namun yang pasti harga berada pada jajaran USD1402.

Inilah carta pergerakan harga side away yang diperkatakan yang menunjukkan harga malar mulai jam 7.00 malam berada pada zon harga USD1402.





Selepas jam 7:20 harga memanjat sedikit pada USD1403



Jam 7:25 harga berada pada USD1403.






Posting lain yang berkaitan

JAM 6.22 PETANG HARGA EMAS PE MENJEJAKI USD 1400/OZ



JAM 6.22 PETANG HARGA EMAS PE MENJEJAKI USD 1400/OZ

Salam,


Alhamdulillah, harga terus-terusan melampaui harga minima yang ditetapkan oleh Pendita pada USD1395/oz sedang meningkat naik menghampiri harga USD1400.00 merupakan harga psikologi Pendita pada minggu ini.



Persoalannya bila akan melepasi zon USd1400.00? Selepas jam 6.30pm, 7.00pm atau 8.00pm atau pada jam 12.00 mlm atau 1.00 pagi, kita nantikan.

pautan-pautan lain:

HARGA MINIMA SASARAN PENDITA USD 1395 DILEPASI PADA JAM 10:15 PAGI 21/2/2011

SASARAN HARGA EMAS SEMASA PE MINGGU KE EMPAT BULAN FEBRUARI 2011

Sunday, February 20, 2011

BENARKAH AGROBANK AKAN MENUTUP KAUNTER PAJAKAN ARRAHNU


posting pendita yang perlu dibaca bersama

HARGA MINIMA SASARAN PENDITA USD 1395 DILEPASI PADA JAM 10:15 PAGI 21/2/2011

Salam,

Alhamdulillah, harga emas telah menemui takat harga minima sasaran Pendita pada minggu ini di kedudukan melebihi USD1395/oz. Tepat jam 10:15 pagi sudah menjadi kenyataan apabila titik harga percubaan berada pada kedudukan USD1396.10.


Kini Pendita menantikan harga emas semasa bergerak dalam zon USD1400.00/oz. Insyallah selepas jam 8.00 malam satu titik harga ujian yang baru akan mencetuskan satu refomasi harga emas terkini iaitu letusan harga emas pada tingkat USD1400.00.



Jika berlaku berterusan fenomena harga menghampiri USD1480 akan mendominasi pasaran harga semasa. Ayuh kita pulun peluang yang ada untuk membuat pembelian yang drastik kuantiti emas yang ada dalam pasaran masa kini.

Keadaan ini juga dapat menyelamatkan emas yang terpajak yang tidak boleh disungkit pada 6 minggu sebelum ini di pelbagaikan kaedah menyelamatkan emas terpendam. Nak tau rahsia menyelamatkan emas yang terpajak call me 019-379 1864

Pautan lain yang berkaitan

SEMINAR PELABURAN EMAS MAC 2011

TAJUK : SISTEM PELABURAN EMAS PALING MENGUNTUNGKAN DEKAD INI

TARIKH : 5 MAC 2011

HARI : SABTU

PENDAFTARAN: PERCUMA CALL 019-379 1864

SPEAKER:
EN YATIMAN BIN KAMSIDIN (MANTAN MASTER DEALER PG)
DAN BEBERAPA SPEAKER JEMPUTAN

ANJURAN : SYARIKAT PENDITA EMAS

TEMPAT : TS HOTEL TAMAN SCIENTEX, PASIR GUDANG

SASARAN HARGA EMAS SEMASA PE MINGGU KE EMPAT BULAN FEBRUARI 2011

Salam,

Kerana harga emas melonjak dan memecah halanngan harga emas melepasi USD1370 sehingga USD1391 pada minggu lalu, Pendita mensasarkan harga emas semasa minggu ini akan mula mengasak harga:

Harga Antarabangsa =melepasi USD1400
Harga Maksima = USD1409.00
Harga Minima =USD1395.00

Jangan risau, ini adalah harga harapan Pendita minggu ini.

BERITA LAMA PERMULAAN ARRAHNU

PROGRAM CEMERLANG BERSAMA GCP

Sumber : http://goldparadise2u.blogspot.com/2011/02/program-cemerlang-bersama-gcp.html
PROGRAM CEMERLANG BERSAMA GCP
4-5 FEBRUARI 2011 HOTEL SERI MALAYSIA BAGAN LALANG
SEPANG GOLDCOAST



UCAPAN ALUAN DARI PENGARAH URUSAN GCP

ICE BREAKING OLEH EN BANGIDIN BEDU



MOTIVASI OLEH DR. LUV


PEMASARAN BERKESAN OLEH DATO' ROZMAN HUSSAIN

ILMU EMAS OLEH MAHAGURU SYUKOR HASHIM


TAZKIRAH PENUTUP OLEH TN HJ AZHARI MD ALI

PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAN

BARISAN USAHAWAN EMAS GCP
GCP TERBAIK
simpanan emas menjamin masa depan

Saturday, February 19, 2011

BILAKAH MASA SESUAI KITA BOLEH MEMBELI EMAS

Salam,

Pendita mendapat banyak panggilan dari teman-teman pelabur emas yang merancang, baru menceburi dan yang telah lama terlibat dengan pelaburan emas.

Persoalannya ialah bilakah masa yang sesuai kita membeli emas?

Di sini Pendita sedia berkongsi pengalaman membuat pembelian emas mengikut keadaan harga semasa berikut:

1. Harga emas jatuh.

Keadaan situasi pasaran begini merupakan masa yang paling baik untuk kita membuat pembelian stok emas dalam kuantiti yang paling besar dan banyak. Gunakan segala instrumen kemudahan kredit yang ada samada wang simpanan, pinjaman wang peribadi atau kad kredit. Walau bagaimanapun bagi tujuan pembelian emas semolek-moleknya gunakanlah wang tunai. Pendita tegaskan gunakanlah wang tunai.

Tetapi adakah ketika harga emas jatuh, anda mempunyai wang untuk membeli emas yang berharga murah ?

Pendapat Pendita, rasanya sangat sukar jika kita bertindak sebagai pelabur pasif. Dengan kata lain pelaburan begini sangat merugikan pada jangka masa pendek jika kita menjual emas milik kita.

Mengapa? wang tunai kita sebenarnya sudah terpendam dalam emas dan sangat sukar mahu mencairkan stok emas dengan segera ketika harga emas jatuh merudum. Maka akan terdetik di hati pelabur jika baru beli pada harga RM3250 untuk 20 gram pada bulan Januari 2011 dan nak jual pula harga sudah jatuh ke paras RM3050 dan harga belian semula RM2850, ermm mana untungnya.

Begitulah senario yang berlaku jika harga emas jatuh, keadaan panik dalam kalangan pelabur mulai timbul dan memberi kesan berikut:

1. Membatalkan pembelian yang telah dijanjikan, maka yang menghadapi masalah ialah pembawa pelabur berkenaan.

2. Harga jatuh menyebabkan harga emas lebih murah. Adakah harga murah akan memberi kelebihan kepada pemilik emas jika mahu menjual asetnya. Rasanya susut nilai emas yang diperolehi penjual emas mengalami defisit yang teramat besar melebihi 20%. Silap-silap harga ditawarkan oleh rakan-rakan pembeli menjadi lebih rendah dan makan pokok.

3. Penurunan harga emas menurunkan kesan psikologi dan motivasi kepada pelabur. Pendita telah menerima banyak kes mengenai pelabur jenis ini. Kepanikan pelabur ini berada tahap gaban. Bila dia lihat sahaja harga emas sudah menurun RM20.00 terus buat keputusan menyuruh Pendita menjual aset mereka. Kena pula ada support dan sokongan pihak lain dengan adanya skim-skim cepat kaya yang menguntungkan mereka dalam jangkamasa pendek terus mengatakan pelaburan emas fizikal merugikan. Yang best, bukan satu jongkong tetapi kesemua jongkong emas milik mereka lebur.

4. Tiada pilihan harga yang pelbagai kerana harga sudah berada pada tahap minima. Maka hanya ada untung atas penjualan emas milik peribadi hanya mencapai 3%. Jika kita upkan lagi harga alamak simpan sahaja emas anda.

Kes ini telah Pendita alami semasa menjual emas lombong pada bulan Januari 2011 memakan masa selama 2 minggu untuk mendapatkan harga yang tinggi. Akhirnya dengan harga yang tidak munasabah terpaksa kami lepaskan walaupun keuntungan yang diharapkan mengecut.

Berbanding dengan posting emas lombong 5 kilo dan perak 30 kilo pada jam 2.00 petang 18/2/2011, group Pendita boleh main harga tak sampai 3 jam urusniaga, harga emas yang cantik telah dapat kami muktamadkan.

Siapakah yang boleh membuat pembelian emas ketika harga semasa emas jatuh?

Jawapan Pendita mudah sahaja siapa yang ada wang. Ini bermakna sesiapa ada wang buatlah pembelian harga emas pada setiap situasi harga emas menurun atau naik dan pilihlah produk emas yang harganya paling rendah.

b. Kenaikan harga emas

Dalam situasi ini, pembelian emas ketika harga naik merupakan satu pilihan bijak. Ini kerana kita sentiasa alert mengenai pergerakan harga emas. Walaupun dalam jangkamasa pendek, jika kita pandai menilai pergerakan harga emas sangat menguntungkan anda jika anda pelabur emas yang genuine.

mengapa?

1. Harga emas berubah-ubah setiap masa dan kita boleh memilih pelbaga harga emas jualan yang kita mahu buat.

2. Tahap psikologi dan motivasi pelabur adalah positif. Ketika ini jika kita kata A, A lah jawapan yang pelabur baru atau pembeli emas ikuti.

3. Kita penyedia harga penawaran emas milik kita. Senang kata siapa mahu beli emas kita akan mengejar kita jika harga emas milik kita kurang RM0.10 dari harga market.

4. Jual beli emas menjadi rancak. Pusingan atau kitaran hayat emas dapat berputar dengan pantas kerana penangan kenaikan harga emas.

Kesimpulan

Pendita tetap menyokong bahawa ketika harga emas naik adalah satu saat paling sesuai kita membuat pembelian emas jika kita sebagai pelabur emas aktif kerana kita dapat pelbagai harga emas dalam sehari dan merugikan ketika harga rendah kerana diwaktu itu pergerakan jual beli emas terhad, pasif dan mengecewakan kerana harga emas berada pada tahap paling minima.

Tinjauan seketika pendita mengenai trend pembelian emas di kedai-kedai emas masa kini, respondan yang Pendita temui dikalangan peniaga-peniaga emas mengesahkan bahawa ketika harga emas jatuh diawal tahun tidak ramai pembeli yang berkunjung ke kedai emas walaupun ketika itu harga pasaran domestik diturunkan dari RM166/g kepada RM160/g untuk barang kemas 999 sempena Sanbutan Tahun Baru Cina.

berbanding dengan pelabur pasif, pembelian emas pada harga murah lebih menguntungkan mereka kerana pelabur jenis ini mampu mempertahankan aset mereka melebihi 3 tahun.

Kenapa mereka boleh mempertahankan aset mereka?

Jawapan mereka ialah:

1. Sudah ada aset lain, emas merupakan aset tambahan bagi mereka.
2. Saya dilahirkan dalam golongan berada dan berwang. Naik turun emas tidak merisaukan saya.
3. Saya dah ada semuanya, wang saya banyak , perlukah saya melabur dalam emas? Tetapi kerana saya kenal anda, tak apa saya sediakan peruntukan yang ada untuk membeli emas anda.




Friday, February 18, 2011

RUMUSAN PERGERAKAN HARGA MINGGU KE 3 BULAN FEBRUARI 2011

Salam,



Alhamdulillah, pergerakan harga emas pada minggu ini memang sangat menarik sekali. Ini disebabkan harga emas semasa telah :

1. Menerima harga harapan yang Pendita gariskan sejak minggu lepas iaitu harga emas akan melepasi USD 1380/oz.

2. Harga emas domestik juga telah mengalami perubahan harga dengan melepasi zon RM3100 bagi emas 20 gram.

3. Harga emas telah bergerak ke harga break away yang berterusan yang didorong oleh pergerakan dua harga ujian.

4. Minggu ini merupakan minggu harga emas take off iaitu harga emas turning point yang akan menjadi asas pencetusan harga emas yang lebih tinggi. pemecahan harga bubble yang bergerak secara side away pada kedudukan RM1350 hingga USD1360 selama 2 minggu dalam bulan Februari 2011 merancakkan lagi kenaikan harga emas semasa.

5. Harga emas sudah mencetuskankan semula kuasa dorongan motivasi dan psikologi pelabur emas untuk setia dengan pelaburan emas. Ini disebabkan kenaikan harga memberi banyak pilihan harga untuk pelabur beli dan jual stok emas dimiliki. Malah boleh membuat simpanan sementara bagi menanti harga lebih tinggi lagi untuk dijual.



CERITA MENARIK TENTANG AKTIVITI PERNIAGAAN



Salam,

Pada hari ini pendita ingin menyampaikan beberapa kata-kata menarik yang diperolehi dalam pertemuan dengan tauke emas dari Penang:

1. Kata salah seorang peniaga India, sewaktu tengah rancak berniaga tentang pelaburan wang semasa zaman keagungan Swisscash, aku pernah dipermainkan oleh beberapa orang sahabat paling rapat. Aku telah dianiaya oleh rakan sekutu atas pelaburan yang dibuat yang mengalami kegagalan. Sejak peristiwa itu, aku telah diikuti oleh 2 orang gangster setiap hari. Buka sahaja mata, mereka sudah berada di depan pintu rumah, pergi makan kedai mamak sentiasa mereka follow aku. Hidup aku tidak tenang sehinggalah satu hari kereta mahal milik aku telah dibakar. Ku report polis, pihak polis pulak mengarahkan aku, nak sattle lu bayarlah hutang. Jenuh juga aku membayar wang pelaburan yang lesap RM3000 setiap bulan. Akhirnya aku berjaya melunaskan hutangku.

Kerana aku jujur Tuhan merahmati hidup ku, kini apa sahaja yang hilang sedikit masa lalu telah tuhan balas berlipat kali ganda. Rumahku bernilai lebih setengah juta, keretaku sudah bertukar baru, hidupku bertambah maju. Semua kisah lalu mengajar aku.

2. Kisah Pak Aji mengasuh 250 anak yatim bertunjangkan ekonomi sebidang tanah yang ditanam dengan tebu berbanding dengan kontraktor yang sentiasa mendapat keuntungan yang besar. Si kontraktor yang mendapat keuntungan beratus ribu dan bergaji RM20,000 sebulan tidak dapat menyimpan wang setiap bulan. Wang yang dimiliki menyusut sedikit demi sedikit. Hidup lintang pukang, anak saban minggu masuk hospital, kereta baru dibeli sentiasa meragam.

Berbanding dengan Pak Aji yang mengusahaka ladang tebu menyara 250 anak yatim boleh hidup tenang aman dan bahagia. Hasil tebu wow besar-besar dan penuh dengan gula. Semua tebu untuk pasaran kilang. tiada keluhan dari Pak Haji untuk menyara seramai 250 orang anak yatim

3. Kisah Kejahilan dan kemiskinan, memandangkan orang yang Pendita temui pada hari ini berasal dari utara maka banyaklah isu yang berlaku berkisarkan di Utara.


KEMISKINAN tegar masih berlaku di Malaysia dengan majoritinya orang Melayu. - Gambar hiasan

Depa kata masyarakat kaum kita yang menjadi kelemahan untuk meneruskan kehidupan yang cemerlang ada dua perkara yang perlu dijauhi iaitu 2K (kejahilan dan kemiskinan).

Kita tidak boleh salahkan anak-anak yang menghadapi masalah kemiskinan. Sepatutnya orang tua mereka kita persalahkan kerana mereka tidak berusaha untuk membantu keluarga mereka. Kerana kejahilan mereka, mereka serah bulat-bulat dengan dendangan kata-kata "setiap anak yang lahir di dunia sudah ditetapkan rezeki masing-masing oleh Allah".


Mana boleh menyerahkan kepada takdir dengan lagu tu. Keluarga mereka perlulah membuat laluan untuk anak-anak mereka berjaya sekurang-kurangnya cemerlang dalam akademik. Taklah berlaku kejadian menjual maruah semata-mata nak mendapatkan wang pendahuluan membeli notebook untuk anak-anak depa belajar.

Saya sahkan kes ini kerana saya sendiri terima sms pelajar yang membuat perkhidmatan tersebut. Bila bertemu dilokasi nampak budak tu baik sangat, sopan, lengkap sebagai muslimah tetapi kerana desakan untuk mendapatkan notebook macam rakan-rakan sebilik dia sanggup buat lagu tu semata-mata untuk ansuran beli komputer.


.http://mhonam.files.wordpress.com/2008/04/dsc_0111.jpg
Pelacur dicekup pihak berkuasa. Gambar hiasan

4. Beli emas, tanah atau rumah kedai yang lebih menguntungkan.

Emas lebih menguntungkan kerana sejarah telah merekodkan bahawa kenaikan harga emas antara 20% hingga 30% setahun. Ini bermakna jika inflasi tahun 2011 berada dalam 4% masih ada keuntungan 16% hingga 24%. Ini bermakna jika melabur dalam emas dengan nilai RM1.00 kita akan dapat kenaikan nilai RM20 dan RM30. Wow besar tu jika kita ukur nilai mengikut nilai 1 kilogram.



Rumah kedai. benefitnya mengikut kedudukan di mana rumah kedai tersebut berada. Jika dalam kawasan bandar yang pesat setahun akan menikmati kenaikan purata RM2000.00, pinggir bandar RM1000.00 pekan pula akan menikmati kenaikan nilai harta RM500.00

Beli tanah dan tanam kelapa sawit. Merupakan pelaburan yang lambat menjana keuntungan. Ia memerlukan masa yang panjang. Jangan terkejut anda akan mengalami kerugian 300%. Sebagai contoh anda mempunyai 10 hektar tanah dan ditanam dengan kelapa sawit. Katakan selepas 5 tahun kelapa sawit mula berbunga andakah anda pasti boleh memungut hasil 300 tan. Apa akan terjadi semasa pokok berbunga dan dalam masa sama berlaku musim kemarau? Sudah pasti bunga tidak menjadi, buah kecut dan minyak tidak ada dalam buah. Kesannya sasaran awal yang ditetapkan hilang semuanya.