Sunday, December 5, 2010

SASARAN HARGA EMAS BERADA PADA LANDASAN 1400 BERMULA PADA 4 DISEMBER 2010

SALAM,

PADA POSTING YANG LEPAS IAITU PADA 30 NOVEMBER 2010, PENDITA EMAS TELAH MENULIS DALAM POSTING INI MENGATAKAN BAHAWA HARGA EMAS SEKITAR DISEMBER AKAN BERMAIN PADA ATAS LANDASAN USD1400.00

LIHAT GRAF DI BAWAH INI, KITCO GRAF SUDAH PUN MENREKODKANNYA

SEBAGAI PERBANDINGAN HARGA EMAS SEMASA DENGAN HARGA EMAS SASARAN PENDITA UNTUK REROD ADALAG SEPERTI BERIKUT


SASARAN HARGA EMAS PENDITA SEBAGAI BERIKUT:

Jesteru itu, harga pantulan pada minggu depan harga mulai menapak di sekitar USD1400/oz. Naik turun harga emas tetap akan berlantaikan paras USD1400.00. Dan harapan pendita harga emas tempatan akan mencecah harga RM160/gram dan ke atas. Oleh itu mestilah emas 20gram bersamaan RM3200.00, 1 dinar bersamaan RM665.00/pc.



BERBALIK KEPADA SASARAN HARGA MASA DEPAN PENDITA EMAS, BACA POSTING BERIKUT:


HARGA UJIAN USD1400 JAM 8:40MLM 3/12/10





HARGA MULAI NAIK MENDADAK MULAI 1 DISEMBER 2010



Salam semuanya,

Alhamdulillah kita dipanjangkan usia dan sekali lagi kita boleh menyaksikan pergerakan harga emas mulai memantul-mantul naik ke atas. Biasalah, naik mendadak para pelabur cuba membuat satu pergerakan harga yang menguntungkan sebelum sambutan hari Natal dan Tahun Baru yang disambut oleh semua manusia sejagat.

Kita lupakan perkara berkenaan, kita sambung dengan pergerakan emas semasa. Alhamdulillah nampak bayangan, harga emas akan menyelinap ke angka melepasi USD1400 untuk merakamkan satu pergerakan harga emas yang paling bersejarah. Jika harga emas ini berada berterusan dalam minggu pertama ini, kita semua akan mendapat bahagiannya baik.

Di Malaysia sudah pasti harapan Pendita, harga emas akan berada pada paras RM185/gram sebelum berakhir tahun ini.

Lihat sahaja harga emas di pajak gadai, berdasarkan pemantauan harga emas semasa untuk pajakan di Arrahnu dalam area Johor, Harga pajakan ditetapkan pengurusan masing-masing pada hari Isnin dan Selasa seperti berikut:

Hari Isnin :
Koperasi Permodalan Johor (24K =RM160.00),
Ahrahnu Bank Rakyat (RM162.99)
Agrobank tiada data

Hari Selasa:
Koperasi Permodalan Melayu Johor(162.00/gram),
Bank Rakyat (RM164.00)
Agrobank(RM165.80)

So nasihat Pendita, beli ajer emas mengikut kemampuan masing-masing sekurang-kurangnya emas dinar. Jika kita menantikan harga runtuh, kita tidak akan menemuinya kecuali kita sentiasa berada depam laman web Public Gold untuk memantau harga semasa yang berubah setiap 20 minit.


SASARAN HARGA EMAS PADA MINGGU HADAPAN (29 NOVEMBER HINGGA 4 DISEMBER 2010) HARGA SASARAN MULAI BERLANTAIKAN USD1400/OZ

Salam,

Moga tuan/puan dalam perlindungan Allah dan sentiasa bersama rahmatnya. Minggu ini Pendita Emas sudah dapat menyeimbangkan aktiviti harian dengan lebih baik dan santai kerana cuti sekolah, cuti dari mengajar pelajar Ijazah OUM, cuti peperiksaan dan semester di UTM.

Memang panjang langkah pendita mulai hari ini. Pendita tidak mahu melepaskan peluang terhidang dengan melepak kerana hanya ada tiga minggu masa free terluang dari tugasan sebagai guru dan pensyarah sambilan.

Sebelum pergi jauh sebagai budak nakal pada minggu depan suasana perang di Korea memberi kesan positif pada US dolar. Ini memberi kesan psikologi pada wang USD.

Jesteru itu, harga pantulan pada minggu depan harga mulai menapak di sekitar USD1400/oz. Naik turun harga emas tetap akan berlantaikan paras USD1400.00. Dan harapan pendita harga emas tempatan akan mencecah harga RM160/gram dan ke atas. Oleh itu mestilah emas 20gram bersamaan RM3200.00, 1 dinar bersamaan RM665.00/pc.

Adakah harga permintaan pendita ini terjawab? kita saksikan pada hari pelaburan emas (29 November hingga 4 Disember 2010 nanti.


Menyentuh tetang perancangan Pendita, aktiviti perniagaan mengambil alih tugas hakiki pendita. Aktiviti yang dah dalam perancangan Pendita emas ialah:

30 November 2010 Pertemuan dengan Rahmad Mega untuk pemasaran produk GP - Sasaran sale RM30,000.00
1 November 2010 Pengerusi Mesyuarat Konsortium GP Pasir Gudang-TS Hotel - Sasaran sale RM30,000.00
3 November 2010 Pelancaran Produk GP dan Penyerahan Cek Sponsoring, Bonus di Tangkak -sasaran Sale RM40,000.00
4 Disember 2010 Seminar Pelaburan Emas di Manjung Perak-Sasaran Sale RM200,000.00
8 Disember 2010 Mesyuarat Konsortiun GP Pasir Gudang-TS Hotel-Sasaran sale RM40,000.00
10 Disember 2010 Pelancaran produk GP di Johor Bahru-Hotel Sri Malaysia- Sasaran Sale RM30,000.00
11 Disember 2010 Seminar Pelaburan Emas di TS Hotel Pasir gudang-Sasaran sale mingguan RM200,000.00
12 Disember 2010 Pengenalan Produk GP secara runcit di Angsana- Sasaran sale harian dari Singaporean RM30,000.00
14 Disember 2010 Mesyuarat konsortim GP Pasir Gudang -TS Hotel-Sasaran Sale Mingguan RM50,000.00


JEJAK-JEJAK KENAIKAN HARGA EMAS BULAN TERAKHIR TAHUN 2010

Salam,

Jejak-jejak kenaikan harga emas pada bulan Disember akan mencapai harga melebihi USD1500 seperti digembar-gemburkan oleh para peramal pelaburan emas di seluruh dunia, termasuk tokey emas Habib.

Perang Korea Utara dan Korea selatan. Propraganda Amerika telah masuk ke kancah peperangan yang berlaku diantara kedua-dua negara berjiran.

Berbagai cara dilakukan agar peperangan terus berlaku. Ini akan mengalihkan masalah Domestik Amerika kepada perpaduan untuk menjadi sang juara yang cuba dicipta oleh Amerika.

Menarik memang menarik selepas pengumumam mencetak dollar sebanyak 6oo billion, diikuti dengan kebanyakan sokongan negara yang mendapat bantuan Amerika untuk menyokong mengukuhkan wang Dollar, menjadi satu gurau dari blok komunis apabila Rusia dan China masing-masing bersepakat tidak mahu menerima Dollar sebaliknya mengekalkan kekuatan wang Yuan dan Rubi menjadikan Korea Utara kambing hitam selepas ini.

Apa akan terjadi kepada harga emas jika keadaan berterusan?

1. Dollar Amerika akan berfungsi dengan baik. Ekonomi luar Amerika berkembang.
2. Kuasa beli rakyat Amerika bertambah kukuh. Selepas 3 minggu perang di Korea, Dollar akan stabil. Harga emas akan turut naik semula. Yang menariknya pembelian panik akan berlaku sebagai usaha penyimpanan tunai sebanyak mungkin dalam emas.
3. Jika berlaku penyimpanan emas berterusan harga emas akan stabil tetapi berada dalam paras harga tinggi melebihi USD1500 selepas 10 Disember 2010 sebagai harga baru emas harapan Pendita,
4. Jika konflik perang berterusan, kita akan menyaksikan emas menjadi barangan paling bernilai di dunia. Akan berlaku semula pembelian sesuatu komoditi menggunakan emas sebagai ganti wang fiat.
5. Kekadang kita dengar akaun tentang pengganas dibekukan dan akan mencari alibi sebagai penutup kesalahan kumpulan pengganas. Adakah pengganas akan bergerak setiap masa membawa wang?

No comments: